Temujanji PUSPAKOM Online (Booking di mypuspakom.com.my)


Bagi anda yang perlu membuat pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM, semestinya anda sedia maklum dengan kepadatan dan kesesakan ketika berurusan di pejabat mereka. Namun, pihak PUSPAKOM telah mengambil satu langkah yang sistematik bagi menambahbaik perkhidmatan mereka kepada pelanggan dengan inisiatif temujanji PUSPAKOM secara online.

Bermula 28 Ogos 2017, pihak PUSPAKOM telah menguatkuasakan sistem temujanji PUSPAKOM online. Pembayaran pemeriksaan juga boleh dibuat di sistem yang sama. Sistem ini telah menjadi lebih efektif apabila negara melaksanakan PKP akibat wabak Covid19.

Izinkan kami berkongsi.

1. Mengapa perlu membuat temujanji PUSPAKOM online?

Ada beberapa sebab kenapa anda digalakkan untuk membuat temujanji PUSPAKOM online. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Pemeriksaan kenderaan persendirian atau syarikat akan menjadi lebih mudah dan pantas.
  • Membantu menguruskan masa anda dengan lebih baik.
  • Pengaturan jadual pemeriksaan kenderaan yang lebih sistematik.
  • Boleh berurusan secara cashless atau tanpa tunai.
  • Keutamaan kepada pelanggan yang membuat temujanji online.

 

2. Cara booking temujanji PUSPAKOM online melalui laman sesawang (mypuspakom.com.my)

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat temujanji PUSPAKOM online melalui laman sesawang:

  1. Layari laman sesawang PUSPAKOM di sini: htpps://www.mypuspakom.com.my
  2. Anda akan dibawa ke laman web utama MyPUSPAKOM.
  3. Sila pergi ke bahagian Daftar Masuk Untuk Membuat Temujanji.
  4. Masukkan E-mel.
  5. Isikan Kata Laluan.
  6. Tekan butang Daftar Masuk.
  7. Sekiranya ada NOTIS, sila baca NOTIS terlebih dahulu.
  8. Pilih Temujanji Cawangan.
  9. Masukkan Butiran Kenderaan seperti yang diminta. (Bahagian bertanda (*) adalah wajib diisi)
  10. Tekan Teruskan.
  11. Sila Pilih Jenis Pemeriksaan.
  12. Tick pada kotak Khas.
  13. Pilih Tujuan Pemeriksaan. (Sekurang-kurangnya 1 Tujuan Pemeriksaan perlu dipilih)
  14. Tekan Teruskan.
  15. Sila pilih Negeri dan Tarikh yang availabe.
  16. Tick pada kotak Cawangan dan Tarikh yang disediakan. (Pastikan ianya tepat dan anda digalakkan memilih pada kotak berwarna hijau yang menandakan Tersedia)
  17. Tekan Teruskan.
  18. Sila Pilih Slot Masa yang availabe.
  19. Tekan Teruskan.
  20. Sila isikan Butiran Pembawa . (Anda boleh memilih Wakil atau Pemilik Kenderaan)
  21. Tekan Teruskan.
  22. Pengesahan Butiran Temujanji akan dipaparkan. Sila sahkan semua maklumat tepat dan pastikan semua Dokumen yang diperlukan ketika pemeriksaan.
  23. Klik pada butang Ya, Teruskan.
  24. Ringkasan Jumlah Pembayaran akan dipaparkan.
  25. Tekan butang Teruskan Pembayaran.
  26. Anda akan dibawa ke bahagian Bayaran.
  27. Pastikan anda mengesahkan Jumlah Bayaran dan Membuat Pembayaran secara online melalui pilihan method yang disediakan.
  28. Tekan butang Teruskan Pembayaran.
  29. Slip Pengesahan Temujanji anda akan dipamerkan.
  30. Anda akan diberikan QR Kod. (Sila bawa QR Kod ini pada hari pemeriksaan)
  31. Sila Muat Turun/Cetak/Screenshot Slip Pengesahan Temujanji anda untuk tujuan rujukan ketika pemeriksaan dibuat.
  32. Tahniah! Temujanji PUSPAKOM Online anda telah siap di booking.

