Cara Upgrade Boost Premium (Dari Akaun Basic)


Bagi pengguna tegar e-wallet di Malaysia, pasti anda ada akaun Boost. E-wallet ini akan memudahkan lagi untuk anda membuat transaksi semasa pembelian lebih-lebih lagi jika anda seorang yang tidak suka gunakan cash. Jika anda ingin verify akaun Boost dengan cara upgrade dari Boost Wallet kepada Boost Premium, di sini kami ada kongsikan cara untuk upgrade Boost Premium.

Jom kita tengok sama-sama.

Cara upgrade Boost premium

Berikut adalah langkah-langkah untuk upgrade Boost Wallet anda kepada Premium Wallet:

  1. Buka aplikasi Boost di telefon pintar anda dan tekan butang + di sebelah jumlah akaun dan My Wallet akan terpapar.
  2. Klik Upgrade to Premium Wallet dan kelebihan Premium Wallet akan terpapar.
  3. Tekan Upgrade For Free.
  4. Ikuti langkah yang diperlukan iaitu Verify ID dengan mengambil gambar dan video selfie.
  5. Lengkapkan profil yang diperlukan dan tambahkan minimum rm20 ke dalam wallet anda.
  6. Tekan Upgrade Now dan tunggu sehingga akaun anda akan disahkan.

Apa kelebihan upgrade Boost premium?

Dengan menggunakan Boost Premium, anda akan dapat kelebihan ini:

  1. Size wallet anda akan bertambah dari RM1000 kepada RM4999.
  2. Limit transaksi bulanan / harian bertambah dari RM2000 kepada RM4999.
  3. Limit transaksi tahunan akan bertambah dari RM24000 kepada RM59999.
  4. Anda boleh menghantar duit melalui Boost Wallets.

Belum ada akaun Boost?

Kalau belum ada akaun Boost, macam mana nak upgrade kepada Premium kan. Di sini kami kongsikan langkah-langkah untuk daftar akaun Boost.

  1. Muat turun Applikasi Boost di sini untuk Pengguna Android dan di sini untuk Pengguna iOS.
  2. Tekan Register.
  3. Masukkan no telefon anda.
  4. TAC 6 Digit akan dihantar dan masukkan no ini di ruangan yang diberi.
  5. Masukkan email anda.
  6. Reka password anda. Perlu masukkan huruf besar, kecil, dan nombor.
  7. Masukkan nombor PIN dan nombor ini akan digunakan juga semasa anda membuat pembayaran.
  8. Pendaftaran selesai.

Dekat mana nak guna Boost?

Boost boleh digunakan di pelbagai kedai dan restoran seperti Tealive, Speedmart, 555 Mart, Nandos dan banyak lagi. Anda boleh nampak di pintu kedai atau kaunter pembayaran sama ada boleh gunakan Boost atau tidak. Kalau nak senang lagi, boleh tanya cashier terus.

Anda juga boleh menggunakan Boost untuk membeli kredit prabayar Celcom, Digi, Maxis dan Umobile. Boleh dapatkan cashback pula tu.

Kedai online seperti Shopee dan Lazada juga boleh digunakan. Senang cerita, memang banyak tempat boleh gunakan Boost.

Akhir kata

Mudah sahaja kan cara upgrade boost premium ini. Ikut sahaja langkah yang kami kongsikan ini. Selepas ini, anda boleh keluar membeli belah sahaja tanpa perlu keluarkan cash yang banyak.

Jika anda mempunyai kedai, anda juga boleh gunakan Boost untuk kedai anda. Baca sahaja cara daftar akaun Boost Merchant yang kami kongsikan ini.

Leave a Comment