Permohonan SBP Tingkatan 1 & 4 2021 (Kemasukan 2022)


Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak ke Sekolah Berasrama Penuh (termasuk SBP Ulul Albab, samada Tingkatan 1 atau Tingkatan 4), boleh rujuk cara untuk buat permohonan SBP online seperti di bawah.

Untuk permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara, boleh rujuk permohonan MRSM.

Link permohonan SBP Tingkatan 1

Untuk Tingakatan 1, sila klik link ini: https://sst1.moe.gov.my

Kelayakan kemasukan SBP 2021 untuk Tingkatan 1

Berikut adalah antara syarat dan kriteria untuk murid SBP Tingkatan 1 ambilan tahun 2021:

  • Warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK) sahaja. Jadi, bagi mana-mana pelajar yang bersekolah swasta, SJKT, SJKC dan lain-lain, anda tidak layak.
  • Mencapai aras toleransi dalam Ujian Kemasukan SBP (UKSBP)
  • Pelajar mestilah pelajar cemerlang akademik di sekolah
  • Pelajar juga mestilah pelajar yang aktif dalam kokurikulum

 

Link permohonan SBP Tingkatan 4

Untuk Tingakatan 4 pula, pautannya tidak sama dengan Tingkatan 1. Sila klik link ini: https://sst4.moe.gov.my

Kelayakan kemasukan SBP 2021 untuk Tingkatan 4

Berikut adalah antara syarat dan kriteria untuk murid SBP Tingkatan 4 ambilan tahun 2021:

  • Warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
  • Mencapai aras toleransi dalam Ujian Kemasukan SBP (UKSBP)
  • Pelajar mestilah pelajar cemerlang akademik di sekolah
  • Pelajar juga mestilah pelajar yang aktif dalam kokurikulum

Ada sedikit tambahan. Mana-mana pelajar yang ingin memohon SBP Tingkatan 4 di KISAS mestilah lulus saringan atau temuduga yang dijalankan (*Hanya diwajibkan untuk Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) sahaja)

 

Soalan lazin permohonan kemasukan SBP 2021

SBP hanya untuk golongan pendapatan rendah?

Ramai yang kecewa tahun lepas, apabila SBP hanya dibuka pada golongan B40, iaitu golongan berpendapatan rendah. Ramai yang kecewa tidak dapat masuk kerana pendapatan ibu bapa dalam kategori M40 dan T20.

Namun, kenyataan di atas hanya terpakai untuk ambilan pertama sahaja. Dikatakan, kuota untuk golongan B40 ialah dalam 60%. Bakinya, untuk golongan yang berpendapatan sederhana dan berpendapatan tinggi.

 

Kenapa pilih SBP?

Selalunya, yang beriya-iya buat permohonan SBP ialah ibu bapa. Bukan anak-anak itu sendiri.

Ada ibu bapa memilih anak ke SBP kerana kualiti pendidikannya. Siap ada yang membandingkan, lebih baik masuk SBP daripada MRSM. Apatah lagi, ada yang pandang sebelah mata dengan sekolah harian biasa.

Sebenarnya, itu tidak benar. Pendidikan itu sama sahaja. Yang penting, sikap pelajar itu sendiri.

Benar, masuk MRSM atau SBP, ia akan lebih teratur kehidupannya. Kita sebagai ibu bapa tidak perlu pening kepala sangat untuk kawal anak jika tinggal di rumah.

Persekitaran belajar sedikit-sebanyak dapat membantu anak-anak ini belajar dengan lebih baik, berbanding di rumah, agar terus cemerlang.

 

Patutkah saya buat permohonan SBP?

Tepuk dada, tanya selera. Ini perlu tanya diri sendiri.

Jika anda ibu bapa yang rapat dengan anak, boleh fikir dua kali. Ada anak-anak yang tidak selesa tinggal di asrama. Lebih-lebih lagi jika dia anak tunggal. Takut nanti bukan anak yang rindu anak, ibu bapa pula yang rindukan anak lebih-lebih.

Jika anak itu sendiri mahu ke asrama, silakan. Namun, jika anak menolak dari awal, jangan paksa. Bimbang nanti pelajaran entah ke mana, asyik homesick sahaja.

Jangan pernah memaksa anak-anak untuk buat apa yang kita mahu. Biarkan dia buat keputusan untuk diri sendiri.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian permohonan SBP ini dapat membantu anda untuk mendapat tempat untuk anak-anak.

Nasihat kami, janganlah terlalu berharap. Rezeki masing-masing. Apa-pun, jangan lupa berdoa pada Allah agar dipermudahkan semua urusan.

Semoga bermanfaat.

Categories MOE

Leave a Comment