Walaupun masuk ke ‘dalam‘, hubungan kekeluargaan tetap mekar jika masih subur kasih sayang di dalam keluarga. Jabatan Penjara Malaysia memang sedia cakna tentang hal lawatan, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan Syawal. Oleh yang demikian, untuk memudahkan lagi urusan melawat, pelawat diminta untuk membuat tempahan secara online melalui sistem i-Visit di ivisit.prison.gov.my.
Walau bagaimanapun, bagi yang masih tidak mahir dengan sistem dan juga Internet secara keseluruhannya, anda masih lagi boleh buat tempahan melalui telefon dan surat mengikut lokasi penjara masing-masing seperti Sungai Buloh, Sungai Udang, Kajang dan lain-lain.
Register & Login iVisit Penjara
Cara daftar iVisit penjara di ivisit.prison.gov.my
Kami faham, jika anda berpandukan sahaja maklumat yang didapati secara online, anda hanya akan dapat cara booking lawatan ke penjara melalui ivisit.prison.gov.my. Pasti tertanya-tanya, di manakah pautan atau link untuk mendaftar iVisit?
Bagus soalan tersebut. Kami ambil maklum kerana ramai juga ahli keluarga yang bertanyakan soalan yang sama.
Untuk makluman kepada semua pelawat-pelawat ke penjara, anda perlu menghubungi pihak penjara terbabit.
Contohnya, jika anda ingin melawat Penjara Kajang, anda perlu berhubungan dengan Pegawai Penjara Kajang. Jika ingin melawat Penjara Sungai Buloh, anda perlu berurusan dengan Pegawati Penjara Sungai Buloh.
Buat masa ini, tidak ada sistem bersepadu yang khusus yang membolehkan pendaftaran dibuat melalui mana-mana penjara.
Seterusnya, berdasarkan maklumat yang kami terima, Pegawai Penjara terbabit akan menghantar pautan untuk pendaftaran iVisit kepada pelawat melalui email. Anda perlu mengisi maklumat yang dikehendaki melalui pautan tertera.
Cuma tidak pasti samada pendaftaran iVisit ini sekali sahaja atau perlu mendaftar setiap kali lawatan. Anda boleh bertanya lanjut berkenaan perkara ini.
Cara login ivisit.prison.gov.my untuk buat online booking
Berikut adalah cara-cara untuk log masuk ke dalam sistem i-Visit:
- Layari https://ivisit.prison.gov.my/login.zul
- Masukkan User Email dan Password.
- Tick pada kotak Im Not A Robot.
- Tekan SIGN IN.
- Ikuti arahan dan buat booking sehingga selesai
Seperti yang dimaklumkan di atas, anda perlu daftar terlebih dahulu sebelum login sistem i-Visit ini. Sila rujuk dengan Pegawai Penjara untuk maklumat lanjut.
Kalau terlupa password iVisit?
Jangan risau. Sekiranya anda tidak ingat kata laluan:
- Klik https://ivisit.prison.gov.my/forgotPassword.zul
- Masukkan Email Account
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau No Passport
- Tekan butang Reactivate My Account
- Selesai
Selepas booking melalui sistem online penjara i-Visit, perlu buat apa?
Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan juga sesi perjumpaan.
Senarai penjara di Malaysia yang boleh guna sistem online iVisit
Ini adalah senarai penuh penjara di Malaysia mengikut negeri yang kami ambil dari Wikipedia. Untuk makluman, kami tidak ada maklumat penuh samada anda boleh booking terus atau tidak. Kami sarankan anda hubungi pihak penjara terlebih dahulu untuk kepastian.
Negeri | Lokasi |
Kedah | Penjara Alor Setar |
Kedah | Penjara Pokok Sena |
Kedah | Penjara Sungai Petani |
Pulau Pinang | Penjara Pulau Pinang |
Pulau Pinang | Penjara Seberang Perai |
Perak | Penjara Tapah |
Perak | Penjara Taiping |
Selangor | Penjara Sungai Buloh |
Selangor | Penjara Kajang |
Selangor | Penjara Wanita Kajang |
Negeri Sembilan | Penjara Seremban |
Melaka | Penjara Dusun Dato’ Murad |
Johor | Penjara Kluang |
Johor | Penjara Johor Bahru |
Johor | Penjara Simpang Renggam |
Pahang | Penjara Penor |
Pahang | Penjara Bentong |
Terengganu | Penjara Marang |
Kelantan | Penjara Pengkalan Chepa |
Sarawak | Penjara Kuching |
Sarawak | Penjara Sri Aman |
Sarawak | Penjara Sibu |
Sarawak | Penjara Miri |
Sarawak | Penjara Limbang |
Sabah | Penjara Kota Kinabalu |
Sabah | Penjara Tawau |
Sabah | Penjara Sandakan |
Sabah | Penjara Wanita Kota Kinabalu |
Berapa orang boleh melawat?
Hanya dua orang pelawat sahaja yang dibenarkan dalam satu-satu masa.
Berapa lama masa lawatan?
Sesi lawatan yang dibenarkan ialah tidak lebih 30 minit.
Warga emas boleh melawat?
