Kad Bank Islam Expired


Kad Bank Islam expired dan anda perlukan cara untuk gantikannya dengan yang baru? Jika ya, kami sedia bantu anda melalui penulisan yang ada di dalam artikel ini.

Nak tahu apa dia? Jom baca penulisan kami.

Cara tukar kad Bank Islam expired

Di bawah adalah langkah-langkah untuk menggantikan kad Bank Islam anda yang dah mencapai tarikh luput kepada yang baru.

Sila ikuti panduan ini:

  1. Bawa kad Bank Islam anda yang lama berserta IC anda ke mana-mana cawangan Bank Islam berdekatan.
  2. Dapatkan nombor giliran di kaunter pengambilan nombor berdasarkan tujuan anda.
  3. Ambil tempat duduk anda sementara menunggu giliran anda tiba.
  4. Apabila nombor anda sudah dipanggil, terus pergi ke kaunter urusan yang telah tertera.
  5. Bagitahu kepada kakitangan bertugas yang anda datang nak tukar kad Bank Islam anda yang telah pun expired.
  6. Berikan segala butiran yang diperlukan dan ikuti arahan seterusnya daripada kakitangan tersebut bagi menyempurnakan penukaran kad bank anda sehingga akhir.
  7. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya menggantikan kad Bank Islam anda kepada yang baru.
  8. Selesai.

Boleh renew kad Bank Islam secara online?

Menurut info yang telah kami perolehi termasuklah daripada Bank Islam sendiri. Mereka menyatakan bahawa kad Bank Islam yang telah tamat tempoh dan sebagainya hanya boleh ditukar, diganti atau diperbaharui di cawangan Bank Islam sahaja.

Ini bermakna, selain melalui kaunter Bank Islam. Penukaran kad anda adalah tidak sah walaupun menerusi Bank Islam online banking.

Berapa lama tempoh untuk ganti kad expired?

Anda dinasihatkan untuk memperbaharui kad Bank Islam tersebut dalam beberapa bulan sebelum tarikh luput atau pada waktu tarikh luput. Kalau boleh, janganlah tangguhkan masa untuk ganti kad bank.

Tak kisahlah anda nak tukar kad Bank Islam ke tukar kad Maybank ke atau bank-bank lain sekalipun. Tukar saja cepat-cepat. Jangan berlengah.

Ianya adalah sebagai langkah untuk mengelakkan berlakunya ralat semasa penggunaan kad bank anda nanti.

Perlu bantuan tentang kad bank Islam expired?

Bagi sebarang pertanyaan, maklum balas, aduan atau tindakan lanjut mengenai kad Bank Islam expired dan sebagainya yang berkenaan. Anda boleh menghubungi Pihak Khidmat Pelanggan Bank Islam di talian 03-26-900-900 untuk mendapatkan bantuan.

Akhir kata

Kami berharap artikel ini dapat membantu anda yang nak tukar kad Bank Islam expired menjadi lebih mudah.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment