Bantuan Guaman Percuma


Suatu hari kau dah pening tak tahu macam mana nak minta balik hutang kau dekat kawan karib kau. Pusing punya pusing ada orang suggestkan kau gunakan khidmat bantuan guaman percuma dan tak perlu keluar duit banyak manapun.

Atau pun kau adalah salah seorang rakyat Malaysia yang tak suka nak main langgar undang-undang sehinggalah suatu hari apabila kau pergi ke kedai runcit rumah kau nak beli barang dapur tiba-tiba owner kedai cakap kau ada ambil barang tapi tak bayar.

Kau apa lagi malulah langsung terus tak jadi beli barang dekat situ. Lepas beberapa hari kau dapat surat panggilan dari mahkamah kerana didakwa mencuri. Kau memang nak guna peguam untuk bela diri kau tapi kau kira-kira financial macam tak cukup nak bayar peguam dengan naik turun mahkamahnya berapa kali.

Ha….jangan risau kau sebenarnya boleh buktikan kau tidak bersalah dengan dapatkan bantuan guaman secara percuma ini.

Menarik bukan?

Untuk anda yang mempunyai ahli keluarga di penjara, boleh ikuti cara daftar iVisit bagi membolehkan anda buat booking secara online atas urusan lawatan.

Jadi dalam artikel kali ini kami akan terangkan apa itu bantuan ini dan bagaimana cara-cara nak dapatkan bantuan guaman percuma.

Apa maksud dengan guaman percuma?

Bantuan guaman percuma ini adalah satu insentif yang dijalankan oleh kerajaan sejak tahun 2020 yang mana yuran pendaftaran hanyalah serendah RM10.00. Ianya untuk meringankan beban orang-orang yang mempunyai kes untuk dibela sama ada ia merupakan kes sivil ataupun kes jenayah tetapi tidak mampu untuk membayar peguam bagi kes mereka.

Kau boleh pilih nak mohon bantuan guaman yang diantara Jabatan Bantuan Guaman Malaysia (JBG), Badan Peguam Malaysia (BPM) dan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Apa beza diantara ketiga-tiga bantuan guaman ini?

Setiap bantuan badan guaman yang memberi bantuan percuma ini ada bezanya.

Jabatan Bantuan Guaman Malaysia

[Akta 26]. Melalui perkhidmatan ini, warganegara yang berkelayakan berpeluang mendapat perkhidmatan guaman pada kadar yang lebih rendah daripada Kerajaan sebagai alternatif kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh peguam swasta.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Bantuan Guaman adalah seperti berikut:

1) Nasihat guaman dalam semua perkara undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia;

2) Bantuan guaman (litigasi) dalam perihal prosiding sivil sebagaimana yang ditetapkan di dalam Jadual Ketiga Akta 26:

3) Bantuan guaman (litigasi) dalam kes jenayah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta 26;

4) Pengantaraan bagi kes syariah dan sivil; dan

5) Khidmat pendamping guaman.

Badan Peguam Malaysia

Badan bantuan guaman kedua adalah Majlis Peguam dan mereka mempunyai pejabat di setiap negeri di Malaysia. Badan Peguam adalah ditaja secara persendirian oleh ahli perbadanan tersebut sendiri(peguam) dan menawarkan khidmat bantuan guaman untuk kes-kes melibatkan keluarga, pekerjaan & juga kes jenayah.

Yayasan Bantuan Peguam

Ianya telah beroperasi sejak 2012 untuk memenuhi permintaan yang tidak disediakan oleh Jabatan Bantuan Guaman & Badan Peguam. Badan ini khas untuk kes-kes jenayah sahaja.

Bagaimana nak memohon bantuan guaman ini?

Kau nak guna bantuan guaman ini mesti kena lalui permohonan dulu. Dia macam filter dululah kau ni layak ke tak nak sebenarnya. Manalah tahu kau mampu sebenarnya.

  • Pemohon mendaftar.
  • Pemohon dikehendaki mengisi borang ujian kemampuan dan borang akuan berkanun.
  • Ujian kemampuan dijalankan.
  • Temuduga dijalankan untuk mengenal pasti isu, remedi dan keperluan pemohon.
  • Permohonan diproses (tidak lebih 3 hari).
  • Jika permohonan diluluskan, terma bantuan guaman akan ditawarkan.
  • Pemohon dikehendaki membyar fi pendaftaran RM10.00 dan sumbangan (jika terpakai) jika dia setuju menerima terma tersebut.
  • Bantuan guaman diberikan.
  • Fail tindakan dibuka dan didaftarkan.
  • Fail tindakan difailkan ke mahkamah.