Untuk makluman, warga emas dibenarkan untuk melawat. Walaubagaimanapun, ia adalah bersyarat. Warga emas yang tidak bergejala Covid-19 dan masih lagi dalam keadaan sihat akan dibenarkan melawat.
Ini adalah satu langkah keselamatan yang mengambil kira faktor daripada kedua-dua belah pihak. Ramai juga maklum, warga emas juga mudah dijangkiti penyakit. Jadi, pendekatan ini diharapkan dapat diterima oleh ibu-bapa atau datuk-nenek yang sudah berusia, tetapi tetap rindu nak melawat seseorang yang dia sayang.
Akhir kata
Pendapat kami, sekiranya anda mahir menggunakan komputer, adalah lebih mudah menggunakan sistem ivisit.prison.gov.my. Senang juga untuk semak rekod lawatan.
Apa-apa pun, diharapkan agar urusan anda dalam melawat orang yang tersayang dipermudahkan.
Terima kasih juga kerana masih lagi menyayangi mereka walaupun pernah membuat kesilapan.
Sila dapatkan bantuan guaman percuma jika anda perlu apa-apa nasihat atau pandangan daripada pihak peguam untuk ahli keluarga anda.
Terima kasih banyak!
i cant use my user email
I can’t use my email
MCM mna sy nk jmp mama sy sy dh cuba bnyk kali tpi xdapat
Help me to register ivisit
macam mana booking
Macam mana nak daftar ivisit…tolong la..
Tolong, mcm mne sy cara nk msuk da daftar I visit ni yea… Plssss..
Saya susah Cuba banyak Kali tidak boleh masuk email Saya
Selamat pagi, tuan/ puan
Saya ingin daftar untuk embuat tempahan melawat. Saya perlukan login password, mintak tolong.
Sekian terima kasih.
Kann . Call wasap semua tak dapat. Wasap 1 tick. Call pun tak dapat. Cara nak hubungi tu macam mana.
**Mengecewakan**
Saya dimaklum oleh penjara Sungai Buloh bahawa permohonan i-visit saya telah ditolak (“Rejected”). Namun, saya tidak mendapat sebarang emel daripada pihak i-visit. Tambahan pula, permohonan di dalam i-visit masih dalam status “In progress”. ?????
Amat dikesali kerana ini telah membuang masa kami sekeluarga. Sebelum ini kami dimaklum lawatan boleh dibuat sekali minggu. Namun permohonan ditolak. ????
Sangat dan teramat mengecewakan.
Daftar
macam mana booking
Saya ingin mendaftar untuk i-visit.
Sistem online patut senang kan semua orang booking jumpa orang dlm penjara, tapi sistem tak guna, nak register kena hubungi pegawai penjara dulu, tapi u punya sistem online sudah mula, penjara punya telefon langsung tak ada orang jawab, penjara bentung lagi teruk, telefon langsung tak boleh call masuk, system online patut semua boleh buat online terus la, buat kerja lebih, bagi orang register online, bila approve u orang check ada kah nama yg banduan register jumpa, kalau bukan reject eja la, semua cakap online booking lepas nak call pegawai penjara,kena call sekurang kurang beberapa ……
Ya setuju apa yg puan ckp… Berkali2 cl tak dijawab..
ya susah betul ..i nak register tapi no user ID and password…
too much confuse …telefon pun tak angkat2.
Please upgrade the service so that kita senang nak booking .TQ
setuju sangat.. kenapa x boleh register online? kalau boleh dapat pegawai penjara x yah la susah2 nk guna sistem. call je .. masalahanya call terus x dpt.. adui
Saya mahu mendaftar i visit.bagaimana caranya
Nama:Mahadevan a/l Sokkalingam
Umur:40
No.Kad pengenalan 820706-10-5255
Macam mana nak daftar ivisit?
Selamat pagi saya nak Tanya I visit login guna email lama ke atau email Bru untk buka I visit…
macam mana daftar ivisit?
Mohd khairul afizal b sulaima.861207295059
Saya nak daftar masuk ivisit .saya orang baru..tolong saya daftarkan
Macam Manq Nak daftar ni…?
Email acc dah beri kepada pegawai sg buluh.JANJI nak beri satu link system I visit utk daftar sampai sekarang tak ada balas. Kita pun rindu keluarga kita harap pegawai bolih balas
Salam…macam mane nak daftar I visit
saya nak jumpa suami saya,macam mana nak daftar ivisit
Assalamualaikum. Saya nak daftar online daftar ivisit melawat abang saya di penjara sungai buloh.
Nak daftar tak boleh 😓 nak booking call susah ! Ini bukan menyenangkan makin menyusahkan pihak keluarga .. bg on9 system tak bg sign up utk new register .. nak register pula kena pergi penjara apa point yg senang kan sini end up kena pergi balik berkali2… bg kami senang kan keja pihak penjara utk booking kan senang kurang keja pihak pnjara jugak .. now nak register for new ni kat mana ?
