Cara Bank In Duit Public Bank (Secara Online, Guna ATM & CDM)


Nak masukkan duit dalam Public Bank, tapi tak tahu caranya? Ikuti cara bank in duit Public Bank yang ringkas dan mudah seperti di bawah ini.

Cara bank in duit Public Bank

Untuk masukkan wang ke dalam akaun sendiri dan juga kaun orang lain di Public Bank, ada beberapa cara: 

1. Bank In Di Kaunter Public Bank

  1. Pergi ke cawangan Public Bank yang terdekat dengan rumah anda.
  2. Ambil nombor giliran. Apabila giliran anda tiba, pergi ke kaunter dan maklumkan kepada staf bahawa anda ingin menyimpan wang ke akaun sendiri.
  3. Anda akan diserahkan borang. Isi borang tersebut beserta jumlah, dan nombor akaun yang ingin dimasukkan wang tersebut, iaitu nombor akaun anda.
  4. Serahkan wang anda dan urusan anda selesai. Dalam tempoh yang akan dimaklumkan oleh staf tersebut, anda akan tahu bila wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun yang ditujui.

 

2. Bank In Di Cash Deposit Machine (CDM) Tanpa Kad

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Public Bank ataupun mesin CDM yang berdekatan.
  2. Pastikan ke CDM, bukan ATM
  3. Tekan mana-mana butang pada mesin tersebut untuk mengaktifkannya.
  4. Kemudian, tekan Press to continue / Tekan untuk teruskan.
  5. Pilih bahasa, iaitu English, Bahasa Melayu ataupun Mandarin.
  6. Kemudian, pada menu seterusnya, pilih Masuk Tunai.
  7. Pada laman seterusnya, masukkan nombor akaun penerima, iaitu nombor akaun anda.
  8. Tekan Terima.
  9. Kemudian, laman seterusnya akan tertera, menyatakan No envelope, No staple dan No paper clip. Dinyatakan juga bahawa wang kertas RM1, RM2 dan RM5 tidak akan diterima.
  10. Tekan Press to continue.
  11. Kemudian, slot tempat masukkan wang akan dibuka. Masukkan wang yang anda ingin deposit.
  12. Slot akan ditutup, dan mesin akan mengira wang anda.
  13. Pada menu seterusnya, jumlah wang yang anda deposit tertera di skrin. Jika betul jumlahnya, tekan Ya. Jika salah, tekan Pulang wang. Jika anda ingin menambah wang, tekan Tambah wang.
  14. Tekan Ya untuk teruskan.
  15. Urusniaga anda selesai. Ambil resit yang dicetak.

Sila ambil maklum bahawa ada beberapa mesin ATM yang juga berfungsi sebagai CDM. Dengan kebolehan dwi-fungsi ini, anda boleh keluarkan dan masukkan duit menggunakan mesin yang sama.

 

3. Bank In Cek Public Bank (Cheque)

Cara bank in duit Public Bank menggunakan cheque adalah seperti di bawah:

  1. Pertama sekali, setelah mendapat cek, semak nama penuh anda pada cek tersebut dan pastikan jumlah pada cek adalah jumlah yang betul. Pastikan ejaan bayaran juga adalah betul.
  2. Apabila anda yakin semuanya adalah betul, anda boleh menulis nama anda pada bahagian belakang cek. Pastikan nama penuh yang ditulis sama dengan bahagian hadapan cek.
  3. Isikan juga nombor akaun bank anda dan nombor telefon anda pada bahagian belakang cek. Pastikan ketiga-tiga maklumat ini diisi dengan betul untuk mengelakkan cek tendang.
  4. Setelah selesai, anda perlu pergi ke cawangan BSN yang terdekat untuk deposit cek anda.
  5. Pergi ke mesin Cheque Deposit Machine. Ikut arahan yang tertera pada skrin.
  6. Pilih ‘Deposit Cek’.
  7. Masukkan nombor akaun yang tertera pada belakang cek.
  8. Semak nama yang tertera pada skrin. Jika sama, isikan jumlah cek (RM).
  9. Masukkan cek tersebut pada slot yang dibuka setelah arahan tertera dan lampu menyala di bahagian slot.
  10. Tunggu resit anda. Simpn resit anda sehingga wang anda sudah masuk ke dalam akaun.
  11. Bank akan mengambil masa beberapa hari untuk memproses deposit anda. Sekiranya ada masalah, rujuk semula kepada bank dengan menggunakan resit yang anda simpan. Urusan anda selesai.

