Sila ambil perhatian bahawa ini jangan ambil perkongsian ini 100%. Ini kerana contoh soalan UKKM MRSM yang kami kongsikan ini hanyalah sekadar perkongsian dari ibu-bapa yang sudah selesai menghantar anak-anak mereka menjalani ujian UKKM.
Sila pastikan anda buat semakan tawaran menduduki ujian UKKM MARA terlebih dahulu.
Langkau artikel ini jika anda ada buat permohonan SBP / SMKA dan mahukan contoh soalan PKSK berdasarkan berdasarkan soalan dan jawapan UKSBP tahun-tahun sebelum ini.
Kandungan
Contoh soalan UKKM
Menurut pelajar-pelajar yang pernah menduduki UKKM sebelum ini, soalan Matematik adalah soalan yang pelik-pelik.
Sebenarnya, bukan pelik-pelik, tetapi ia memang menguji minda seseorang itu. Soalannya agak luar biasa. Jika pelajar benar-benar faham, mereka pasti akan mendapat jawapannya.
Matematik
Contoh soalan Matematik UKKM yang dikongsikan ialah seperti berikut:
Seorang petani mempunyai 100 ekor lembu dan ayam. Jumlah kesemua kaki binatang ialah 250. Berapa ekor ayam yang ada?
Maklumbalas dari pelajar yang pernah menduduki peperiksaan ini, soalan tidaklah sesukar mana. Cuma perlu fikir lama untuk memahami konteks soalan tersebut yang sangat mencabar.
Jangan fikir terlalu lama, takut-takut tak cukup masa dan tak sempat jawab semua soalan.
Sains
Berkenaan soalan Sains, ia lebih kepada Pengetahuan Am. Sekiranya pelajar memang suka membaca dan menonton dokumentari, memang mudah untuk menjawab soalan ini.
Walau bagaimanapun, soalan Sains tidaklah melibatkan fakta atau terlalu direct. Ia lebih bertanya ke arah:
- Apa yang akan terjadi?
- Apa yang kita perlu buat?
Ada yang kata, menyesal baca buku Sains kerana satu pun tak masuk dalam ujian. Apa-apa pun, lebih baik baca dari langsung tak baca.
Keperibadian
Ujian Keperibadian adalah lebih kepada personaliti diri. Ada yang kata soalannya tidak susah mana. Biasa-biasa sahaja.
Pelajar perlu menjawab soalan yang lebih terarah kepada ciri-ciri pelajar yang memang MRSM mahukan. Contohnya pelajar yang ke arah sains, teknologi dan mempunyai sifat kepimpinan.
Ulul Albab
Berikut pula ialah antara contoh soalan UKKM Ulul Albab. Ini adalah ujian khas dan perlu diduduki oleh pelajar.
- Pelajar akan diberikan ayat-ayat untuk dihafal
- Masa yang diberikan adalah 25 minit sahaja
- Contoh ayat hafazan yang diberikan pada tahun-tahun sebelum ini ialah Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 12
- Penilaian akan dibuat berdasarkan kelancaran membaca Al-Quran, tajwid dan juga hafazan itu sendiri
- Ujian Khas Ulul Alab untuk setiap pelajar ialah selama 35 minit sahaja dan perlu mengikut giliran
Maklumat format ujian UKKM
Sekadar ingin memaklumkan, berbeza dengan PKSK, soalan UKKM tidak ada yang berbentuk penulisan. Semuanya adalah objektif.
Berikut ialah informasi mengenai subjek dan format Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM.
#1 Matematik
Masa menjawab untuk subjek Matematik ialah 30 minit sahaja. Ada 20 soalan objektif yang perlu dijawab.
#2 Bahasa Inggeris
Masa menjawab untuk subjek Bahasa Inggeris juga ialah 30 minit sahaja. Walau bagaimanapun, hanya ada 15 soalan objektif sahaja yang perlu dijawab.
#3 Sains
Subjek Sains mempunyai 30 soalan objektif. Masa menjawab dihadkan kepada 30 minit sahaja.
#4 Ujian Keperibadian
Ujian Keperibadian mempunyai paling banyak jumlah soalan iaitu 100 soalan. Dengan soalan yang banyak ini, masa yang ditetapkan cuma 30 minit sahaja.
Namun, ramai yang memberikan maklumbalas bahawa soalan Keperibadian semuanya mudah-mudah belaka.
#5 Ujian Khas Ulul Albab
Ujian Ulul Albab adalah khas untuk yang memilih untuk memasuki aliran agama. Jadi, ia terbahagi kepada dua bahagian yang perlu diambil iaitu:
- Ujian berkenaan hafazan
- Ujian tulisan Jawi
Contoh soalan UKKM MRSM ini ada dikongsikan di bahagian atas artikel ini.
Peringatan & tips untuk jawab soalan ujian UKKM
Contoh soalan UKKM MRSM sudah dikongsikan di atas. Kini, izinkan kami berkongsi beberapa tips dan peringatan sebelum dan semasa mengambil ujian ini.
- Jangan lupa bawa Kad Pengenalan
- Jangan lupa bawa surat tawaran ujian UKKM
- Sila bawa pensil sendiri
- Sila bawa pemadam sendiri
- Jika perlu, bawa kertas untuk buat kira-kira Matematik nanti
- Dengar taklimat ringkas terlebih dahulu
- Berdoa agar dipermudahkan segala urusan
Akhir kalam
Contoh soalan UKKM MRSM yang ada di sini adalah hasil perkongsian dari ibu-bapa yang cakna di Whatsapp, Telegram dan juga Facebook.
Jika anda juga salah seorang dari ibu-bapa yang sama-sama menghantar anak menduduki UKKM, jika tidak keberatan, sudi-sudikanlah berkongsi.
Semoga semua urusan untuk mengambil ujian UKKM ini dipermudahkan.
Semoga bermanfaat.
Bukan ke jwbpan dia 50 ?
50
Aku geng amok pepereksaan (8/02/2021)
Jadi Aku tak nak jawab sebab biarkan aku jawab dalam pepereksaan nanti….this is all about my nervousness ?chill out guys ✌️?sentiasa bersedia awal!!!my tips
Sekian….suhaila faizal SK ST ANNE’S CONVENT PEL.KLANG
Hi. Saya pon akn ade UKKM. Lagi 2 hari jee… Nervousnyee ???
Saye sangat nervous sbb tiga hari lagi saya akan Ade ukkm harap² tuhan mempemudahkan semuanya dn berjalan dngn lancar..
yang dah jawab ujian mrsm ni .. nak tanya susah ke ? hm
Doakan saya pada hari esok saya akan menduduki ujian kecenderungan tu
I’m happy
doakan Ihsan dapat menjawab ujian ukkm esok
saya tak tahu lagi bila tapi doa kan saya