mysejahtera.malaysia.gov.my (Cara Register MySejahtera Untuk Company)


Untuk yang mempunyai premis perniagaan atau kedai, jangan lupa register MySejahtera untuk company di mysejahtera.malaysia.gov.my. Takut-takut kena saman pula.

Sila ambil perhatian bahawa pendaftaran untuk company ini adalah tidak sama dengan registration untuk individu.

Ikuti langkah mudah seperti di bawah.

Cara register company di mysejahtera.malaysia.gov.my

1. Daftar My Sejahtera untuk pejabat dahulu

Pendaftaran ini boleh dibuat menggunakan telefon bimbit.

  1. Layari laman web rasmi My Sejahtera di https://mysejahtera.malaysia.gov.my
  2. Lihat menu di bahagian atas kanan
  3. Klik MySejahtera Check-In
  4. Kami andaikan bahawa anda adalah seorang pengguna baru
  5. Klik Daftar MySejahtera Check In
  6. Masukkan maklumat yang dipinta seperti berikut:
    • Country code: Malaysia (Bermula dengan kod +60)
    • Masukkan nombor telefon
    • Tick I’m not a robot
    • Pilih gambar yang terpapar
    • Contohnya, jika keluar pernyataan Select all images with cars, pilih semua gambar yang ada gambar kereta
    • Tekan butang VERIFY
    • Tekan butang Register
  7. Tunggu sehingga anda menerima OTP melalui SMS untuk proses verifikasi nombor telefon
  8. Masukkan OTP yang diterima
  9. Tekan butang Submit
  10. Isikan maklumat dalam bahagian Registration untuk Company Profile seperti:
    • User Name
    • Business Name
    • Contact Name
    • Current Address
    • Postcode
    • State
  11. Tekan butang Submit
  12. Pendaftaran MySejahtera anda kini sudah selesai
  13. Anda sekarang sudah boleh buat QR Code My Sejahtera

 

2. Baru buat QR code My Sejahtera di mysejahtera.malaysia.gov.my

Jangan salah faham pula. Ini adalah QR code, bukan barcode.

  1. Buka aplikasi MySejahtera atau laman web rasmi MySejahtera
  2. Tunggu sehinga siap loading sepenuhnya
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Klik Log Masuk
  5. Jika terlupa kata laluan, klik Lupa Kata Laluan
  6. Sekiranya semuanya berjalan lancar, anda boleh login MySejahtera
  7. Selepas log masuk, anda boleh cetak QR code
  8. Ada beberapa pilihan butang:
    • Print
    • Email Me
    • Download
  9. Tekan butang Print untuk mencetak
  10. Tampal QR code yang sudah dicetak tadi di pintu hadapan premis perniagaan
  11. Untuk makluman, anda juga boleh tambah premis menggunakan akaun yang sama

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara register MySejahtera di mysejahtera.malaysia.gov.my ini dapat mengelakkan anda dari disaman oleh pihak berkuasa.

Setidak-tidaknya, duit RM10,000 tidak melayang. Hanya beringat untuk kita sebagai peniaga dan juga pelanggan.

Semasa PKP, jika anda berjalan-jalan ke tempat menarik di Malaysia, jangan lupa scan juga. Nanti merana.

Seperkara lagi, jalan-jalan juga. Saman jangan lupa bayar. Boleh baca cara bayar saman melalui portal PDRM terbaru di mybayar.rmp.gov.my.

Seandainya lupa password MySejahtera, sila reset terlebih dahulu.

Semoga dipermudahkan semuanya.

11 thoughts on “mysejahtera.malaysia.gov.my (Cara Register MySejahtera Untuk Company)”

  1. megapa saya telah daftar mysejahtera di hand phone dengan diri sendiri,detapi saya mahu daftar untuk syarikat saya ,mysejahtera tidak di izinkan ,apa cara saya sepatut di mohankan.

    Reply
  2. I nk claim wang di my sejahtera bb i pernah masuk kuarintin 2 minggu i nk tahu dri my sejahtera boleh bagi bantuan kepada saya x

    Reply

Leave a Comment