Cara Mohon MRSM 2022 (Buat Permohonan Online di mara.gov.my)


Khusus untuk calon yang ingin bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), kini anda boleh membuat permohonan secara online bagi kemasukan pelajar tingkatan 1 dan 4 menjelang tahun 2022. Di sini, kami akan menunjukkan cara mohon MRSM kepada anda yang memerlukannya.

Izinkan kami berkongsi.

[su_note]

PERHATIAN:

  • Permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dibuka sehingga 5 November 2021.
  • Jika mohon selepas tarikh akhir di atas, permohonan tidak akan dilayan.

[/su_note]

1. Cara mohon MRSM online melalui laman web (mara.gov.my)

Berikut merupakan cara buat permohonan MRSM melalui laman web:

  1. Layari laman web rasmi Majlis Amanah Rakyat di sini: https://www.mara.gov.my.
  2. Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat akan terpapar.
  3. Sila tekan bahagian MRSM 2022.
  4. Anda akan dibawa ke bahagian Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & Tingkatan 4.
  5. Sila pilih Sistem Permohonan MyMRSM.
  6. Syarat Kemasukan dan Panduan Permohonan akan dipamerkan.
  7. Sila ikuti arahan yang diberikan sekiranya perlu.
  8. Jika tiada apa-apa masalah, sila tick pada kotak Perakuan Permohonan.
  9. Tekan Setuju.
  10. Anda akan dibawa ke laman Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & Tingkatan 4 selanjutnya.
  11. Sila buat pilihan kemasukan ke MRSM seperti:
    • Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2022
    • Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2022
  12. Tekan Klik di sini.
  13. Anda akan dibawa ke laman Log Masuk.
  14. Sila klik Daftar Pengguna terlebih dahulu untuk mendapatkan kata laluan.
  15. Pada halaman Daftar Pengguna, masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  16. Tekan Hantar.
  17. Pada laman berikutnya, sila isikan Emel.
  18. Sila pilih Aliran Sekolah.
  19. Tekan Hantar.
  20. Anda akan menerima notis Pendaftaran anda telah berjaya beserta kata laluan.
  21. Tekan OK.
  22. Anda juga akan menerima kata laluan melalui emel.
  23. Sila Log Masuk semula.
  24. Pada laman Log Masuk, masukkan No.Kad Pengenalan.
  25. Masukkan Kata Laluan yang telah diterima semasa membuat pendaftaran tadi.
  26. Tekan Log Masuk.
  27. Sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat seperti:
    • Maklumat Pemohon
    • Maklumat Ibu, Bapa & Penjaga
    • Maklumat Pendapatan Keluarga
    • Halaman Pilihan Program dan MRSM
  28. Klik Seterusnya.
  29. Semua maklumat pemohon akan dipaparkan.
  30. Sila tick pada kotak Perakuan Pemohon dan Perakuan Ibu Bapa/Penjaga untuk pengesahan maklumat adalah benar dan tiada sebarang masalah.
  31. Tekan Hantar.
  32. Anda akan menerima notis Permohonan Telah Berjaya Dihantar.
  33. Tekan OK.
  34. Tekan butang Cetak/Muat Turun/Screenshot borang permohonan anda yang telah lengkap diisi sebagai rujukan.
  35. Klik Log Keluar setelah siap semua proses.
  36. Cara mohon MRSM anda telah selesai.
  37. Tamat.

 

2. Apakah syarat untuk mohon MRSM bagi tingkatan 1 & 4?

Ini adalah beberapa syarat yang ditetapkan untuk mohon MRSM:

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
  3. Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  4. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  5. Calon lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010 bagi calon tingkatan 1 2022 atau lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007 bagi calon tingkatan 4 2022.
  6. Calon dari sekolah kebangsaan (tahun 1 hingga 6) / sekolah menengah kebangsaan (tingkatan 1 hingga 3) sahaja.
  7. Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

 

3. Senarai program sistem pendidikan MRSM

Berikut merupakan senarai program aliran pendidikan yang disediakan di MRSM:

  • MRSM Program Premier.
  • MRSM Program IGCSE.
  • MRSM Program Ulul Albab.
  • MRSM Program Teknikal.
  • MRSM Program IB-MYP.
  • MRSM Program BITARA.

 

4. Jenis ujian yang akan diduduki bagi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi permohonan MRSM

Ujian UKKM ini akan diduduki oleh calon tingkatan 1 dan tingkatan 4. Jenis-jenis ujian adalah seperti di bawah:

  • Keperibadian.
  • Sains.
  • Matematik.
  • Bahasa Inggeris.
  • Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1.
  • Ujian Teknikal Tingkatan 1.

PERHATIAN

  • Semua calon tingkatan 1 dan 4 wajib menduduki UKKM.
  • Bagi calon tingkatan 1, soalan UKKM merangkumi silibus tahap 2 sekolah rendah.
  • Bagi calon tingkatan 4, soalan UKKM merangkumi silibus menengah rendah.

 

5. Adakah MRSM menyediakan bantuan kewangan?

Ya. Bantuan kewangan MRSM akan disediakan oleh MARA. MARA menyediakan bantuan kewangan bagi pelajar dari golongan keluarga berpendapatan rendah.

Walau bagaimanapun, bantuan kewangan ini tertakluk syarat yang ditetapkan berasaskan latar belakang pelajar, pendapatan isi rumah, dan tanggungan ibu bapa/penjaga pelajar.

Berikut merupakan jenis bantuan yang disediakan:

  1. Program Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI).
  2. Pemberian Wang Saku (WS).
  3. Pengecualian bayaran wang caruman (WC).

 

6. Nak tahu maklumat lebih lanjut mengenai cara mohon MRSM?

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai cara mohon MRSM atau panduan yang diperlukan. Anda boleh melayari laman web ini: https://www.online.anyflip.com. atau https://www.mrsm.mara.gov.my.

 

Akhir kata

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan pencerahan dan panduan kepada anda yang ingin tahu cara mohon MRSM dan dapat membantu mempermudahkan permohonan anda.

Jika anda berjaya diterima di MRSM nanti, belajar rajin-rajin dan buat yang terbaik demi masa depan anda. Semoga berjaya.

Sebagai tambahan, untuk anda yang nak buat persediaan awal untuk menjawab ujian UKKM, pastikan anda mengulang kaji atau menyemak contoh soalan UKKM MRSM bagi tahun-tahun sebelumnya.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment