Lupa Password MySejahtera? (Ini Cara Reset Kata Laluan Guna SMS & Email)


Jangan panik jika anda lupa password MySejahtera. Semuanya boleh settle hanya dengan reset semula kata laluan anda mengikut panduan seperti yang kami kongsikan di bawah.

Izinkan kami berkongsi.

1. Jika lupa password MySejahtera, reset guna SMS

Pertama sekali, anda perlu pastikan bahawa aplikasi MySejahtera masih lagi ada dalam telefon bimbit. Jangan removedahulu. Jika sudah remove, sila download My Sejahtera sekali lagi.

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Klik Forgot Password di bahagian bawah skrin
  3. Akan ada dua (2) pilihan untuk reset password MySejahtera
  4. Secara default, skrin akan paparkan cara reset menggunakan nombor telefon bimbit
  5. Jika anda tinggal di Malaysia dan menggunakan nombor telefon dari penyedia seperti Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan lain-lain, biarkan sahaja MY +60
  6. Selepas itu, di ruangan Mobile number, masukkan nombor telefon anda yang masih lagi aktif
  7. Selepas anda memasukkan nombor telefon tersebut, akan keluar satu paparan lain iaitu “Reset password link has been sent. Kindly check your SMS for further instructions”
  8. Tekan sahaja butang Done
  9. Semak SMS yang dihantar oleh MySejahtera
  10. Untuk mengelakkan dari tertipu, ini adalah contoh kandungan SMS tersebut “RM0 Click to reset https://mysejahtera.malaysia.gov.my/home/#/reset-password/E8783jl060870xa98ijjkIKKJG”
  11. Jangan bimbang, di bahagian hujung URL di atas adalah nombor dan aksara yang random
  12. Klik link yang ada dalam SMS tersebut menggunakan browser
  13. Tunggu sehingga laman web siap loading
  14. Setelah selesai loading, akan keluar paparan berikut:
    • Select your new password and enter it below
    • Masukkan kata laluan baru di ruangan New Password
    • Sahkan kata laluan tadi di ruang Re-enter Password
  15. Tekan butang Reset Password
  16. Proses tukar kata laluan MySejahtera guna SMS sudah selesai

 

2. Masih tak boleh login MySejahtera? Reset guna email

Sekiranya anda lebih selesa untuk reset kata laluan menggunakan e-mel, ikuti cara di bawah:

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Klik Forgot Password di bahagian bawah skrin
  3. Akan ada dua (2) pilihan untuk reset password MySejahtera
  4. Secara default, skrin akan paparkan cara reset menggunakan nombor telefon bimbit
  5. Abaikan dan jangan masukkan apa-apa di ruangan MY +60
  6. Ini kerana jika anda mahu reset menggunakan email, anda perlu klik My user ID is an email
  7. Masukkan email anda yang masih lagi aktif dan berfungsi di ruangan Email Address
  8. Selepas anda memasukkan email, akan keluar satu paparan lain iaitu “Reset password link has been sent. Kindly check your SMS for further instructions”
  9. Tekan sahaja butang Done
  10. Semak email yang dihantar oleh MySejahtera dari [email protected]
  11. Ini adalah contoh kandungan email tersebut:”You can change your password using theURL: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/home/#/reset-password/iABCfgdhdg8714l060870xa98GbhfrkILKMH”Login to see more.This is an automatically generated email. Please do not reply to this message.”
  12. Klik link yang ada dalam SMS tersebut menggunakan browser seperti Google Chrome, Firefox, Safari dan lain-lain
  13. Tunggu sehingga laman web tadi siap loading
  14. Setelah selesai loading, akan keluar paparan berikut:
    • Select your new password and enter it below
    • Masukkan kata laluan baru di ruangan New Password
    • Sahkan kata laluan tadi di ruang Re-enter Password
  15. Tekan butang Reset Password
  16. Proses tukar kata laluan MySejahtera menggunakan email sudah selesai

 

3. MySejahtera Forgot Password tak berfungsi?

Jika anda mempunyai masalah untuk reset dan login, boleh hubungi customer service MySejahtera.

  1. Klik pautan ini: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/
  2. Untuk memudahkan urusan untuk reset kata laluan anda, pergi ke bahagian Pilih Bahasa dan pilih Bahasa Melayu terlebih dahulu
  3. Tekan butang Mula,
  4. Seterusnya, di bahagian MySejahtera: Bagaimana kami boleh membantu anda?, akan ada beberapa pilihan:
    • A Saya tidak dapat mendaftar
    • B Saya tidak boleh log/akses masuk ke aplikasi
    • C Saya menghadapi masalah untuk mengimbas kod QR/ daftar masuk
    • D Saya ingin bertanya mengenai kategori risiko / penilaian kesihatan
    • E Saya ingin mengemaskini maklumat peribadi
    • F Saya telah disahkan positif COVID 19 positif dan sedang menunggu untuk dihubungi oleh KKM
    • G Saya perlu maklumat mengenai VAKSIN – COVID 19
    • H Hal-hal lain?
  5. Pilih B
  6. Akan keluar beberapa pilihan lain
  7. MySejahtera akan memberikan solusi
  8. Sekiranya masih lagi tidak menjawab persoalan, klik “Ia tidak berfungsi”
  9. Seterusnya, masukkan nombor telefon atau email supaya pihak My Sejahtera boleh menghubungi anda
  10. Tekan butang Hantar
  11. Selesai

 

Akhir kata

Lupa password MySejahtera itu biasa. Jika kebetulan tak boleh scan, beralih ke tepi dan berikan laluan pada orang lain untuk scan QR code My Sejahtera terlebih dahulu.

Selesaikan mana yang penting dahulu.

Semoga bermanfaat.

10 thoughts on “Lupa Password MySejahtera? (Ini Cara Reset Kata Laluan Guna SMS & Email)”

  1. Assalamualaikum hai saya ingin mengembalikan my sejahtera saya blk Kerna fon sudah di format jadi saya nk masuk ke dalam account yang telah buat sblm fon format

    Reply

Leave a Comment