Semak Baki Pinjaman Peribadi BSN (Cara Check Tanpa Online)


Ada tak di antara anda semua yang nak semak baki pinjaman peribadi BSN? Kalau ada, bolehlah anda baca bagaimana cara untuk check balance personal loan tersebut secara manual berbanding guna cara online.

So, selepas ini tak perlu lagi dah cari merata-rata macam mana nak buat semakan pinjaman itu. Sebabnya kami dah sediakan semuanya khas untuk anda di sini.

Izinkan kami berkongsi.

Semak baki pinjaman peribadi BSN melalui panggilan telefon

Jika anda tak ada internet untuk check online balance BSN. Anda boleh saja semak menggunakan telefon anda. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Dail talian 1-300-88-1900 untuk bercakap dengan Pusat Hubungan Pelanggan BSN.
  2. Tunggu seketika sehingga panggilan anda dijawab.
  3. Kemudian, perkenalkan diri dan nyatakan yang anda nak semak baki pinjaman peribadi BSN anda.
  4. Tunggu seketika sehingga panggilan anda disambungkan ke bahagian berkaitan.
  5. Seterusnya, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan anda sekali lagi.
  6. Sila berikan segala butiran diri atau maklumat yang diperlukan oleh pihak BSN (jika diperlukan).
  7. Baki pinjaman peribadi BSN anda akan dimaklumkan.
  8. Catat atau rekod baki pinjaman anda untuk simpanan (jika diperlukan).
  9. Selesai.

 

Check balance pinjaman peribadi BSN di ATM

Katakanlah yang anda tak ada internet atau tak ada kredit untuk buat panggilan telefon demi nak semak baki pinjaman peribadi anda. Anda boleh saja menggunakan mesin ATM.

Ikuti panduan ini:

  1. Hadir di mana-mana mesin ATM berhampiran anda.
  2. Masukkan kad ATM anda pada bahagian yang disediakan di mesin ATM tersebut.
  3. Kemudian, pilih BAHASA.
  4. Seterusnya, masukkan Nombor PIN atau Kata Laluan kad ATM anda.
  5. Tunggu seketika sehingga nombor PIN dan akaun anda berjaya diakses.
  6. Bahagian menu utama akan dipaparkan.
  7. Sila tekan pada bahagian PINJAMAN BSN / KAD KREDIT.
  8. Ikuti arahan seterusnya untuk melengkapkan proses semakan baki pinjaman peribadi BSN anda.
  9. Baki pinjaman peribadi BSN anda akan dipaparkan.
  10. Selesai.

 

Semak dekat kaunter BSN

Andai kata anda nak lebih terperinci dan ada masa lapang. Anda bolehlah buat semakan baki pinjaman anda di kaunter BSN. Cara-caranya seperti berikut:

  1. Kunjungi mana-mana cawangan BSN berdekatan anda.
  2. Pergi ke kaunter hadapan pintu masuk untuk mendapatkan nombor giliran berdasarkan tujuan anda.
  3. Tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.
  4. Pergi ke kaunter urusan yang tertera ketika nombor anda dipanggil tadi.
  5. Nyatakan tujuan anda adalah untuk semak baki pinjaman peribadi BSN anda.
  6. Berikan segala butiran diri dan lain-lain yang diminta oleh kakitangan bertugas (jika diminta).
  7. Tunggu seketika sehingga permintaan anda diproses.
  8. Baki pinjaman peribadi BSN anda akan diberitahu.

Sekadar makluman, alang-alang anda dah sampai ke cawangan BSN itu. Jangan lupa untuk mendaftar sistem perbankan SMS oleh BSN. Ini adalah supaya selepas ini anda dah boleh semak baki akaun BSN melalui SMS saja.

Dah tak perlu risau lagi kalau tak ada internet. Betul tak?

 

Akhir kata

Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang nak semak baki pinjaman peribadi BSN menggunakan pelbagai alternatif. Kami juga doakan agar urusan kewangan anda dipermudahkan dalam apa jua situasi.

Bila dah tahu berapa baki pinjaman itu, jangan pula lupa untuk habiskan cepat-cepat. Biar lapang sikit dada nanti.

Semoga bermanfaat.

Categories BSN

1 thought on “Semak Baki Pinjaman Peribadi BSN (Cara Check Tanpa Online)”

Leave a Comment