Cara Check Saman Polis Guna No Plat


Kepada anda yang tertanya-tanya tentang kaedah untuk semak saman polis yang tertunggak atau yang belum sempat anda lunaskan, jangan risau. Ini kerana kami akan berkongsi tentang cara check saman polis guna no plat yang cukup ringkas.

Jadi, tak perlu takut kerana anda boleh selesaikan saman tertunggak anda dengan lebih mudah.

Chek saman polis melalui no plat

Pada masa kini, segala informasi dan maklumat amatlah mudah untuk diakses. Segala yang perlu kita ketahui hanyalah di hujung jari sahaja. Kecanggihan teknologi memudahkan kita semua untuk membeli-belah secara online mahupun menyemak saman kita yang tertunggak dan belum sempat dilunaskan.

Kini kita boleh menyemak saman Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan hanya menggunakan nombor plat kenderaan kita melalui kaedah online di laman web ataupun melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Mudah bukan?

Oleh itu pada hari ini kami akan membantu anda memahami cara menyemak saman tersebut, sebelum anda dikenakan sebarang tindakan keras, ada baiknya anda semak dan selesaikan secepat mungkin.

Check saman no plate guna SMS

PDRM menyediakan saluran dan keadah mudah untuk anda menyemak saman melalui pesanan khidmat ringkas sahaja.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

Maklumat saman yang ringkas

  • Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>(Nombor kad pengenalan atau nombor plat kenderaan)
  • Hantarkan SMS tersebut kepada talian 32728 atau 12888.

Contoh: POLIS SAMAN 881111223333 atau POLIS SAMAN WPP1234.

Maklumat saman yang terperinci

Sekiranya anda menginginkan jawapan yang lebih terperinci, sila ikuti langkah di bawah:

  • POLIS<jarak>SAMAN<jarak>(No Kad Pengenalan atau nombor plat kenderaan)<jarak>
  • Email dan hantarkan kepada 32728

Contohnya: POLIS SAMAN WQR1234 mustafakamal@gmail.

Caj SMS yang dikenakan

Perlu diingat caj sebanyak 15 sen akan dikenakan ke atas setiap SMS yang dihantar.

Check saman JPJ menggunakan SMS

JPJ juga menyediakan kemudahan yang sama dan ikuti langkah di bawah ini untuk menyemak saman anda:

  • Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>Nombor plat kenderaan dan hantarkan ke 15888.

Contohnya: JPJ SAMAN WPP1234.

Check saman polis guna no plat secara online

Portal rasmi SSO PDRM

Selain MyEG dan Rilek, anda boleh buat semakan melalui portal rasmi PDRM di sso.rmp.gov.my.

Walau bagaimanapun, jika anda belum pernah mendaftar, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum anda boleh log masuk ke akaun baru anda.

Portal rasmi JPJ online

Pada laman web JPJ, anda boleh semak saman anda dengan memasukkan nombor plat kenderaan anda dan juga nombor kad pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.

Boleh rujuk cara semak saman JPJ secara online.

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian tentang semakan saman polis akan dapat memudahkan urusan anda untuk menyemak baki saman anda dan sekaligus memudahkan urusan anda untuk meneyelesaikan saman anda yang tertunggak.

Semoga bermanfaat.

40 thoughts on “Cara Check Saman Polis Guna No Plat”

  1. SMS TO 15888, POLIS SAMAN (CAR NO.) No response but error message RM0.20: POLIS: Perkhidmatan polis saman melalui SMS tidak tersedia buat masa sekarang. Terima kasih.
    Now What?????

    Reply

Leave a Comment