Cara Jual Balik ASB (Melalui Maybank, CIMB & myASNB Online)


Sebenarnya, cara jual balik ASB ini tak adalah berbeza sangat. Kesemua langkahnya hampir sama dan kalau ada perbezaan pun sikit sahaja. Tetapi untuk anda yang memang tidak tahu langsung bagaimana cara untuk jual balik unit ASB. Kami akan memberikan pencerahan kepada anda.

Sesuai untuk yang pernah buat loan ASB melalui Maybank, CIMB, RHB dan lain-lain bank di Malaysia. Yang tidak buat pembiayaan dengan mana-mana bank juga boleh gunakan panduan ini.

Sebelum anda pergi dengan lebih lanjut, izinkan kami berkongsi serba sedikit mengenai ASB.

Apa itu ASB?

  • ASB bermaksud Amanah Saham Bumiputera.
  • Membantu bumiputera dalam penyimpanan alternatif.
  • Simpanan alternatif ASB akan memberikan pulangan atau keuntungan untuk jangka masa panjang.
  • Harga dana pendapatan ekuiti tetap.

Itu adalah penjelasan ringkas tentang ASB. Mari teruskan kepada cara jual balik ASB.

Izinkan kami berkongsi.

Cara jual balik ASB

Berikut merupakan cara jual balik ASB yang boleh anda cuba.

1. Cara jual balik ASB CIMB

  1. Hadirkan diri di mana-mana cawangan CIMB Bank.
  2. Jumpa Customer Care (selalunya mereka akan berdiri di tempat ambil nombor giliran).
  3. Minta Customer Care untuk check IC anda menggunakan mesin yang disediakan (untuk pastikan IC anda dapat dibaca).
  4. Sekiranya IC anda dapat dibaca, sila ambil borang Jualan Balik.
  5. Ambil nombor giliran anda.
  6. Isikan maklumat yang diminta pada borang Jualan Balik dengan lengkap.
  7. Pilih Cara Bayaran anda dengan tepat (sebagai langkah selamat. Jika pengeluaran banyak dan anda belum menggunakan duit tersebut, sila pilih Pindahan Akaun ke akaun bank yang anda mahu).
  8. Jika sudah siap mengisi, tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.
  9. Serahkan pada kakitangan di kaunter urusan.
  10. Kakitangan di kaunter akan memerlukan IC anda untuk membuat pengesahan cap jari kiri atau kanan.
  11. Kakitangan tersebut akan memproses transaksi atau maklumat berdasarkan pemilihan cara bayaran anda tadi (jika anda pilih Pindahan Akaun, kakitangan itu akan melakukan transaksi duit serta merta kepada nombor akaun yang telah anda masukkan).
  12. Setelah selesai urusan, anda akan menerima resit penyata.
  13. Semak resit penyata terlebih dahulu sebelum meninggalkan kaunter.
  14. Pastikan semua maklumat adalah tepat.
  15. Selesai.

 

2. Cara jual balik ASB Maybank

  1. Lawati cawangan Maybank berhampiran anda.
  2. Ambil borang Jualan Balik Unit ASB (warna merah).
  3. Isi maklumat yang diminta pada borang tersebut seperti:
    • Nama
    • Nombor Telefon
    • Nombor Ahli
    • Jumlah Pengeluaran
  4. Jika sudah siap, sila pergi ke kaunter Customer Service.
  5. Sediakan kad pengenalan anda dan serahkan borang Jualan Balik Unit ASB untuk semakan dan pengesahan.
  6. Mereka akan menyerahkan semula kad pengenalan dan borang tadi kepada anda berserta nombor giliran.
  7. Sila tunggu nombor giliran anda sehingga dipanggil.
  8. Jika nombor giliran sudah dipanggil, sila pergi ke kaunter berkenaan.
  9. Serahkan kad pengenalan dan borang tersebut kepada kakitangan yang bertugas di kaunter.
  10. Kakitangan bertugas akan membuat semakan baki unit ASB anda.
  11. Jika tiada apa-apa masalah dan baki anda mencukupi, jualan balik unit ASB anda akan diterima.
  12. Anda akan menerima bayaran atau wang anda melalui Cara Bayaran yang telah anda pilih.
  13. Selesai.

 

3. Jual balik secara online guna myASNB

Kini, untuk jual balik ASB anda adalah sangat mudah. Tidak perlu ke kaunter atau menunggu giliran macam dulu. Sekarang dah boleh jual balik ASB secara atas talian melalui myASNB.

Ikuti cara-cara di bawah:

  1. Layari portal rasmi myASNB di sini myasnb.com.my atau muat turun aplikasi myASNB di Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Sila Login ke akaun myASNB anda.
  3. Masukkan ID.
  4. Pastikan Frasa Keselamatan anda
  5. Masukkan Kata Laluan.
  6. Tekan TERUSKAN.
  7. Halaman utama akaun myASNB anda akan terpapar.
  8. Sila klik bahagian Portfolio.
  9. Pada laman seterusnya, sila tekan Transaksi.
  10. Pilih Jualan Balik.
  11. Berikutnya, sila baca maklumat yang dinyatakan.
  12. Kemudian, scroll ke bawah dan sila tick pada kotak Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan Terma & Syarat.
  13. Tekan SETERUSNYA.
  14. Anda akan dibawa ke laman Langkah 2 Jualan Balik.
  15. Sila isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  16. Sila isi amaun minima RM100.
  17. Tanda pada kotak Saya mengesahkan maklumat di atas yang diberikan adalah tepat.
  18. Klik SETERUSNYA.
  19. Anda akan menerima notis PENTING.
  20. Sila semak Nama Bank dan No. Akaun Bank adalah tepat.
  21. Tekan TERUSKAN.
  22. Anda akan dibawa ke bahagian Pengesahan Telefon Bimbit.
  23. Klik PERMINTAAN TAC.
  24. Anda akan menerima Kod TAC melalui mesej.
  25. Sila masukkan Kod TAC pada ruangan yang disediakan.
  26. Tekan SETERUSNYA.
  27. Anda akan menerima Resit Transaksi (sila muat turun atau screenshot untuk rujukan).
  28. Selesai.

PERHATIAN

  • Jumlah jualan balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda pada hari bekerja berikutnya.

 

Akhir kata

Diharapkan perkongsian ini dapat dijadikan panduan kepada anda yang memerlukan cara jual balik ASB. Semoga ianya membantu mempermudahkan urusan anda.

Sedikit makluman, unit ASB bukan sahaja boleh dijual balik. Tetapi, anda juga boleh terminate ASB loan anda sekiranya anda kurang berpuas hati dengan kadar dividen yang diberikan.

Jika anda ingin mengetahui cara lain untuk jual balik ASB anda. Anda boleh menghubungi mana-mana pihak berkenaan atau melayari portal rasmi mengenai penjualan unit ASB.

Manalah tahu kalau-kalau ada cara yang lebih mudah dan berbeza dari yang telah kami kongsikan.

Semoga bermanfaat.

Categories ASB

Leave a Comment