Sekiranya anda seorang peniaga yang ingin meneruskan perniagaan semasa Total Lockdown, sila buat pendaftaran dan permohonan melalui notification.miti.gov.my terlebih dahulu.
Untuk syarikat logistik dan kenderaan komersil, sila buat semakan di application.mot.gov.my
1. Cara register CIMS MITI (Pendaftaran baru di notification.miti.gov.my)
Kalau belum pernah mendaftar, sila ikut panduan seperti di bawah:- Layari laman web rasmi MITI di sini https://notification.miti.gov.my
- Klik Daftar
- Sila download, baca dan fahamkan SOP dan Protokol bagi kelulusan beroperasi semasa PKP yang berkaitan dengan syarikat anda iaitu:
- SOP dan Protokol yang Am
- SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sains
- SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sosial Kesihatan
- SOP dan Protokol bagi Sektor Pembuatan
- Tick “Saya telah membaca dan bersetuju dengan SOP yang disebutkan di sebelah. Saya mengesahkan bahawa saya akan memenuhi kesemua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri”
- Isikan maklumat berikut:
- Masukkan Nama Penuh
- Masukkan Email
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
- Masukkan Kata Laluan
- Masukkan Kata Laluan sekali lagi
- Pilih dan isikan maklumat salah satu sahaja:
- No Lesen Pengilang
- No Pendaftaran SSM
- No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS
- Tekan Daftar
- Jika berjaya, anda akan melihat paparan Dashboard CIMS 3.0
- Anda juga akan menerima surat Pengesahan Pendaftaran Syarikat dan Kebenaran Beroperasi MITI
2. Cara login CIMS MITI
Seterusnya, sila login seperti di bawah:- Layari laman web rasmi CIMS 3.0 MITI di sini: https://notification.miti.gov.my
- Masukkan email di ruangan Emel
- Masukkan password anda di ruangan Kata Laluan
- Tekan butang Log Masuk
3. Cara print Approval Letter CIMS MITI (Surat Kebenaran)
Selepas login, ikuti panduan untuk print surat kebenaran:- Pastikan anda sudah berjaya Log Masuk melalui https://notification.miti.gov.my
- Klik Borang Notifikasi di sebelah kiri
- Klik Notifikasi Beroperasi
- Klik Daftar Notifikasi Baru di sebelah kanan atas
- Lengkapkan semua maklumat yang dipinta menggunakan template Microsoft Excel
- Isikan senarai pekerja seperti dalam template Microsoft Excel yang disediakan yang mengandungi:
- Company Name
- Company Registration No
- Workers Name
- Nationality
- IC / Passport No
- Jika anda gagal mengikut format yang ditetapkan, permohonan akan ditolak
- Seterusnya, di bahagian bawah sekali, ada ruangan Muat naik dokumen senarai Pekerja
- Tekan Choose file
- Muat naik fail Microsoft Excel tadi
- Tekan butang Simpan & Terus / Save & Exit
- Pastikan maklumat yang diberikan adalah lengkap dan tepat
- Tick di bahagian AKUJANJI / PENGESAHAN
- Tekan butang Hantar Notifikasi / Submit Notification
- Sekiranya berjaya, akan keluar paparan BORANG PERMOHONAN KEBENARAN BEROPERASI SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN / REQUIRE FORM TO OPERATE DURING MOVEMENT CONTROL ORDER
- Tekan butang Kembali / Back untuk buat semakan permohonan yang dihantar tadi
- Keputusan untuk permohonan akan dipaparkan di sini
- Tekan butang Papar untuk print borang kebenaran
Akhir kata
Diharapkan agar panduan penggunaan notification.miti.gov.my ini memudahkan urusan perniagaan anda.
Berniaga elok-elok. Teruskan patuhi SOP. Jangan lupa daftar MySejahtera melalui mysejahtera.malaysia.gov.my juga.