Permohonan MRSM Tingkatan 1 & 4 2021 (Kemasukan 2022)


Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak ke MRSM (samada Tingkatan 1 atau Tingkatan 4), boleh baca perkongsian tentang permohonan MRSM online di sini. Boleh pilih macam-macam program seperti Program Premier dan juga MRSM Ulul Albab.

Untuk permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh, boleh rujuk permohonan SBP.

[su_note]

Nota:

  • Permohonan ke MRSM 2022 kini sudah dibuka
  • Sila rujuk panduan berkenaan cara mohon MRSM

[/su_note]

Permohonan MRSM online

Untuk memohon bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4, klik sini: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Kami tidak kongsikan langkah-langkah untuk mohon kerana pautan di atas telah lengkap dengan cara mohon dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi.

 

MRSM hanya untuk golongan pendapatan rendah?

Ramai yang kecewa tahun-tahun sebelumnya, apabila MRSM hanya dibuka pada golongan B40, iaitu golongan berpendapatan rendah. Ramai yang kecewa tidak dapat masuk kerana pendapatan ibu bapa dalam kategori M40 dan T20.

Namun, kenyataan di atas hanya terpakai untuk ambilan pertama sahaja. Dikatakan, kuota untuk golongan B40 ialah dalam 60%. Bakinya, untuk golongan yang berpendapatan sederhana dan berpendapatan tinggi.

 

Kenapa pilih MRSM?

Selalunya, yang beriya-iya buat permohonan MRSM ialah ibu bapa. Bukan anak-anak itu sendiri.

Ada ibu bapa memilih anak ke MRSM kerana kualiti pendidikannya. Siap ada yang membandingkan, lebih baik masuk MRSM daripada SBP. Apatah lagi, ada yang pandang sebelah mata dengan sekolah harian biasa.

Sebenarnya, itu tidak benar. Pendidikan itu sama sahaja. Yang penting, sikap pelajar itu sendiri.

Benar, masuk MRSM atau SBP, ia akan lebih teratur kehidupannya. Kita sebagai ibu bapa tidak perlu pening kepala sangat untuk kawal anak jika tinggal di rumah.

Persekitaran belajar sedikit-sebanyak dapat membantu anak-anak ini belajar dengan lebih baik, berbanding di rumah, agar terus cemerlang.

 

Program Premier MRSM itu terbaik?

Terbaik atau tidak, itu sebenarnya bergantung pada pelajar itu sendiri. Kalau buat permohonan MRSM dan cuma dapat masuk MRSM biasa, tapi pelajar itu pandai bahagikan masa, dia adalah individu terbaik.

Tidak perlu terlalu berharap untuk masuk Program Premier kerana saingan terlalu tinggi.

Untuk makluman, program Premier yang berteraskan STEM adalah Sistem Pendidikan MRSM yang mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan juga MARA. Dalam Program Premier ini, pelajar akan mengikut sukatan pelajaran KSSM, kurikulum pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah.

Senarai MRSM Premier adalah seperti berikut:

  • MRSM Arau, Perlis
  • MRSM Baling, Kedah
  • MRSM Batu Pahat, Johor
  • MRSM Beseri, Perlis
  • MRSM Felda, Sungkai, Perak
  • MRSM Gerik, Perak
  • MRSM Jeli, Kelantan
  • MRSM Kuala Berang, Terengganu
  • MRSM Kuala Krai, Kelantan
  • MRSM Kuala Terengganu, Terengganu
  • MRSM Lenggong, Perak
  • MRSM Merbok, Kedah
  • MRSM Mersing, Johor
  • MRSM Muadzam Shah, Pahang
  • MRSM Muar, Johor
  • MRSM Pasir Salak, Perak
  • MRSM Pasir Tumboh, Kelantan
  • MRSM Pendang, Kedah
  • MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak
  • MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang
  • MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis, Pahang
  • MRSM Serting, Negeri Sembilan
  • MRSM Tun Mustapha, Tawau, Sabah
  • MRSM Kota Kinabalu, Sabah
  • MRSM Mukah, Sarawak
  • MRSM Betong, Sarawak
  • MRSM Kuching, Sarawak
  • MRSM Terendak, Melaka
  • MRSM Besut, Terengganu
  • MRSM PDRM, Kulim, Kedah
  • MRSM Pengkalan Hulu, Perak

 

Patutkah saya buat permohonan MRSM?

Tepuk dada, tanya selera. Ini perlu tanya diri sendiri.

Jika anda ibu bapa yang rapat dengan anak, boleh fikir dua kali. Ada anak-anak yang tidak selesa tinggal di asrama. Lebih-lebih lagi jika dia anak tunggal. Takut nanti bukan anak yang rindu anak, ibu bapa pula yang rindukan anak lebih-lebih.

Jika anak itu sendiri mahu ke asrama, silakan. Namun, jika anak menolak dari awal, jangan paksa. Bimbang nanti pelajaran entah ke mana, asyik homesick sahaja.

Jangan pernah memaksa anak-anak untuk buat apa yang kita mahu. Biarkan dia buat keputusan untuk diri sendiri.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian permohonan MRSM ini dapat membantu anda untuk mendapat tempat untuk anak-anak.

Nasihat kami, janganlah terlalu berharap. Rezeki masing-masing. Apa-pun, jangan lupa berdoa pada Allah agar dipermudahkan semua urusan.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Permohonan MRSM Tingkatan 1 & 4 2021 (Kemasukan 2022)”

  1. boleh saya tahu bilakah tarikh rasmi keputusan mrsm 2021 tingkatan 1akan keluar?temuduga dah pergi.Cuma saya nak tau temuduga tu lulus atau tidak.saya harap ade respon.Terima kasih.

    Reply

Leave a Comment