Check Owner Kereta


Pasti terdapat ramai di antara kita yang pernah berada di dalam situasi di mana anda betul-betul nak check owner kereta. Dalam kes ini, terdapat beberapa kemungkinan mengapa anda perlu semak pemilik kenderaan melalui no plat kerana mungkin itu sahaja maklumat yang anda ada.

Sebagai contoh, kes kemalangan yang melibatkan langgar lari. Mestilah anda tidak puas hati. Untuk versi Bahasa Inggeris, boleh rujuk artikel how to trace car owner from number plate in Malaysia. Izinkan kami berkongsi.

Syarat utama untuk menyemak maklumat pemilik kereta, anda mesti tahu nombor plate (nombor pendaftaran) kereta yang ingin disemak.

Berikut adalah senarai cara yang boleh anda gunakan bagi menyemak maklumat pemilikan kereta:

Macam mana nak check nama pemilik kenderaan dengan semakan melalui MYEG?

Maklumat owner kereta boleh kita perolehi melalui rekod saman mereka yang telah disenaraikan oleh Polis Diraja Malaysia.

  1. Layari laman portal rasmi MYEG.
  2. Klik pada Daftar Akaun sekiranya anda tidak mempunya akaun MYEG.
  3. Kemudian, Login akaun anda.
  4. Klik pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) di halaman utama.
  5. Seterusnya, pilih Check & Pay PDRM Summons.
  6. Di paparan sebelah kiri anda terlihat column Search Summons.
  7. Di ruangan Vehicle Plate Type pilih jenis nombor plate kenderaan yang ingin anda semak, sama ada ianya nombor plate keluaran Malaysia ataupun luar negara.
  8. Pilih Malaysia bagi nombor plate keluaran Malaysia dan Non Malaysia bagi nombor plate luar negara.
  9. Di ruangan Vehicle No anda perlu mengisi no plate kenderaan yang ingin anda semak pemiliknya.
  10. Masukkan kod sekuriti di paparan tersedia.
  11. Akhir sekali, klik pada Check Summons.
  12. Maklumat seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan owner akan tertera di paparan skrin anda jika mereka mempunyai kesalahan yang direkodkan oleh PDRM.

Sekiranya tiada rekod yang tersimpan di MYEG, anda boleh ke langkah yang seterusnya untuk mengetahui cara semak owner kereta dengan lebih lanjut.

Boleh check owner no plat kereta melalui MyCarInfo tak?

MyCarInfo merupakan laman web bagi pemeriksaan insurans kenderaan. Bagi mendapatkan maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan owner kenderaan, anda perlu mendapatkan cover note daripada syarikat insurans. Di dalam cover note ini , terdapat maklumat seperti yang telah disebutkan tadi. Kelayakan untuk mendapatkan cover note ini diberikan kepada pelanggan yang boleh memberikan butiran seperti yang tersenarai di bawah kepada pihak insurans.

  • Nombor polisi insurans
  • Tarikh mula insurans
  • Tarikh tamat insurans

Untuk mendapatkan butiran di atas, kita boleh menggunakan servis MyCarInfo dengan pembayaran sebanyak RM6.00 bagi satu kredit. Sila ikuti langkah di bawah.

  1. Layari laman portal rasmi MyCarInfo.
  2. Daftar akaun sekiranya anda tidak mempunyai akaun MyCarInfo.
  3. Login akaun MyCarInfo anda.
  4. Seterusnya di halaman utama, pergi pada butang Services dan pilih i-Search.
  5. Di paparan skrin pada bahagian bawah akan terlihat jenis pelan yang perlu dipilih.
  6. Pilih pelan Comprehensive dan anda akan dibawa ke pelan pembayaran.
  7. Klik pada Select 1 Credit (RM6) dan buat pembayaran melalui FPX.
  8. Kemudian, masukkan nombor plate yang ingin anda semak, nama anda berserta alamat email.
  9. Maklumat nombor polisi insurans, tarikh mula insurans dan tarikh tamat insurans akan dihantar ke alamat e-email anda.

Setelah butiran ini diterima, anda boleh menghantarkan email kepada syarikat insurans bagi mendapatkan cover note. Dengan cara ini, anda boleh check maklumat owner kereta. Semak alamat email syarikat insurans di laman web rasmi mereka, tertakluk kepada syarikat insurans yang digunakan oleh pemilik kereta terbabit.

Format email yang boleh diguna pakai adalah seperti berikut

Hi,

I need a softcopy of cover note  for my car policy. Can you email me?

Vehicle Reg. No : WWX 808X
Policy Number : XX2XX XXXX
Policy Period : 23 June 2021 - 22 June 2022 

Thanks in Advance,
Regards,

Proses ini akan mengambil masa 1-5 hari bekerja. Jadi, sila tunggu maklumbalas dari pihak insurans untuk menghantar cover note yang mempunyai butiran owner kereta ke email anda.

Akhir kata

Pihak kami berharap agar perkongsian cara check owner kereta ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk menyelesaikan kesulitan yang dihadapi.

Semakan pemilik kenderaan yang kami kongsikan ini bukanlah tentang tukar nama atau kes tak bayar hutang kereta. Ia adalah dua perkara yang berbeza. Anda perlu mendapatkan maklumat lebih lanjut untuk proses-proses yang berlainan.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

57 thoughts on “Check Owner Kereta”

  1. Hi,

    I need to confirm this car already change to my name as new owner. Can you email me?

    Vehicle Reg. No : NDR 9835

    Thanks in Advance,
    Regards,

    Reply
  2. cuba check BJP9908
    ni owner sudah kasih
    blacklist lesen memandu saya…
    sudah 5 tahun saya memandu
    tanpa lesen….

    Reply
  3. Tak boleh check dah guna myEG, MYEG dah tukar interface. Tak boleh pilih dah ‘Check & Pay PDRM Summons’
    Bila tekan PDRM, dia terus redirect ke page kain, bila masukkan ID & password, boleh check kita sendiri punya saman je.
    Tak ada pilihan untuk check saman guna no plat

    Reply
  4. Mintak tolong cari owner kereta WGE9884..dapat nomber hp yang boleh dihubungi dah okey…kerana untuk urusan tukar nama pemilik..

    Reply
  5. Tolong cek no kereta perodua alza ni WD9564W . nak tahu nama pemilik dan alamat. Kes langgar lari. Tak nak tanggungjawab.

    Reply
  6. Salam,
    Macammana nak trace semula syarikat yang kita beli kereta ya? Ada idea tak?
    Dah hampir 10 tahun, saya lupa ambil kereta kat mana. Sebab baru je berpindah ke sini 10 tahun lepas.

    Reply
  7. Selamat pagi.minta tolong cek nombor kenderaan tersebut . motosikal yamaha Y15. Bernombor QKR 6815.
    motosikal tersebut baru saya beli dengan tuan punya kenderaan..
    Tanya pasal gerand senyap je.
    Saya cuma ingin kepastian sahaja.tentang permilik sebenar.

    Reply
  8. TOLONG CHECK SYH 8339 BAWAK KERETA MACAM ORANG GILA MEMBAHAYAKAN NYAWA SAYA AREA MRR2 EXIT BULATAN CHERAS — 22/6/2023 8:30PM

    Reply

Leave a Comment