Cara Tukar Limit Agrobank (Guna AGRONet & Kad AGRO Visa)

Setiap transaksi atau pemindahan wang mesti ada had yang boleh anda tetapkan kepada kadar minimum atau maksimum. Bagaimanakah untuk tetapkan had transaksi bagi bank anda? Pada artikel kali ini, kami akan menjelaskan tentang cara tukar limit Agrobank.

Sebelum anda pergi dengan lebih lanjut. Mari ketahui dahulu mengenai limit bank.

Apa itu limit bank?

  • Bermaksud had jumlah wang bagi setiap transaksi melalui akaun bank yang boleh ditetapkan mengikut keinginan dan keperluan anda.
  • Ia boleh ditetapkan kepada kadar yang paling rendah atau paling tinggi.
  • Semua pemilik akaun bank boleh melakukan tetapan limit bank.

Itu adalah serba sedikit tentang limit bank. Sekarang, ikuti penulisan di bawah untuk terus mengetahui cara tukar limitAgrobank.

Izinkan kami berkongsi.

Cara tukar limit Agrobank

Berikut merupakan cara-cara untuk tukar limit Agrobank.

1. Tukar limit secara online melalui AGRONet

Anda boleh tukar limit Agrobank secara online melalui AGRONet. Anda juga boleh memuat turun aplikasi AGRONet di Google Play Store atau Apple App Store.

Melalui AGRONet, anda boleh membuat pelbagai perkhidmatan atau perbankan dengan senang dan cepat, pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada. Tetapi, pastikan anda mempunyai rangkaian internet.

Menguruskan wang anda melalui internet banking adalah lebih mudah berbanding melalui manual.

Antara perkhidmatan yang disediakan AGRONet adalah:

  • Menyemak baki akaun anda
  • Membaca dan memuat turun butiran penyata
  • Melihat butir-butir pembiayaan anda
  • Memindahkan wang antara akaun anda sendiri di Agrobank
  • Memindahkan wang ke akaun pihak ketiga di Agrobank
  • Memindahkan wang ke akaun bank lain
  • Membayar bil anda kepada penerima bayaran yang disenaraikan
  • Membuat pembayaran sekali atau menetapkan penerima bayaran yang dikehendaki
  • Menetapkan had transaksi anda
  • Menerima makluman daripada bank melalui sistem mesej  yang telah diadakan
  • Blok kad ATM anda

 

2. Tetapkan limit menggunakan kad AGRO Visa Debit-i

Untuk memudahkan lagi urusan pelanggan Agrobank. Pihak Agrobank telah mewujudkan kad Agro iaitu Kad AGRO Visa Debit-i. Kad ini memenuhi keperluan perniagaan dan gaya hidup dalam dan luar negara.

Ianya mampu membantu mengembangkan perniagaan anda dengan lebih mudah dan cekap melalui setiap pembelian. Pemegang kad boleh meningkatkan had harian sehingga RM20,000.

Anda juga boleh memilih untuk menutup transaksi tanpa sentuh dan menukar jumlah had penggunaan transaksi tanpa sentuh melalui Visa dan MyDebit.

 

Akhir kata

Diharapkan penulisan ini dapat membantu anda yang ingin tahu cara tukar limit Agrobank dan membantu melancarkan lagi urusan anda.

Sedikit perkongsian, untuk anda yang ingin tahu berapa jumlah baki wang dalam akaun Agrobank anda. Anda boleh check balance Agrobank secara online. Kini, semuanya di hujung jari anda.

Semoga bermanfaat.


Lagi Tentang Kewangan ↓

Leave a Comment