Cara Bayar Saman PDRM Online 2021 (mybayar.rmp.gov.my)


Pasti ada yang perasan di mana baru-baru ini, kita boleh boleh bayar saman melalui MYEG. Rupa-rupanya, pihak PDRM melancarkan perkhidmatan digital terbaru mereka. Jadi, izinkan kami kongsi cara bayar saman PDRM online melalui MyBayar.

Kalau tak nak bayar dulu pun tak apa. Boleh check saman polis guna no plat dahulu menggunakan SMS. Cuma rugilah. Ini kerana MyBayar Saman ada memberikan diskaun 50% jika bayar kompaun secara online.

Cara bayar saman trafik online di MyBayar

Berikut ialah cara untuk membuat pembayaran saman secara online. Namun, anda perlu mengikut langkah-langkah untuk buat pendaftaran dan login.

Kami akan kongsikan satu persatu.

1. Daftar Mybayar Saman PDRM di mybayar.rmp.gov.my

  1. Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Tukar bahasa dari English ke Bahasa Malaysia untuk memudahkan lagi proses untuk mendaftar
  3. Tekan butang DAFTAR
  4. Anda juga boleh terus klik pautan ini untuk mendaftar: https://mybayar.rmp.gov.my/registration
  5. Isikan maklumat yang dikehendaki seperti berikut:
    • Nama Penuh
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Alamat Penuh
    • Poskod
    • Negeri
    • Email
    • Nombor Telefon Bimbit
  6. Tekan butang SETERUSNYA
  7. Masukkan nombor OTP yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang anda daftarkan sebentar tadi
  8. Masukkan Kata Laluan yang dipilih
  9. Sahkan Kata Laluan
  10. Semak email untuk confirm pendaftaran berjaya

 

2. Login My Bayar Saman di mybayar.rmp.gov.my

  1. Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Tekan butang LOG MASUK
  5. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem MyBayar Saman

 

3. Semakan saman trafik PDRM dan bayar di MyBayar Saman online

  1. Pastikan anda sudah berjaya login mengikut panduan yang kami kongsikan seperti di atas
  2. Lihat paparan berapa Saman Belum Jelas
  3. Lihat Jumlah Kompaun dalam nilai Ringgi Malaysia
  4. Pilih saman yang anda ingin buat pembayaran
  5. Jika tidak mahu bayar semua, pilih mana yang penting dahulu
  6. Akan tertera jumlah saman di bahagian bawah skrin
  7. Teruskan dengan buat pembayaran secara FPX atau kad kredit VISA / Master Card:
    • Perbankan Atas Talian (FPX)
      • Maybank2u
      • CIMB Clicks
      • RHB Bank
      • Public Bank PBe
      • Hong Leong HLB Connect
      • AffinOnlie
      • AGRONet
      • AmOnline
      • i-Muamalat
      • i-Rakyat
      • myBSN
      • HSBC Online Banking
      • KFH Online
      • OCBC Online Banking
      • SC Online Banking
      • UOB Internet Banking
    • Perbankan Atas Talian (FPX – Bisnes)
    • Kad Kredit
  8. Tekan butang Bayar Sekarang untuk teruskan proses bayar saman online
  9. Teruskan sehingga selesai
  10. Selepas siap semuanya, anda boleh muat turun resit pembayaran
  11. Jika tidak muat turun sekarang, anda boleh  semak email untuk download resit pembayaran pada masa akan datang

 

4. Pembayaran saman polis trafik untuk company

Pembayaran saman trafik di mybayar.rmp.gov.my adalah untuk kenderaan persendirian sahaja. Ini kerana anda hanya boleh memasukkan nombor Kad Pengenalan sahaja.

Buat masa ini, tiada ada ruang untuk memasukkan nombor pendaftaran syarikat bagi membolehkan bayar saman bagi pihak syarikat secara online.

Jadi, bagi anda yang ingin bayara saman untuk company, kami nasihatkan anda hadirkan diri di Cawangan Trafik yang berhampiran dan buat pembayaran di sana.

 

Akhir kata

Kami menyambut baik atas inisiatif PDRM melancarkan MyBayar Saman ini.

Selain SSO PDRM yang boleh digunakan untuk check saman polis sebelum ini, kami rasa MyBayar Saman ini lebih canggih lagi. Antaramuka UI/UX sangat moden. Terasa seperti menggunakan sistem e-commerce dan bukan sistem tipikal kerajaan.

Kami juga berharap agar perkongsian mengenai cara bayar saman PDRM online ini akan memudahkan lagi urusan pembayaran anda.

Syabas PDRM!

Kalau ada saman Jabatan Pengangkutan Jalan, jalan lupa bayar saman JPJ juga. Dan yang berminat jadi anggota polis, boleh mohon melalui portal ePengambilan PDRM.

Semoga bermanfaat.

34 thoughts on “Cara Bayar Saman PDRM Online 2021 (mybayar.rmp.gov.my)”

  1. Saya telah mengikut step pendaftaran tetapi tidak berjaya log masuk. Kenapa Dan bagaimana untuk saya log masuk

    Reply
  2. i already register as a used but can’t login and tried to reset the password waiting 2 days still haven’t get email to reset temporary password

    Reply
  3. I already make payment for my summons.after how many days I only can renew my road tax,as I pay it last saturday,today I try to renew my road tax but still blacklisted and can’t renew,kindly advice

    Reply
  4. Tried to reset the password many times since i cant login to the app, but then i didnt receive any email. It has been almost a month huhu

    Reply
  5. i already register but can’t login and tried to reset the password still haven’t get email to reset temporary password. what should i do ?

    Reply
  6. I have 2 handphone but I entered the no which is not recorded in my online bank now I can’t access the tac no the bank required

    Reply
  7. I have registered under company’s name. I have followed the steps for payment using
    Online Banking (FPX) > select the bank > pay now but it kept on spooling. Have been trying since yesterday till now, still the same problem, couldn’t proceed further.

    Reply
  8. Salam sejahtera Tuan Budiman,

    Saya telah mendaftar tapi bila masuk dia gagal. Saya nak reset id dengan kata-laluan. Boleh tunjuk ajar, tuan?

    Terima kasih.

    Reply
  9. I have tried a few time to pay the compound but its failed. Is bcause the cummons have label ‘m’ so i cant pay?

    Reply
  10. I have tried a few time to pay the compound but its failed. Is bcause the cummons has ‘m’ label so i cant pay?

    Reply
  11. Bagaimana nak dapatkan potongan 50 % seperti yang dinyatakan diatas.

    “Cuma rugilah. Ini kerana MyBayar Saman ada memberikan diskaun 50% jika bayar kompaun secara online”

    Reply

Leave a Comment