Dekat mana boleh buat permohonan bantuan guama?

Bantuan guaman percuma ini ada diseluruh Malaysia.

Antara tempat-tempat yang kau boleh pergi untuk memohon dan hubungi kalau ada sebarang pertanyaan:

Lokasi Jabatan Bantuan Guaman mengikut Negeri:

  • Jabatan Bantuan Guaman Kuala Lumpur
  • Jabatan Bantuan Guaman Selangor
  • Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang
  • Jabatan Bantuan Guaman Johor
  • Jabatan Bantuan Guaman Melaka
  • Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan
  • Jabatan Bantuan Guaman Pahang
  • Jabatan Bantuan Guaman Perak
  • Jabatan Bantuan Guaman Terengganu
  • Jabatan Bantuan Guaman Kelantan
  • Jabatan Bantuan Guaman Perlis
  • Jabatan Bantuan Guaman Sarawak
  • Jabatan Bantuan Guaman Sabah
  • Jabatan Bantuan Guaman Labuan

Lokasi Badan Peguam Malaysia

Bar Council Malaysia

Alamat :

Bar Council Malaysia, Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia

Nombor Telefon : +603-2050 2050

Faks : +603-2050 2019

Email: [email protected]

Yayasan Bantuan Peguam

Nombor telefon : 1-800-88-9245 atau 1-300-88-9245

Fax: (603) 89262062

Sebelum nak mohon bantuan guaman percuma ini baik kau call dulu untuk tanya ada apa-apa dokumen-dokumen yang perlu disediakan. Yelah takut nanti penat kau panjat puncak pejabat dah ada dokumen tak complete. Nak kena pusing balik rumah ambil apa yang tertinggal.

Tadi kata percuma kenapa kena bayar RM10?

Memanglah tajuk artikel ini bantuan guaman percuma. Bayaran RM10 itu hanya untuk pendaftaran bagi setiap permohonan yang berjaya. Bukan masa nak memohon.

Ada apa-apa lagi ke kena bayar walaupun ianya bantuan?

Sebenarnya ada walaupun ia bantuan guaman percuma. Ini kerana ianya tertakluk kepada subsidi yang telah dikeluarkan.

Pembayaran peguam

Kalau kau mohon melalui Jabatan Bantuan Guaman ya kau kena bayar.

Manakala Badan Peguam pula tidak perlu.

Ada juga yuran pemfailan untuk bantuan guaman percuma ini yang mana ianya tentang urusan fail-fail dokumen kes kau yang hanya telah dihantar kepada mahkamah.

Pembayaran Pemfailan

Untuk Jabatan Bantuan Guaman kau tidak perlu membayar.

Kalau untuk Badan Peguam, ya kau kena bayar.

Kalau nak guna bantuan ini untuk penjenayah yang telah didapati bersalah?

Boleh. Jika hanya untuk membela diri tidak bersalah ataupun ingin meringankan hukuman yang dijalani.

Semuanya bergantung kepada kes yang dialami dan dilalui.

Jenis-jenis kes yang boleh memohon untuk bantuan ini.

  • Kes sivil (kes yang anda ingin buka).
  • Kes jenayah.
  • Kes yang mana pemohon mengaku bersalah dan ingin meringankan hukuman.
  • Prosiding jenayah di bawah akta kanak-kanak  2001.
  • Prosiding jenayah yang di bawah akta Kesalahan Kecil 1995 (Akta 336)

Kes sivil itu macam mana?

Ini adalah senarai kes sivil yang lain:

  1. Kes-kes keluarga
  2. Penyewaan padi(kami dah Google, & ianya jatuh di bawah Akta Padi Kultivator(Kawalan Sewa & Keselamatan Tempoh ) 1967 & adalah mengenai menyewa lading padi)
  3. Hartanah (pengedaran)
  4. Kemalangan jalan raya
  5. Kes pinjaman duit
  6. Sewa beli sesuatu perkara
  7. Probet & surat pentadbiran
  8. Pengambilan anak angkat
  9. Tuntutan pengguna

Kenapa perlu ambil ujian kemampuan?

Ini bukan ujian macam SPM itu. Ujian yang wajib dilakukan oleh kau oleh 3 badan guaman ini untuk menentukan sama ada kau layak atau tidak untuk mendapatkan permohonan bantuan ini.

