DuitNow BSN Transfer


Bagi yang tidak tahu, BSN online transfer ada dua jenis. Yang pertama ialah pindahan tradisional Interbank GIRO (IBG) yang memakan masa beberapa hari. Yang kedua pula ialah BSN DuitNow transfer yang fungsinya adalah sama dengan Instant Transfer. Klik klik dan duit terus masuk sekelip mata.

Izinkan kami berkongsi.

DuitNow BSN transfer ini servis baru di myBSN ke?

Ya.

DuitNow ialah satu perkhidmatan baru yang membolehkan anda transfer duit ke akaun orang lain. Perkhidmatan ini bukannya khusus untuk BSN sahaja. Ia juga ada di kesemua bank-bank di Malaysia. Sebelum ini, pilihan yang ada cuma Interbank GIRO sahaja yang selalunya lambat masuk.

Perbezan dengan pindahan wang biasa menggunakan GIRO ialah anda tidak memerlukan nombor akaun bank penerima untuk transfer duit.

Yang menariknya, anda hanya memerlukan ID DuitNow penerima untuk melakukan pemindahan. Maksudnya, anda boleh buat Instant Transfer guna BSN DuitNow ke bank-bank lain seperti RHB, Public Bank, Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain-lain hanya menggunakan:

  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Telefon
  • Nombor Passport
  • Nombor Pendaftaran Perniagaan
  • Nombor Akaun

Ya.

DuitNow adalah satu servis atau fungsi yang terdapat di dalam myBSN. Ia bukan servis yang berlainan.

Jadi, anda masih perlu login myBSN untuk menggunakan perkhidmatan Duit Now.

Berikut ialah cara untuk log masuk myBSN:

  1. Layari laman web rasmi myBSN di sini: https://mybsn.com.my
  2. Masukkan Username
  3. Klik butang Login
  4. Sahkan Security Image
  5. Jika gambar tersebut ialah gambar yang anda pilih semasa buat pendaftaran, tekan butang Yes
  6. Masukkan Password
  7. Klik butang Login
  8. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan masuk ke dalam sistem online banking myBSN
  9. Selesai

Macam mana cara guna DuitNow BSN transfer?

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk membuat Instant Transfer menggunakan BSN DuitNow:

  1. Kami andaikan ada sudah berjaya login myBSN
  2. Klik menu Transfer di menu sebelah kiri
  3. Akan ada beberapa pilihan iaitu:
    • Own Accounts
    • 3rd Party Account
    • Interbank Fund Transfer
  4. Pilih Interbank Fund Transfer
  5. Anda akan berada di bahagian 1; Enter Transfer Info
  6. Untuk Enter Transfer Info, akan ada dua pilihan Transfer Type
    • DuitNow
    • Interbank GIRO
  7. Pastikan anda pilih DuitNow untuk real time transfer
  8. Jangan pilih Interbank GIRO. Jika anda pilih ini, penerima mungkin perlu menunggu beberap ahari
  9. Lengkapkan maklumat yang lain-lain seperti:
    • From Account
    • Transfer To
    • Id Type
    • My Favourites
    • Amount (RM)
    • Recipient Reference
    • Additional Info (Optional)
      • Other Details
      • Notify Via Email
  10. Anda kini berada di bahagian 2; Transfer Confirmation
  11. Sila semak buat pengesahan bahawa semua maklumat pindahan wang adalah betul. Antaranya:
    • Transfer Type
    • From Account
    • Beneficiary Details:
      • Recipient’s Bank
      • Recipient’s Name
      • Account Number
      • Transaction Type
    • Payment Details:
      • Amount (RM)
      • Service Charge (RM)
      • Recipient Reference
      • Other Details
      • Notify Via Email
  12. Seterusnya, anda akan dapat lihat ruangan TAC
  13. Klik Request TAC untuk menerima SMS di telefon bimbit anda yang berdaftar dengan BSN
  14. SMS ini mengandungi nombor-nombor yang perlu dimasukkan ke dalam ruangan TAC
  15. Masukkan nombor TAC yang diterima melalui SMS tadi
  16. Tick Yes, I confirm that I have read and understand for DuitNow Terms and Conditions
  17. Tekan butang Confirm
  18. Anda sekarang berada di bahagian 3; Transfer Acknowledgement
  19. Anda akan dapat lihat beberapa maklumat yang terpapar di sini:
    • Reference Number
    • Transaction Status (Successful)
    • From Account
    • Beneficiary Details
    • Payment Details
      • Amount (RM)
      • Service Charge (RM)
      • Recipient Reference
      • Other Details
      • Notify Via Email
      • Balance After Transfer (RM)
      • Transaction Date, Time
  20. Tekan butang Print untuk simpan maklumat-maklumat ini untuk rujukan akan datang
  21. Ini adalah penting sekiranya ada masalah duit tak masuk ke dalam akaun yang kita hantar tadi
  22. Tekan butang Add to Favourite jika ingin memudahkan urusan pindahan wang akan datang
  23. Tekan butang Make Another Transfer jika anda ingin buat urusan Instant Transfer ke bank-bank yang lain
  24. Selesai

Berapa limit transfer BSN online?

Had pindahan wang menggunakan BSN DuitNow ialah RM50,000 untuk satu transaksi.

Mohon izin kami berikan contoh:

  • Jika anda mahu transfer BSN ke Maybank sebanyak RM50,000, itu dikira satu transaksi
  • Dan seterusnya, jika anda mahu transfer bank lain, itu dikira satu lagi transaksi.
  • Maksudnya di sini, RM50,000 ialah per transaksi, bukan had pindahan untuk satu hari.

Tambahan lagi, transfer limit ini bukan hanya tertakluk kepada BSN sahaja. Bank-bank lain juga mempunyai transfer limit yang sama.

Ada masalah dengan Duit Now BSN?

Sekiranya anda masih tidak jelas dengan penerangan kami atau mempunyai masalah untuk menggunakan BSN DuitNow, kami sarankan anda hubungi BSN Hotline seperti di bawah:

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan BSN DuitNow ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda. Jangan menggelabah jika tidak boleh buat Instant Transfer BSN ke bank-bank lain. Baca, fahamkan dan lakukan dengan tenang.

Cara untuk menggunakan DuitNow juga cukup ringkas. Kami yakin, orang yang tidak biasa juga boleh melakukan transaksi secara atas talian melalui myBSN dengan mudah. Jika belum buka akaun myBSN, cepat-cepat rujuk panduan untuk register BSN online Bahasa Melayu.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Categories BSN

2 thoughts on “DuitNow BSN Transfer”

Leave a Comment