Sya berurusan dengan pihak penjara bentong… xperlu ivisit…cuma booked by call sahaja…jadi try call no Tel penjara yg nak buat lawatan ..no Tel boleh Google… insha’Allah dimudahkan segala urusan
cara cara nak register i visit untuk penjara sg buloh.
lawatan ke 2 kali
Cara nak login [email protected]
Mcm mna Cara nk Detroit i- visit kt penjara pgkln chepa.tolong la bantu Saya.
bagaimana nak buat online visit banduan dipenjara
Saya hari tue datang melawat,masa daftar orang kaunter kata dah anta link…tapi tak dapat pun
salam tolong saya daftarkan ivisit boleh ke? td saya lupa nk mintak pihak penjara daftarkan ivisit untuk saya
Macam mana nak baru daftar i-visit online?
Salam semua , kesian sy tgk sebabada yang tertanya tanya . masing2 rindu keluargakan . Mula-mula hari itu sy pergi penjara sg buloh , sy walk in sbb igt bole walk in tp dia suruh book online tp nasib sy baik masa tuh sebab hari raya haji so boleh masuk tgk adik sy . masa register kt kaunter tuh , kena ckp kat pegawai tuh next time kita nak jumpa lagi , then pegawai tu akan daftar email kita dalam sistem https://ivisit.prison.gov.my/ , selepas email kita sudah aktif , kita akan dapat email utk kita aktifkan akaun kita . baru lah kita bole book online untuk next perjumpaan . Tapi mcm tuh la leceh skit sbb kne dftr email melalui kaunter @ telefon . kalau telefon mmg susah mrk nak angkat . So baik walk in shj dlu utk dftr email . klu nsib baik masa tuh bole la trus msuk jumpa org yg kita syg . dan sedikit info lagi . barang2 kantin RM150 tak boleh bayar menggunakan cash/tunai ya , kena guna kad debit atm shj . Ini no whatsapp utk tempahan perjumpaan (011-2051 8760 whatsapp shj ya) / No tel penjara sg buloh (03-6038 4858) . okay itu sje info yg dpt sy beri . semoga dipermudahkan sgl urusan TUAN/PUAN ..
Awak boleh tak kita nak tau no akaun penjara sungai buloh..kita nak masukkan duit utk adik kita kat sana.dan no wssp kpd siapa nak maklumkan bahawa kita dah masukkan duit belanja utk pesalah.
kalau penjara kajang macam mana ye??call tak pernah berjawab,1hari call 1juta kali dah ni,untuk kli pertama ni nak dapat kan kad lawatan
Main susah lagi weyh tolong la permudah kan aku aku nak lawat ayah aku kau faham tak yela bapak kau xde dalam tu x rasa sumpah aku cakap cuba family kau gelabah taik hanat mintak tolong laa permudah kan urusan org laa
kena col penjara mintak email untuk ujumpa..lepas tu kena anta email dkt email yang dberi…xsmpi 1jam da ade yg reply…
Kalau nak tahu Penjar sungai buloh penipu.
Kalau nak tahu Penjara sungai buloh penipu.
Tolong la jangan menyusahkan semua orang,nak buat appointment pun susah,call tak angkat,mcm mana nak melawat,tolong la permudahkan bukan menyusahkan
Assalammualaikum…mcm mana nk dafter ivisit untuk dpt kan tarikh lawatan seterusnye…bolih bantu sy..
Salam semua,
Kalau melalui Telefon memang susah dapat, melalui email lebih mudah dan cepat respon.
Saya share untuk Penjara Kajang ye.
Penjara lain rujuk email penjara yg berkenaan ya.
Email : [email protected]
Bagi detail :
Nama :
No. Ic :
No. Badan (jika ada) : optional
Tarikh Dijatuhkan Hukuman :
Nnti ada pegawai yang reply dan bagi tarikh lawatan booking .
Semoga dipermudahkan urusan.
Terima Kasih
Assalam,nk tya klu nk email subject tu nk tulis ape ye
Kalau nak melawat org yg tiada petalian keluarga blh tak? Contoh, jika saya nak melawat mantan PM kita, blh tak? Soalan serious ni sebab saya nak tau jugak, betoi ke dia ni ada kat dlm sana.
mcm mna nk hubungi pihak penjara wanita kajang selain selain no yg dtentera d talian…..?
how to register, can advice
Can help me register
better go direct ke pejabat penjara (if first time, belum dapat Kad kuning / Pelawat)
suruh buat online tapi ,membeban kan tak boleh buka
I visit tak boleh buka kalau call pun tak dapat WhatsApp pun tak response ya Dah satu bulan any update on this
better go direct ke pejabat penjara (if first time, belum dapat Kad kuning / Pelawat)
* if saudara / kawan berada di penjara sg buloh
Camne nak daftar ni?
Assalamualaikum camne nak daftar ni tq?
can tell me how to register i-visit & password?
call tak jawab,..mungkin akan terus ke penjara kajang khamis nii,sebab baru pertama kali ni,nak buat i visit tak dapat
Several time I try to get appointment the online booking but I did not get the system reply user is not existed and verification expired also I write correctly my email and password but I can not come in somebody can explain please
please help to register to kota bharu chepa panjara.thank you.
Macam mana saya nak daftar lawatan untuk bakal suami saya En Putra Salman Noah
Cara bgini buat org bodoh saja..