Selain MITI yang membenarkan sektor perkilangan beroperasi melalui notification.miti.gov.my, sektor logistik tidak dianaktirikan. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) boleh memberikan pengesahan permohonan pengoperasion bagi syarikat-syarikat logistik dan pengangkutan komersial melalui sistem SMILE di application.mot.gov.my
1. Syarikat logistik / logistik apa yang dibenarkan beroperasi?
Berikut ialah senarai syarikat yang dibenarkan untuk terus beroperasi dalam tempoh Total Lockdown 2021 ini:- Pengangkutan Udara/Darat/Maritim
- Pelabuhan
- Freight Forwarder
- Ejen Kastam
- Ejen Perkapalan
- Kren
- Pergudangan
- Servis kepada Bot dan Pelabuhan
- Perkhidmatan Sewa Kenderaan
2. Kenderaan perdagangan / komersil apa yang dibenarkan beroperasi?
Berikut pula ialah senarai kenderaan yang dibenarkan untuk terus beroperasi dalam tempoh PKP 3.0 ini:- Lori dan haulier
- Bas
- Teksi
- Courier
3. Industri / kedai apa yang bukan di bawah bidang kuasa MOT?
- Bengkel Kereta
- Pembinaan
- Peniaga makanan
- Kedai runcit
- Perladangan dan Komoditi
- Pertanian
- Kejuruteraan
4. Cara buat semakan status SMILE di application.mot.gov.my
- Layari laman web rasmi MOT di sini: https://application.mot.gov.my
- Lihat paparan Semakan Status
- Masukkan Nombor Pendaftaran Syarikat di ruangan yang disediakan
- Anda boleh menggunakan ketiga-tiga format nombor syarikat dari SSM
- Contohnya, jika nombor syarikat Sdn Bhd anda ialah 1234567-V anda boleh isikan salah satu:
- 1234567V
- 1234567-V
- 202012345678 (Format terbaru SSM)
- Tekan butang Semak
- Jika mendapat kebenaran atau tidak, anda akan melihat paparan yang menyatakan kelulusan
- Jika syarikat anda tiada rekod dengan MOT, anda anda melihat ralat ini "Rekod syarikat tidak wujud. Sila pilih salah satu industri yang berkaitan dengan anda seperti di bawah"
Akhir kata
Menurut MOT, mana-mana syarikat yang telah mendapat kebenaran untuk beroperasi melalui SMILE di application.mot.gov.my, anda boleh muatnaik surat untuk PKP yang akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2021 mulai jam 9.00 malam, 30 Mei 2020 melalui ruang Semakan Status.
Teruskan menjaga SOP.