Salinan Akaun Bank CIMB


Salinan akaun bank CIMB boleh didapati dengan mudah melalui beberapa kaedah yang telah kami nyatakan di sini.

Izinkan kami berkongsi.

Di mana boleh dapatkan salinan akaun bank CIMB?

Bagi memperolehi salinan atau penyata CIMB anda. Anda boleh memuat turun penyata tersebut secara online di laman web CIMB online banking atau mohon di cawangan.

Bagaimana cara untuk mohon?

Jika anda memerlukan salinan atau penyata CIMB anda. Anda boleh menggunakan 2 cara seperti di bawah untuk mendapatkannya.

a) Muat turun online di CIMB Cliks:

  1. Buka website CIMB online banking iaitu CIMB Clicks di cimbclicks.com.my.
  2. Seterusnya, halaman utama web CIMB online banking akan terpapar.
  3. Kemudian, lakukan proses log masuk ke akaun CIMB online banking anda seperti biasa.
  4. Setelah anda berjaya masuk, halaman utama profil atau akaun CIMB online banking anda akan dipaparkan.
  5. Pada bahagian My Accounts Overview, klik ikon Dot 3 Bintik pada bar SA STATEMENT.
  6. Selepas itu, tekan View / Download eStatement.
  7. Seterusnya, anda perlu memasukkan Tarikh Penyata yang diperlukan pada ruangan Month.
  8. Untuk melakukan proses muat turun, tekan ikon Arrow yang menghala ke bawah.
  9. Salinan atau penyata akaun bank CIMB anda akan dipaparkan.
  10. Anda boleh cetak jika perlu.
  11. Tamat.

b) Walk-in ke cawangan CIMB:

  1. Dapatkan IC anda terlebih dulu untuk rujukan di cawangan nanti.
  2. Kemudian, walk-in di mana-mana cawangan CIMB Bank berhampiran anda.
  3. Ambil nombor giliran anda dan tunggu seketika sehingga nombor giliran anda dipanggil.
  4. Seterusnya, pergi ke kaunter urusan yang telah dinyatakan.
  5. Nyatakan tujuan anda datang adalah untuk mohon salinan atau penyata akaun bank CIMB anda.
  6. Selepas itu, ikuti permintaan dan arahan seterusnya daripada kakitangan bertugas bagi melengkapkan proses mendapatkan bank statement anda sehingga selesai.
  7. Jika tiada apa-apa masalah, salinan atau penyata anda akan dikeluarkan.
  8. Selesai.

Ada pertanyaan lanjut tentang salinan akaun bank CIMB?

Sekiranya anda ingin mengajukan pertanyaan lanjut mengenai soalan di atas atau hal-hal lain yang berkaitan. Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Pengguna CIMB di talian 03-6204-7788 bagi mendapatkan bantuan.

Waktu talian ini beroperasi adalah selama 24 jam.

Akhir kata

Sampai di sini saja artikel kami mengenai salinan akaun bank CIMB untuk anda baca. Diharapkan dengan adanya perkongsian ini, urusan anda akan menjadi lebih mudah.

Akhir sekali, jika anda ada masa lapang. Baca juga cara terminate ASB loan atau cara jual balik ASB melalui CIMB untuk anda yang mungkin dah lama nak tahu.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment