Semak Pemilik Kenderaan Melalui No Plat


Andainya anda terlibat dalam kemalangan, jika nasib tidak baik, orang yang melanggar anda akan lari dan tidak mahu bertanggungjawab. Pasti anda ingin tahu bagaimana cara semak pemilik kenderaan melalui no plat supaya boleh selesaikan perkara ini.

Bukan itu sahaja, kadang-kadang anda juga mahu tahu siapakah pemilik sesuatu kenderaan yang anda sudah lama perhatikan. Boleh jadi kereta Ferrari, Lamborghini atau sekadar nombor plat VIP yang sangat cantik. Walau bagaimanapun, jika ini adalah tujuan asal anda, lebih baik lupakan sahaja. Sudahlah tidak berguna kerana menceroboh privasi, ia juga membuang masa. Izinkan kami berkongsi.

Syarat utama untuk menyemak maklumat dan check siapa owner kenderaan, anda mesti tahu no plat kenderaan tersebut. Jangan main teka-teka sahaja kerana ia boleh membawa kepada fitnah. Sekiranya anda ambil gambar atau merekod video melalui dashcam yang menunjukkan nombor plat dengan jelas, itu lebih baik.

Buat report polis untuk semak pemilik kenderaan

Apa pun yang berlaku, apabila berlakunya kemalangan, pastikan anda buat laporan polis terlebih dahulu. Report polis dibuat bukan untuk menunjukkan siapa salah atau siapa betul. Ia adalah lebih kepada keselamatan diri sendiri.

Pihak polis pastinya boleh tahu siapa pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

Check owner no plat kereta melalui MyCarInfo

MyCarInfo adalah satu laman web bagi pemeriksaan insurans kenderaan.

Untuk mendapatkan maklumat seperti nama dan nombor Kad Pengenalan pemilik kenderaan, anda perlu mendapatkan cover note daripada syarikat insurans.

Di dalam cover note ini , terdapat maklumat seperti yang telah disebutkan tadi.

Kelayakan untuk mendapatkan cover note ini diberikan kepada pelanggan yang boleh memberikan butiran seperti yang tersenarai di bawah kepada pihak insurans.

  • Nombor polisi insurans
  • Tarikh mula insurans
  • Tarikh tamat insurans

Jadi, sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, anda boleh cubat dapatkan maklumat yang dinyatakan di atas daripada orang yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Jika tidak, anda juga boleh mendapatkan butiran di atas, kita boleh menggunakan servis MyCarInfo dengan pembayaran sebanyak RM6.00 bagi satu kredit.

Sila ikuti langkah-langkah untuk semak pemilik kenderaan melalui no plat di bawah:

  1. Layari laman portal rasmi My Car Info
  2. Daftar akaun sekiranya anda tidak mempunyai akaun MyCarInfo
  3. Login akaun MyCarInfo anda
  4. Seterusnya di halaman utama, pergi pada butang Services dan pilih i-Search.
  5. Di paparan skrin pada bahagian bawah akan terlihat jenis pelan yang perlu dipilih.
  6. Pilih pelan Comprehensive dan anda akan dibawa ke pelan pembayaran.
  7. Klik pada Select 1 Credit (RM6) 
  8. Buat pembayaran melalui FPX.
  9. Kemudian, masukkan nombor plate yang ingin anda semak, nama anda berserta alamat email.
  10. Maklumat nombor polisi insurans, tarikh mula insurans dan tarikh tamat insurans akan dihantar ke alamat e-email anda.

Setelah butiran ini diterima, anda boleh menghantar email kepada syarikat insurans terbabit bagi mendapatkan cover note. Dengan cara ini, anda boleh dapat semak pemilik kenderaan melalui no plat dan juga maklumat insurans tadi.

Contoh format email yang boleh digunakan adalah seperti berikut

Hi,

I need a softcopy of cover note  for my car policy. Can you email me?

Vehicle Reg. No : WWX 707X
Policy Number : XX3XX XXXX
Policy Period : 23 May 2022 - 22 May 2023 

Thanks in Advance,
Regards,https://mybayar.rmp.gov.my/

Proses ini akan mengambil masa 1-5 hari bekerja.

Sila tunggu maklumbalas dari pihak insurans untuk menghantar cover note yang mempunyai butiran owner kereta ke email anda.

Masih boleh guna MYEG untuk check owner guna nombor plat?

Berdasarkan pemerhatian kami, anda tidak lagi boleh membuat semakan pemilik kenderaan melalui MYEG. Sebelum ini, anda boleh buat semakan pemilik kenderaan dengan carian saman ke atas kenderaan mereka.

Sekarang, apabila anda cuba klik Polis Diraja Malaysia, ia akan dibawa ke portal https://mybayar.rmp.gov.my. Di MyBayar Saman, tidak ada pilihan untuk membuat semakan lain kecuali kenderaan yang didaftarkan ke atas Kad Pengenalan sendiri.

Akhir kata

Tidak ada jalan pintas untuk mendapatkan maklumat pemilik kenderaan melalui no plat. Ada beberapa prosedur yang anda perlu patuhi.

Apa pun, kami berharap agar perkongsian cara semak pemilik kenderaan melalui no plat ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk menyelesaikan kesulitan yang dihadapi.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

27 thoughts on “Semak Pemilik Kenderaan Melalui No Plat”

  1. Pegi mamposs lg baik..nak check owner pun xdpat! Kerja buat aperlah..baik klebet burik derumoh… Sakit hati dah baca lamo

    Reply
  2. No pendaftaran motorsikal = (Bjn 5752)
    Jenis motosikal= (nouvo s)

    Nk direct dgn pemilik motorsikal dgn no pendaftaran di tentera berkaitan repair dan membaiki motorsikal

    Reply
  3. Penat baca last² tak membantu langsung.. Klau tau sia sia hasilnya baik aku layan ajakan kawan aku, lagi baik n happy pun dapat.. Ade gak hasil nya daripada baca bende ni buang masa.. teruk betul!

    Reply

Leave a Comment