Daftar & Login agronet.com.my


Bagi anda yang sudah mempunyai akaun Agrobank, kami sarankan agar anda daftar perbankan Internet Agro Bank di agronet.com.my juga.

Sama seperti perbankan Internet yang lain-lain seperti BSN, Ambank, Public Bank dan lain-lain lagi.

Cara daftar Agrobank online banking di agronet.com.my

Berikut ialah langkah-langkah untuk register atau cara mendaftar akaun AGRONet secara online

  1. Layari laman web https://www.agronet.com.my
  2. Anda akan dibawa ke sini: https://www.agronet.com.my/rib/common/Login.do
  3. Seterusnya, anda akan tiba di laman utama AGRONet.
  4. Kemudian, tekan link Register an Account.
  5. Pada laman seterusnya, baca terma & syarat yang tertera pada kotak TERMS & CONDITIONS.
  6. Tekan butang Accept.
  7. Pada laman seterusnya, pada Account Number (16 digits), masukkan nombor akaun bank anda, yang mempunyai 16 digit.
  8. Kemudian, pada ATM Card Number, masukkan nombor kad ATM anda. Nombor kad ini anda boleh peroleh pada bahagian hadapan kad ATM anda.
  9. Pada ATM Pin Number, masukkan nombor PIN untuk kad ATM anda.
  10. Pada Type the code shown, masukkan kod yang anda dapat lihat pada rajah di bawah ruang tersebut.
  11. Tekan Refresh sekiranya anda tidak dapat melihat dengan jelas kod yang tertera.
  12. Apabila selesai, tekan butang Next untuk meneruskan proses dan cara daftar Agrobank online banking
  13. Pada laman seterusnya, pilih satu gambar yang anda mahu gunakan untuk keselamatan akaun anda, ataupun lebih tepat, sebagai pengesahan, bahawa gambar ini ialah milik akaun anda.
  14. Pada Username, masukkan username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  15. Pada Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  16. Kemudian, pada Security Question 1, pilih salah satu soalan yang tertera pada drop-down menu.
  17. Pada Answer 1, masukkan jawapan untuk Security Question 1. Pada Confirm Answer 1, masukkan sekali lagi jawapan yang anda letak pada Confirm Answer 1.
  18. Lakukan perkara yang sama pada Security Question 2. Pilih soalan yang berlainan daripada Security Question 1, dan masukkan jawapannya pada Answer 2 dan Confirm Answer 2.
  19. Ulang proses ini pada Security Question 3, Answer 3 dan Confirm Answer 3. Tiga soalan ini penting, untuk memastikan anda boleh login ke akaun anda pada masa hadapan, andai kata anda terlupa username atau password
  20. Kemudian, pada ruangan di bawah, masukkan nombor telefon anda.
  21. Seterusnya, pilih satu gambar keselamatan.
  22. Klik Register.
  23. Proses daftar akaun Agrobank online melalui AGRONet anda selesai.

Cara login Agrobank melalui AGROnet

Berikut pula cara untuk log masuk selepas selesai buat pendaftaran secara online:

  1. Untuk login, pergi semula ke laman utama AGRONet.
  2. Kemudian, terdapat ruangan untuk login.
  3. Masukkan username anda pada ruangan Enter your username.
  4. Kemudian, sahkan gambar keselamatan anda sekiranya milik akaun anda. \Sekiranya milik anda, masukkan password anda dan anda boleh login ke akaun anda.

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara daftar & login Agro Bank melalui agronet.com.my akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

1 thought on “Daftar & Login agronet.com.my”

Leave a Comment