Cara Daftar Akaun Boost Merchant (Register Untuk Kedai)


Pernah tak, anda pergi mana-mana kedai dan nampak display di kaunter pembayaran yang terima e-wallet? Contohnya GrabPay, Fave, Touch n Go dan tidak ketinggalan Boost? Kali ini, kami akan kongsikan cara daftar akaun Boost Merchant untuk kedai.

Syarikat-syarikat besar mungkin tidak ada masalah untuk daftar kerana mereka lebih faham. Artikel ini adalah khas untuk usahawan dan peniaga kecil yang baru berjinak-jinak mahu memasuki era digital.

Cara Daftar Akaun Boost Merchant (Untuk Kedai)

Bagi para peniaga sekelian, berikut ialah cara untuk buat pendaftaran akaun Boost untuk kedai. Hanya perlu buat sekali sahaja. Baca sampai habis, jangan buat sekerat jalan.

  1. Layari https://www.myboost.com.my/business.
  2. Di bahagian bawah laman utama anda akan menjumpai satu borang bertajuk “Start accepting Boost at your stores”.
  3. Isi borang tersebut dengan melengkapkan nama syarikat, kategori perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan, negeri, bandar, nama penuh, designation, nombor telefon, emel dan kod referel (jika ada).
  4. Tekan Submit Interest.
  5. Wakil dari pihak Boost akan menghubungi anda dalam masa 7 hari bekerja. Jika anda tidak dihubungi, anda boleh menghantar emel ke [email protected] atau menghubungi nombor 03-2260 9494 (Isnin hingga Jumaat 9 pagi – 9 malam).
  6. Pastikan anda menyediakan salinan Kad Pengenalan dan salinan 3 bulan terkini akaun bank syarikat atau individu.
  7. Maklumat ini akan diminta oleh wakil dari pihak Boost.
  8. Apabila pihak Boost telah meluluskan akaun business anda, anda boleh log masuk melalui aplikasi mobile Boost Business yang boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery.

 

Kenapa register Boost Merchant?

Cara daftar akaun Boost untuk kedai sudah dikongsikan di atas. Namun, yang belum dikongsikan ialah apa kelebihannya?

Ada sebab ramai usahawan dan peniaga memilih Boost. Antaranya ialah:

  1. Capaian pengguna
    • Boost adalah sebuah aplikasi yang mempunyai ramai pengguna. Melalui penggunaan Boost Business, anda dapat menambah kesedaran pengguna mengenai kewujudan perniagaan anda.
  2. Komuniti
  3. Anda dapat menjadi sebahagian daripada komuniti tanpa tunai yang mempunyai ahli yang ramai. Komuniti ini dapat memberi impak yang positif kepada perniagaan anda.
  1. Kembangkan perniagaan
    • Majukan perniagaan anda melalui promosi atau tawaran yang menarik apabila pelanggan membayar menggunakan Boost Pay.
  2. Mudah
    • Transaksi dalam Boost adalah transaksi yang amat mudah dilakukan dan tidak melibatkan wang tunai fizikal. Wang dimasukkan terus ke dalam akaun Boost anda yang boleh dipantau dengan mudah.
  3. Percuma
    • Aplikasi Boost Business adalah percuma untuk digunakan dan fi transaksi (MDR) adalah antara yang terendah di pasaran.
  4. Keselamatan
    • Lindungi perniagaan anda daripada kecurian dan sindiket wang palsu.

 

Akhir kata

Semakin hari, semakin ramai yang menggunakan e-wallet.  Boost tidak terkecuali.

Jadi, kepada para peniaga di luar sana, untuk mengikut peredaran semasa, ada baiknya anda beralih kepada penerimaan duit secara maya. Tak perlu pegang duit cash lagi. Urusan pembayaran juga semakin mudah.

Diharapkan agar perkongsian cara daftar akaun Boost Merchant ini juga dapat meningkatkan lagi jualan anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment