Semak Baki Akaun Public Bank


Sekali-sekala mestilah anda perlu semak baki akaun Public Bank anda kan? Lebih-lebih lagi bila ada orang bank in duit Public Bank ke akaun anda.

Andai kata anda perlukan panduan untuk membuat semakan balance Public Bank. Kami ada sediakannya di dalam artikel ini. Izinkan kami berkongsi.

Cara semak baki akaun Public Bank di laman web

Berikut adalah langkah untuk semak baki akaun Public Bank secara online melalui laman web:

  1. Layari laman web Public Bank online banking di https://pbebank.com.
  2. Kemudian, lihat pada menu di bahagian atas sebelah kanan dan klik Login.
  3. Seterusnya, beberapa jenis login online banking akaun akan terpapar.
  4. Sila klik pada bahagian PBe.
  5. Anda akan dibawa ke laman Login akaun PBe.
  6. Selepas itu, masukkan User ID anda dan tekan Next.
  7. Kemudian, sahkan Personal Login Phrase anda dengan menekan butang Yes.
  8. Seterusnya, masukkan Password anda dan klik Login.
  9. Anda akan dibawa masuk ke dalam sistem online banking PBe profil atau akaun milik anda.
  10. Pada beberapa jenis Menu yang dipaparkan di laman akaun PBe anda, sila klik bahagian ACCOUNT.
  11. Account Summary anda akan dipaparkan.
  12. Di bahagian tersebut, baki akaun Public Bank anda akan terpapar secara terperinci.
  13. Selesai.

Check balance Public Bank guna aplikasi

Sekadar makluman, sebelum anda ingin menggunakan aplikasi Public Bank ini. Pastikan anda telah pun memuat naik dan memasang aplikasi PB engage MY di Apple App Store atau Google Play Store terlebih dulu.

Jika anda dah ada aplikasi ini, sila ikuti panduan semakan baki akaun Public Bank menggunakan aplikasi seperti ini:

  1. Buka aplikasi PB engage MY di telefon pintar anda.
  2. Ruangan Login aplikasi PB engage MY akan dipaparkan.
  3. Masukkan User ID dan Pasword.
  4. Kemudian, tekan Login.
  5. Laman utama profil atau akaun PBe online banking anda akan terpapar.
  6. Seterusnya, sila lihat pada beberapa jenis Menu di sebelah kiri skrin.
  7. Tekan bahagian Account.
  8. Selepas itu tekan Savings & Current Account.
  9. Baki akaun Public Bank anda dipaparkan dengan lengkap.
  10. Tamat.

Macam mana nak buat semakan kalau tak ada PBeBank?

Walaupun tak ada akaun Public Bank online banking, anda masih boleh buat semakan baki dalam akaun Public Bank menggunakan beberapa alternatif lain.

Antara cara yang boleh anda gunakan adalah dengan menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan Public Bank atau terus hadir di mana-mana cawangan Public Bank berdekatan anda.

Di samping itu, alang-alang dah datang ke cawangan Public Bank, bolehlah daftar akaun Public Bank online banking sekali.Walau bagaimanapun, anda tak boleh menggunakan SMS untuk check balance akaun Public Bank kerana ianya tak tersedia.

Ada masalah untuk semak akaun Public Bank?

Sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan atau kesukaran berkenaan cara untuk semak baki akaun Public Bank atau hal-hal lain yang berkaitan Public Bank.

Anda boleh bercakap dengan Bahagian Khidmat Pelanggan Public Bank di talian 03-2179-9999.

Talian ini adalah dibuka pada setiap hari bermula pukul 6 pagi sehingga 12 tengah malam. Jadi, anda boleh menghubungi mereka di antara tempoh waktu tersebut.

Akhir kata

Diharapkan perkongsian mengenai semak baki akaun Public Bank ini dapat memberikan anda lebih banyak pilihan untuk mengetahui berapakah jumlah duit anda yang masih ada.

Kami juga mendoakan agar urusan perbankan anda akan menjadi lebih mudah dari semasa ke semasa.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment