Semak Baki Pinjaman Peribadi BSN Online (Check Balance Loan)


Tiba-tiba anda terfikir untuk semak baki pinjaman peribadi BSN onlineย anda setelah bertahun-tahun membuat bayaran balik. Tapi, anda tak tahu bagaimana caranya.

Tak mengapa. Di sini kami dah senaraikan kaedah yang boleh anda aplikasikan untuk mengetahui bakiย personal loanย BSN anda.

Izinkan kami berkongsi.

Semak baki pinjaman peribadi BSN online di mybsn.com.my

Kaedah yang paling mudah untuk anda gunakan bagi membuat semakan baki pinjaman peribadi BSN anda secara online adalah di laman web BSN. Macam mana caranya?

Ikuti panduan di bawah:

  1. Layari laman web BSN di www.mybsn.com.my.
  2. Laman log masuk ke akaun BSN anda akan dipaparkan.
  3. Masukkan Username dan tekan Login.
  4. Seterusnya, sahkan Security Image anda dengan menekan butang Yes.
  5. Kemudian, masukkan Password dan klik Login sekali lagi.
  6. Laman utama akaun atau profil anda akan dipaparkan.
  7. Seterusnya, lihat pada bahagian menu di sebelah kiri skrin dan pilih Account Overview.
  8. Berikutnya, sila tekan pada butang Financing Accounts.
  9. Maklumat berserta baki pinjaman peribadi BSN anda akan dipaparkan.
  10. Selesai.

Walau bagaimanapun, untuk membolehkan anda mengakses fungsi seperti semak baki pinjaman peribadi BSN ini di laman web myBSN. Anda perlu membuat BSN online register terlebih dulu.

 

Tak ada internet untuk check secara online?

Jangan risau! Andai kata anda tak ada kemudahan internet untuk buat semakan ini secara online. Ada banyak lagi cara lain yang boleh anda gunakan untuk check balance personal loan anda dengan BSN ini.

Antara kaedah yang boleh anda gunakan selain daripada semak baki secara online melalui laman web adalah dengan menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN atau hadir di mana-mana cawangan BSN berdekatan anda.

Di samping itu, anda juga boleh membuat semakan di mesin ATM berhampiran. Jadi, sekarang tinggal pilih saja nak guna kaedah yang mana satu.

 

Masih ada masalah untuk semak baki pinjaman peribadi BSN online?

Sekiranya anda masih menghadapi sebarang masalah atau kesulitan berkenaan semakan baki pinjaman peribadi BSN anda secara online atau hal-hal lain yang berkaitan BSN. Anda boleh saja menghubungi talian 1-300-88-1900 (tempatan) atau +603-2613-1900 (luar negara)ย untuk bercakap dengan Pusat Hubungan Pelanggan BSN.

Selain itu, anda juga boleh menghantar sebarang soalan atau aduan ke alamat emel BSN di [email protected] bagi sebarang maklum balas atau tindakan lanjut.

 

Akhir kata

Diharapkan perkongsian kami ini dapat membantu mereka yang nak semak baki pinjaman peribadi BSN online. Kami juga berharap agar segala urusan anda dipermudahkan walau di mana jua anda berada.

Semoga bermanfaat.

Categories BSN

Leave a Comment