 

4. Masukkan Duit Secara Instant Transfer (IBFT) PBe Online

Cara bank in duit Public Bank menggunakan teknik Instant Transfer adalah seperti di bawah.

Anda perlu mempunyai dan mendaftar akaun Public Bank online banking terlebih dahulu. Selain itu, anda juga perlu mendaftar nombor telefon anda pada akaun PBe anda.

  1. Kami andaikan anda mempunyai akaun PBe yang aktif. Jadi, pertama sekali, pergi ke laman utama PBe, https://www.pbebank.com/.
  2. Scroll ke bahagian kanan atas laman dan login ke akaun PBe anda. Pastikan Personal Login Phrase yang tertera adalah tepat dan sama dengan akaun anda.
  3. Apabila tiba di laman utama akaun anda, tekan butang FUND TRANSFER.
  4. Kemudian, pilih Other Bank Account. Sub-menu akan keluar, pilih Instant Transfer.
  5. Kemudian, tekan butang To Other Account.
  6. Pada laman seterusnya, tertera ruang-ruang yang perlu diisi.
  7. Pada From Account, pilih nombor akaun bank anda yang anda ingin pindahkan wang anda.
  8. Pada Beneficiary Bank, pilih bank yang dimiliki oleh akaun penerima.
  9. Pada Beneficiary Account No, masukkan nombor akaun bank penerima. Pastikan nombor akaun tidak mempunyai sebarang jarak “ “, atau tanda sempang “-“.
  10. Pada Beneficiary Account Type, pilih Savings/Current Account.
  11. Pada Other Payment Details, masukkan sebarang butiran mengenai transaksi ini jika perlu.
  12. Pada Recipient Reference, masukkan rujukan yang berguna untuk penerima.
  13. Pada Transaction Amount (RM), masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan. Pastikan jumlah wang tersebut:
  14. Tidak mempunyai tanda koma “,”
  15. Mempunyai dua tanda perpuluhan. Misalnya, RM1500 ditulis sebagai 1500.00
  16. Kemudian, tekan butang Accept.
  17. Pada laman seterusnya, maklumat transaksi anda tertera. Semak semula maklumat transaksi anda.
  18. Kemudian, tekan butang Request PAC Now. (PAC – Pbe Autentication Code)
  19. Notification box akan tertera untuk mengesahkan sama ada nombor telefon anda yang tertera dan sedang disambung ke akaun PBe ini adalah nombor telefon anda yang sah dan aktif.
  20. Tekan butang Close. Kod PAC akan dihantar ke telefon anda melalui SMS.
  21. Buka SMS dan baca dengan teliti. Pastikan nama yang tertera adalah nama penerima wang anda.
  22. Dalam SMS, periksa bahagian Serial No. Pastikan Serial No dalam SMS adalah sama dengan nombor yang terdapat di bahagian PAC Serial pada maklumat transaksi di laman PBe anda.
  23. Sekiranya betul, pada bahagian PAC di maklumat transaksi anda di laman PBe, masukkan kod PAC yang anda terima dengan SMS tadi.
  24. Kemudian, tekan butang Confirm. Sekiranya Serial No yang anda terima di SMS adalah tidak sama dengan PAC Serial di laman PBe anda, jangan tekan Confirm ataupun memasukkan kod PAC yang diterima. Hubungi bahagian khidmat pelanggan PBe di talian 03-21795000.
  25. Transaksi anda berjaya. Sekiranya anda ingin membuat pindahan wang lagi di nombor akaun penerima yang sama pada masa akan datang, tekan Store Registration untuk simpan maklumat transaksi ini. Tekan butang Printsekiranya anda ingin cetak transaksi anda. Tekan Back To Home untuk ke laman utama PBe anda.