Setiap badan guaman ini mempunyai ujian yang berbeza.

Macam mana ujian itu dilakukan?

Kau kena tahu yang ujian yang dilakukan bukan macam SPM. Ujian yang dilakukan hanya nak tengok dari segi kewangan kau je. Kau mampu ke tak sebenar-benarnya.

Kalau ujian yang dilakukan Jabatan Guaman Malaysia:

  • Ujian secara dalam talian (pre-test).
  • Ujian Merit (mempertimbangkan kes perlu diteruskan atau tidak).
  • Lulus dan bayar yuran pendaftaran RM10.

Manakala Badan Peguam Malaysia:

  • Pergi ke pejabat mereka
  • Mengisi borang dan akan tahu kelayakan kewangan secara sendiri.
  • Kemudian mengambil ujian merit.
  • Lulus dan bayar yuran pendaftaran RM10.00 untuk bantuan guaman percuma.

Yayasan Badan Guaman Kebangsaan:

  • Mengisi borang untuk kelayakan kewangan kau.
  • Lulus dan bayar pendaftaran RM10 untuk bantuan guaman percuma.

Kalau nak hanya nasihat guaman tapi bukan untuk bantuan boleh?

Boleh walaupun kau taknak mohon bantuan guaman percuma ini. Ianya diberi secara lisan oleh peguam-peguam yang berkaitan untuk warganegara Malaysian mengikut undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Sebarang persoalan dan maklumat lanjut boleh hadir ke cawangan pejabat Jabatan Guaman yang berhampiran.

Akhir kata 

Kalau kau ada kes yang menyebabkan kau akan dipenjara atau dijatuhkan hukuman baik kau guna bantuan guaman percuma ini. Sebab kau tahu kau punya kewangan kais pagi kais petang. Untuk bela diri kau yang bakal didakwa bersalah kau ada hak nak bela diri dalam hal yang membabitkan undang-undang ini.

Cuma kau jangan salah faham. Ini bukan bantuan untuk dapat duit. Ini bantuan untuk memudahkan urusan saman menyaman kau.

Semoga artikel ini dapat membantu kau mempermudahkan urusan kau di dunia ini.

Selamat maju jaya.

8 thoughts on “Bantuan Guaman Percuma”

  1. Assalamualaikum,saya ada satu kes yang tidak pernah selesai hingga sekarang.Tapi saya tidak tahu cara guna peguam..Kes saya tentang towers elektrik yang berada dalam kawasan tanah perkebunan kami yang didirikan tanpa sebarang pampasan dari SESB..

    Reply
  2. Well a complaint about rusland dol simple Nasi lemak owner for illegally apply two fake domain website by the name of the domain simple kuantan parade bistro and simple food technology now at internet whichever non existing operating bussiness and one of the domain links to the Cimb bank deposits account domain bussiness handle by nor hartika Cimb bank kl whichever I managed to report to the authority involved because rusland dol simple Nasi lemak owner also can be refer to sikmok Nasi lemak website at facebook that can harm the locals community in East Coast

    Reply
  3. Saya telah di tipu oleh Developer. Tapi, saya sudah tidak mampu utk membayar peguam.. saya masi bayar rumah tu sejak tahun 2015.. Apakah yang perlu saya lakukan.. Saya sangat memerlukan bantuan..

    Reply
  4. selamat pagi atau malam, sekarang i mahu 1 peguam boleh tolong saya dakwa ex suami saya, sudah mahu dekat 5 bulan tak ada bayar saya maintenance allowance. kerana dekat peguam surat ada tulis dia akan bagi setiap bulan RM 1000 ringgit kepada saya belanjaran sampai saya khawin atau kematian (ex suami sdh khawin ada lain hidup), lagi i tinggal bersama anak saya (3 orang). harap sesiapa boleh tolong saya….

    Reply
  5. Saya telah dibuang kerja.
    Apa hak saya sebagai pekerja?
    Bagaimana utk Sy tuntut hak saya dgn bekas majikan Sy, Dari segi pampasan Dan lain- lain….

    Reply
  6. Sy nak tanya encik,doktor telah buat pembedahan salah pada kaki sy,sudah 4 kali buat pembedahan masih tak ok lagi di (hospital kerajaan),kaki tak ok lagi doktor suruh sy pergi kerja…kalau tanya soalan doktor halau sy keluar dari bilik dan tidak jawab soalan sy..boleh bawa kes ini ke mahkamah?

    Reply

Leave a Comment