 

PERHATIAN

  • PUSPAKOM tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan pembatalan dan pembayaran balik temujanji pemeriksaan.
  • Pelanggan hanya boleh menukar tarikh temujanji sebelum 3 hari daripada tarikh pemeriksaan dan hanya boleh dilakukan sekali sahaja.
  • Sekiranya anda ingin menghantar wakil bagi pihak anda ketika pemeriksaan, sila tick pada kotak penama di bahagian Butiran Pembawa.
  • Anda boleh memuat turun aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM di Google Play Store.

 

3. Apakah yang harus dilakukan ketika tiba pada hari pemeriksaan?

Semasa hadir ke pemeriksaan, sila ikuti langkah-langkah tersebut:

  1. Datang 20 minit sebelum atau tidak lebih daripada 10 minit daripada masa pemeriksaan yang ditetapkan.
  2. Pandu terus ke Lorong TEMUJANJI.
  3. Imbas QR Kod anda di Terminal Pengimbas.
  4. Terus ke Kaunter Pendaftaran dan Lorong Pemeriksaan.
  5. Pemeriksaan anda akan selesai dalam masa 1 jam.

 

4. Cara untuk mendaftar akaun MyPUSPAKOM sebelum membuat temujanji

Untuk makluman anda, sebelum anda boleh membuat temujanji PUSPAKOM online di MyPuspakom, anda haruslah mendaftar akaun terlebih dahulu bagi memudahkan urusan pendaftaran anda.

Sila ikuti cara-cara untuk mendaftar akaun MyPuspakom seperti di bawah:

  1. Layari laman sesawang PUSPAKOM di sini: htpps://www.mypuspakom.com.my
  2. Tekan butang Pendaftaran atau Daftar Masuk Kali Pertama.
  3. Isikan maklumat yang diminta dengan lengkap seperti:
    •  Jenis Akaun (Sila pilih Akaun Perdagangan/Lain-lain bagi kenderaan syarikat)
    • E-mel
    • Kata laluan
    • Sahkan Kata Laluan
    • Nama Syarikat (Bagi Akaun Perdagangan/Lain-lain)
    • No.Pendaftaran Syarikat (Bagi Akaun Perdagangan/Lain-lain)
    • Alamat (Bagi Akaun Perdagangan/Lain-lain)
    • Negeri (Bagi Akaun Perdagangan/Lain-lain)
    • Poskod (Bagi Akaun Perdagangan/Lain-lain)
  4. Upload Dokumen Yang Diperlukan bagi:
    • Perakuan Pendaftaran (Bagi Akaun Perdagangan/Lain-lain)
    • Surat Wakil Kuasa (Bagi Akaun Perdagangan/Lain-lain)
  5. Tekan pada butang Daftar.
  6. Anda akan diminta untuk memilih Imej yang dinyatakan bagi tujuan sekuriti.
  7. Klik Verify.
  8. Anda akan menerima notis Pendaftaran Selesai.
  9. Anda akan menerima E-mel Pengaktifan Akaun.
  10. Sila semak E-mel anda.
  11. Anda akan menerima E-mel dari MyPUSPAKOM.
  12. Buka E-mel.
  13. Baca kandungan E-mel.
  14. Tekan pada butang Aktifkan berwarna biru.
  15. Akaun anda telah diaktifkan.

 

5. Adakah anda mengalami masalah ketika membuat temujanji online atau ada pertanyaan lanjut?

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah ketika hendak membuat temujanji PUSPAKOM online atau ingin mengajukan sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Pusat Bantuan Khidmat Pelanggan PUSPAKOM di talian 03-51017000.

Anda juga boleh menghantar e-mel kepada [email protected]

 

Akhir kata

Diharapkan perkongsian mengenai temujanji PUSPAKOM online ini dapat memberikan panduan kepada anda yang mencari jawapannya. Semoga urusan anda dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Jika kita mudahkan urusan orang lain, Tuhan akan mudahkan pula urusan kita.

Bagi urusan renew lesen dan road tax JPJ di Pos Malaysia secara online, anda boleh ikuti panduan temujanji Pos Malaysia online melalui pos.com.my.

Sekadar berkongsi satu lagi maklumat, untuk temujanji di penjara pula, ahli keluarga boleh layari ivisit.prison.gov.my dan ikuti arahan untuk booking tarikh lawatan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment