Semak Baki Bank Islam SMS


Nak semak baki Bank Islam SMS? Nanti dulu. Kalau tak pasti ianya boleh dilakukan atau tak. Mari ambil tahu menerusi artikel ini.

Izinkan kami berkongsi.

Boleh ke semak baki Bank Islam melalui SMS?

Sayangnya, tak boleh. Ini adalah kerana pihak Bank Islam tidak menyediakan apa-apa perkhidmatan semakan baki akaun dijalankan menggunakan SMS.

Ada cara lain untuk semak baki Bank Islam?

Ya, ada. Anda boleh semak baki Bank Islam anda melalui pelbagai alternatif selain daripada SMS. Antaranya adalah secara online, guna mesin ATM, buat panggilan telefon atau hadir di kaunter Bank Islam.

Macam mana cara nak check balance Bank Islam guna kaedah selain SMS?

Berikut merupakan langkah-langkah untuk semak baki Bank Islam anda melalui pelbagai kaedah berbeza. Sila ikuti panduan di bawah.

A) Semak online:

  1. Layari laman web Bank Islam IB di https://www.bankislam.biz.
  2. Anda akan dibawa ke laman utama Bank Islam IB.
  3. Sila klik butang INTERNET BANKING LOGIN.
  4. Pada laman seterusnya, masukkan Username dan tekan Login.
  5. Selepas itu, masukkan Password anda.
  6. Seterusnya, sila sahkan Private Image anda dan tekan butang Login.
  7. Halaman utama profil atau akaun Bank Islam online banking anda akan dipaparkan.
  8. Sila lihat pada bahagian menu di atas dan klik My Accounts.
  9. Kemudian, tekan Account Summary.
  10. Baki Bank Islam anda akan dipaparkan.
  11. Selesai.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin menggunakan kaedah ini. Pastikan anda sudah mendaftar akaun Bank Islam online banking. Kalau tak tahu cara nak buat. Anda boleh rujuk di sini vao.bankislam.com.my.

Di samping itu, langkah-langkah check balance di atas juga boleh digunapakai untuk aplikasi telefon pintar Bank Islam.

B) Check di mesin ATM:

  1. Dapatkan kad debit atau kad ATM anda.
  2. Kemudian, kunjungi mana-mana mesin ATM Bank Islam atau ATM bank lain berdekatan anda.
  3. Masukkan kad ATM anda di ruangan kad yang disediakan (tunggu sehingga lampu hijau menyala baru masukkan kad).
  4. Tunggu seketika sementara kad anda sedang dibaca.
  5. Seterusnya, pilih BAHASA yang ingin anda gunakan untuk urusan di ATM.
  6. Selepas itu, masukkan Nombor PIN ATM anda dan pilih butang TEKAN JIKA BETUL untuk teruskan.
  7. Kemudian, anda akan dibawa ke laman SILA PILIH TRANSAKSI.
  8. Di laman itu, sila tekan butang PERTANYAAN BAKI.
  9. Tunggu seketika.
  10. Baki Bank Islam anda akan dipaparkan serta-merta.
  11. Tamat.

C) Buat panggilan telefon:

  1. Dail talian 03-2088-8000 atau 03-26-900-900 untuk bercakap dengan Bahagian Khidmat Pelanggan Bank Islam.
  2. Jika panggilan anda sudah dijawab, perkenalkan diri dan maklumkan tujuan anda ialah untuk semak baki akaun.
  3. Kemudian, panggilan anda akan disambung ke bahagian berkaitan.
  4. Sila tunggu seketika sementara panggilan anda berjaya disambung.
  5. Jika panggilan anda sudah disambung, perkenalkan diri dan beritahu tujuan anda sekali lagi.
  6. Seterusnya, berikan semua maklumat yang diperlukan oleh pihak Bank Islam untuk memproses permintaan anda.
  7. Sila tunggu sementara permintaan anda sedang diproses.
  8. Jika tiada apa-apa masalah, baki Bank Islam anda akan dimaklumkan serta-merta.
  9. Selesai.

D) Hadir di kaunter Bank Islam:

  1. Datang ke mana-mana cawangan Bank Islam berhampiran anda.
  2. Dapatkan nombor giliran di kaunter nombor dan ambil tempat duduk.
  3. Sila tunggu seketika sehingga nombor giliran anda dipanggil.
  4. Jika nombor anda sudah dipanggil, sila ke kaunter urusan yang dinyatakan.
  5. Beritahu tujuan anda adalah untuk semak baki.
  6. Berikan segala maklumat yang diminta oleh kakitangan bertugas (jika diperlukan).
  7. Baki akaun Bank Islam anda akan diberitahu serta-merta.
  8. Tamat.

Masih ada masalah untuk semak baki Bank Islam?

Sekiranya anda masih menghadapi kesulitan untuk membuat semakan baki Bank Islam anda. Anda boleh menghubungi pihak Bank Islam di talian 03-2088-8000 atau 03-26-900-900 bagi tindakan lanjut.

Akhir kata

Diharapkan perkongsian kami mengenai semak baki Bank Islam SMS ini dapat menjawab semua persoalan yang ada di fikiran anda.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Semak Baki Bank Islam SMS”

Leave a Comment