 

5. Masukkan Duit Dengan Online Banking (Inter Bank GIRO) Public Bank

Cara bank in duit Public Bank menggunakan teknik Interbank GIRO adalah seperti di bawah.

Pastikan anda login PBe online banking terlebih dahulu.

  1. Setelah anda menekan FUND TRANSFER, tekan Other Bank Account.
  2. Kemudian, tekan Interbank GIRO (IBG). Pilih To Other Account.
  3. Pada laman seterusnya, terdapat ruang untuk anda isikan.
  4. Pada From Account, pilih nombor akaun anda.
  5. Pada Payment Type, pilih Funds Transfer.
  6. Pada Beneficiary’s Name, masukkan nama penerima.
  7. Pada Beneficiary Bank, pilih bank untuk akaun bank penerima.
  8. Pada Beneficiary Account No, masukkan nombor akaun penerima. Pastikan tiada tanda sempang “-“, ataupun jarak “ “.
  9. Pada Recipient Reference, masukkan rujukan untuk penerima berkaitan dengan transaksi ini. Misalnya, nombor invois ataupun IOU.
  10. Pada Transaction Amount (RM), masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan. Pastikan jumlah wang tersebut:
  11. Tidak mempunyai tanda koma “,”
  12. Mempunyai dua tanda perpuluhan. Misalnya, RM1500 ditulis sebagai 1500.00
  13. Pada Optional Information, anda perlu memasukkan jenis pengenalan penerima dan juga nombor kad pengenalan penerima. Optional Information adalah pilihan, sama ada anda ingin isi atau biarkan kosong. Tekan butang Next.
  14. Maklumat transaksi anda akan tertera. Semak semula maklumat ini
  15. Kemudian, tekan butang Request PAC Now. (PAC – Pbe Autentication Code)
  16. Notification box akan tertera untuk mengesahkan sama ada nombor telefon anda yang tertera dan sedang disambung ke akaun PBe ini adalah nombor telefon anda yang sah dan aktif.
  17. Tekan butang Close. Kod PAC akan dihantar ke telefon anda melalui SMS.
  18. Buka SMS dan baca dengan teliti. Pastikan nama yang tertera adalah nama penerima wang anda.
  19. Dalam SMS, periksa bahagian Serial No. Pastikan Serial No dalam SMS adalah sama dengan nombor yang terdapat di bahagian PAC Serial pada maklumat transaksi di laman PBe anda.
  20. Sekiranya betul, pada bahagian PAC di maklumat transaksi anda di laman PBe, masukkan kod PAC yang anda terima dengan SMS tadi.
  21. Kemudian, tekan butang Confirm. Sekiranya Serial No yang anda terima di SMS adalah tidak sama dengan PAC Serialdi laman PBe anda, jangan tekan Confirm ataupun memasukkan kod PAC yang diterima. Hubungi bahagian khidmat pelanggan PBe di talian 03-21795000.
  22. Transaksi anda berjaya. Sekiranya anda ingin membuat pindahan wang lagi di nombor akaun penerima yang sama pada masa akan datang, tekan Store Registration untuk simpan maklumat transaksi ini. Tekan butang Print sekiranya anda ingin cetak transaksi anda. Tekan Back To Home untuk ke laman utama PBe anda.

 

Akhir kata

Kesimpulannya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk memudahkan transaksi bank in, ataupun memindahkan wang kepada individu tertentu atas urusan kerja, urusan harian serta kepada orang yang tersayang.

Gunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin dengan Public Bank.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Bank In Duit Public Bank (Secara Online, Guna ATM & CDM)”

Leave a Comment