Check No EPF Dan SOCSO


Ada tak cara untuk check no EPF dan SOCSO dengan mudah tanpa perlu hadir ke cawangan KWSP serta PERKESO? Jawapannya mestilah ada. Zaman sekarang kan dah serba canggih. Jadi semua benda dah berada di hujung jari anda. Cuma tahu atau tak tahu je sekarang ini. Oleh itu, untuk bantu anda dapatkan no EPF dan SOCSO anda. Mari guna cara yang kami cadangkan di dalam artikel ini. Sebelum itu, untuk lebih jelas. No EPF adalah no Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diperlukan untuk membuat caruman pendapatan anda.

Manakala, no SOCSO adalah nombor yang diperlukan pihak PERKESO untuk membuat caruman supaya dapat memberikan perlindungan keselamatan sosial (kemalangan di tempat kerja atau jatuh sakit) kepada pekerja dan ahli tanggungan mereka (melalui pencen sekiranya berlaku kematian). Izinkan kami berkongsi.

Check no EPF dan SOCSO guna IC

Anda tahu tak, untuk check no EPF dan SOCSO anda boleh dapatkan melalui penggunaan IC. Macam mana caranya? ikuti penjelasan di bawah.

a) Check no EPF guna IC melalui Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP

Berikut merupakan cara untuk semak no KWSP guna IC:

  1. Hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di talian 03-8922 6000.
  2. Sila tunggu seketika sehingga panggilan anda dijawab.
  3. Kemudian, nyatakan tujuan anda iaitu untuk check no EPF anda.
  4. Biasanya pihak pengurusan pelanggan akan minta no IC  dan nama penuh anda untuk pengesahan.
  5. Berikan segala butiran diri anda yang diminta oleh pihak mereka.
  6. Seterusnya, sila tunggu untuk permintaan anda diproses.
  7. Sekiranya tiada sebarang masalah, mereka akan memberitahu no EPF anda.
  8. Sila catat no EPF anda untuk rujukan jika perlu.
  9. Selesai.

b) Semak no EPF guna IC di mesin kiosk KWSP

Anda boleh dapatkan no EPF anda melalui penyata yang dicetak dari mesin kiosk KWSP yang ada di mana-mana cawangan KWSP berdekatan anda.

Cara guna mesin kiosk adalah seperti di bawah:

  1. Sentuh skrin dan pilih bahasa.
  2. Kemudian, sistem akan meminta anda untuk meletakkan IC di tempat yang disediakan pada bahagian sebelah kiri.
  3. Sila letakkan ibu jari kanan anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Anda diberikan pilihan untuk memilih perkhidmatan sama ada mahu mengaktifkan i-Akaun KWSP atau mencetak penyata KWSP.
  5. Sila pilih untuk ‘Cetak Penyata’.
  6. Mesin kiosk akan mencetak penyata anda.
  7. Sila semak no EPF anda pada penyata yang telah siap dicetak.
  8. Selesai.

c) Check no EPF di kaunter KWSP

Kalau nak lagi mudah, anda boleh terus saja ke kaunter KWSP berhampiran anda untuk dapatkan no EPF. Tapi jangan lupa ya untuk bawa sekali IC anda.

d) Semak no SOCSO guna kad pengenalan

Untuk pengetahuan anda, no SOCSO telah ditukar kepada no IC anda. Ini bermakna no kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara itu adalah no SOCSO anda.

Tambahan lagi, anda boleh pastikan apa yang kami nyatakan di atas adalah sahih melalui soalan lazim PERKESO pada pautan ini www.perkeso.gov.my/soalan-lazim.

Check no EPF dan SOCSO pada slip gaji

Selalunya no EPF dan SOCSO ini boleh didapati daripada slip gaji anda sendiri. So lepas ini rajin-rajinlah kaji slip gaji itu dan tengok betul-betul. Jangan asyik nak check amaun gaji saja. Tengok sekali bahagian yang kecil-kecil yang ada dekat slip gaji itu sebab kadang-kadang no EPF dan SOCSO ini kita tak perasan.

Walau bagaimanapun, cara ini hanya valid untuk mereka yang sudah lama bekerja atau memang dah pekerja tetap. Andai kata anda ini pekerja part time ke atau baru start bekerja ke, itu kenalah rujuk dengan bahagian berkaitan seperti HR.

Ada cara lagi tak cara lain untuk semak no EPF dan SOCSO?

Sejujurnya, untuk check no EPF dan SOCSO ini caranya lebih kurang saja dengan maklumat-maklumat lain yang anda perlukan. Kalau nak diikutkan, kami dah bagitahu cara yang memang lazim untuk dilakukan kalau nak dapatkan no EPF dan SOCSO.

Namun, jika anda inginkan lebih lagi mengenai cara nak check no EPF dan SOCSO. Anda boleh baca lebih lanjut tentang cara check KWSP dan cara semak nombor SOCSO dalam perkongsian kami sebelum ini.

Harap dapat menjawab persoalan anda.

Akhir kata

Kesimpulannya, ada pelbagai cara untuk check no EPF dan SOCSO yang boleh anda guna. Daripada secara manual mahupun online. Yang penting, silalah apply cara yang paling mudah untuk anda.

Diharapkan penulisan ini dapat membantu urusan anda dalam apa jua keadaan.

Semoga bermanfaat.

10 thoughts on “Check No EPF Dan SOCSO”

  1. Jadi kalau dah tak bekerja duit SOCSO yg di tolak masa zaman bekerja tu masih boleh digunakan ke atau macam mana? Sila beri penjelasan.

    Reply

Leave a Comment