SKSPS PERKESO (Kerja Grab & foodpanda, Boleh Carum SPS SOCSO)


Berita gembira untuk para peniaga juga usahawan yang bekerja sendiri di Malaysia. Ini kerana kerajaan Malaysia melalui pembentangan Belanjawan 2022 telah meluluskan satu skim khusus bagi mereka yang bekerja secara sendiri. Melalui skim kerajaan ini caruman dilakukan sepenuhnya dalam masa 1 tahun yakni 12 bulan. Skim tersebut ada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri ataupun SKSPS Khidmat PERKESO.

Contohnya, jika anda seorang pekerja ride hailing seperti GrabFood dan foodpanda, anda masih boleh mencarum dengan PERKESO.

Apa itu SKSPS Khidmat PERKESO?

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri ataupun SPS Khidmat PERKESO ini adalah adalah satu bentuk caruman di mana pihak Kerajaan menyediakan pembayaran caruman penuh sebanyak 100% melalui Pelan Caruman 2 dan 4 dengan perlindungan penuh untuk 1 tahun yakni 12 bulan untuk individu yang bekerja sendiri.

Anda hanya perlu daftar PERKESO dan pastikan tahun nombor PERKESO anda.

 

Kelayakan SKSPS Khidmat PERKESO

Ianya layak untuk para pekerja sendiri :-

a) Anggota Pasukan Sukarelawan

1) Anggota Tentera Simpanan
2) Anggota Polis Simpanan
3) Anggota Pertahanan Awam Malaysia
4) Anggota Maritim
(Pelan Caruman 2)

b) Perkhidmatan Rumah Ibadat Islam (JAKIM)

  1. Guru Takmir,
  2. Noja,
  3. Siak,
  4. Imam,
  5. Bilal
  6. Merbut
    (Pelan Caruman 2)

 

c) Penyelia dan Petugas Pemulihan Komuniti
(Pelan Caruman 2)

 

d. Anggota Sektor Awam
Berstatus Contract For Service
(Pelan Caruman 4)

 

Faedah-faedah diterima pencarum SKSPS PERKESO

Melalui SPS Khidmat PERKESO, mereka yang layak akan menerima faedah-faedah berikut:

  1. Faedah hilang upaya sementara
  2. Faedah hilang upaya kekal
  3. Faedah orang tanggungan
  4. Faedah perubatan
  5. Faedah pengurusan mayat
  6. Elaun layan sentiasa
  7. Faedah pendidikan
  8. Kemudah jasmani dan vokasional

 

Bila boleh mencarum?

Bagi tarikh untuk memohon dan melakukan caruman untuk skim ini ianya bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.

 

Apakah kriteria untuk melayakkan permohonan?

Antara kriteria ataupuns syarat bagi melayakkan permohonan adalah :

  • Bekerja sendiri dan mempunyai tugas untuk dijalankan sebagai punca rezeki
  • Full time ataupun secara part time
  • Bekerja sendiri hanya di Malaysia
  • Warganegara Malaysia
  • Bermaustatin tetap

 

Langkah-langkah untuk memohon SKSPS SOCSO

Jika anda telah mencukupi kriteria kelayakan seperti di atas boleh memohon dengan mengikuti langkah-langkah ini :-

  1. Permohonan dan pendaftaran boleh dilakukan terus di jabatan Skim Keselamatan S0sial Pekerja atau SPS di [email protected]
  2. Memohon melalui agensi orang yang bekerja sendiri.
  3. Apabila PERKESO sudah menerima nama pemohon perlindungan SPS Khidmat PERKESO telah sah dan aktif

 

Dokumen untuk permohonan

Sila sertakan beberapa dokumen penting sebagai butir permohonan SPS Khidmat PERKESO :

  1. Salinan myKad;
  2. Surat lantikan
  3. Pengesahan kerja – bagi petugas khidmat komuniti / Sukarelawan/ Guru Takmir/ Imam/ Bilal/ Siak/ Noja/ Merbutanggota sektor awam (contract for service)

 

Jika ada sebarang masalah dan soalan

Jika anda ada sebarang masalah dan soalan menenai SPS Khidmat PERKESO boleh hubungi :-

Khidmat Pelanggan SPS : 1-300-22-8000

atau

menghantar e-mel pada  [email protected]

Anda boleh juga layari dan di laman web ini :-

 

Akhir kata

SPS Khidmat PERKESO ini adalah satu bantuan Kerajaan untuk meringankan beban bagi pekerja-pekerja yang bekerja sendiri untuk memastikan keselamatan mereka terjamin jika ada sebarang perkara yang tak diingini berlaku.

Semoga dipermudahkan urusan para pemohon!

Leave a Comment