Semak Baki Akaun BSN Melalui SMS (Check Balance Dengan Pantas)


Ada masanya, kita perlu check balance dalam akaun dengan cepat. Tak ada masa nak login mybsn.com.my semata-mata untuk buat semakan baki. Jadi, anda boleh semak baki akaun BSN melalui SMS sahaja.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara semak baki akaun BSN melalui SMS

Berikut ialah cara untuk check balance BSN anda menggunakan kaedah SMS:

  1. Klik Messages dalam telefon bimbit anda
  2. Klik Create New Message
  3. Hantar ke 36898
  4. Isikan BAL <jarak> M-PIN
  5. Baki BSN anda akan terpapar dalam masa beberapa saat
  6. Selesai

 

2. Macam mana nak dapatkan M-PIN untuk semak baki BSN?

Apa itu M-PIN?

Secara ringkasnya, M-PIN ialah satu nombor pin khas untuk anda melalukan transaksi perbankan menggunakan SMS.

Jangan menggelabah kalau tak tahu apa M-PIN anda.

Bertenang.

Anda hanya perlu daftar perbankan SMS BSN terlebih dahulu di cawangan yang berdekatan. Boleh rujuk sini untuk proses pendaftaran yang cukup ringkas.

 

3. Cara semak baki dalam akaun BSN melalui ATM

Tak boleh nak check balance BSN guna SMS sebab dia perlukan M-PIN?

Ya, kami tahu anda kecewa.

Jadi, jangalah membebel tak tentu pasal.

Sila hadirkan diri anda ke mana-mana ATM berdekatan untuk semak baki dalam akaun.

Ikut langkah-langkah di bawah untuk check balance menggunakan ATM:

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM BSN yang berhampiran
  2. Cucuk kad ATM anda pada slot yang disediakan.
  3. Pastikan slot tersebut mempunyai lampu menyala berwarna hijau sebelum anda cucuk kad ATM
  4. Jika tidak, jangan menangis tak berlagu jika kad ATM BSN anda sangkut di dalam mesin ATM tersebut
  5. Seterusnya, masukkan nombor PIN bagi kad ATM anda
  6. Beberapa pilihan akan tertera di skrin
  7. Tekan PERTANYAAN
  8. Akan keluar mesej URUSAN SEDANG DIPROSES. SILA TUNGGU.
  9. Tunggu beberapa saat
  10. Baki akaun BSN anda akan terpapar seperti contoh di bawah:

[su_panel]

BAKI AKAUN: RM 800.00

HAD LIMIT HARIAN

PENGELUARAN & PINDAHAN: RM 3,000.00

PEMBELIAN (POS): RM 3,000.00

STATUS TRANSAKSI LUAR NEGARA: TIDAK AKTIF

[/su_panel]

 

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian untuk semak baki akaun BSN melalui SMS ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Selain menggunakan SMS, anda juga boleh semak baki BSN anda secara online ataupun semak baki pinjaman peribadi BSN secara offline. Ini lebih mudah dan tanpa perlu bayar apa-apa kos kecuali data sendiri.

Sila tukar nombor telefon BSN jika nombor yang lama sudah tidak aktif lagi.

Semoga dipermudakan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Categories BSN

2 thoughts on “Semak Baki Akaun BSN Melalui SMS (Check Balance Dengan Pantas)”

Leave a Comment