Cara Semak Coverage Unifi


Terdapat pelbagai pakej internet menarik yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi di Malaysia. Telekomunikasi Malaysia atau lebih dikenali dengan TM merupakan syarikat gergasi yang tak asing lagi dari pengetahuan umum dan Unifi merupakan anak syarikat bagi TM. Jadi, bagaimana anda nak tahu sama ada kawasan yang anda diami mempunyai coverage yang baik atau tidak? Macam mana nak check coverage Unifi? Di sini kami kongsikan cara semak coverage Unifi dengan mudah tanpa perlu mendaftar akaun online.

Sekiranya anda telah mendaftar dengan mana-mana servis telekomunikasi, anda juga boleh check kelajuan internet anda menggunakan pautan ini.

Cek coverage Unifi di laman web rasmi

Bagi semakan yang tepat, kami sarankan anda untuk check coverage unifi di laman web rasmi Unifi sendiri.

  1. Pergi ke https://unifi.com.my/mobile/postpaid/coverage atau tekan di sini.
  2. Scroll sehingga anda nampak kotak yang bertulis Please enter address.
  3. Masukkan alamat anda.
  4. Kotak cadangan di bawah akan mengesyorkan kawasan yang paling tepat untuk dipilih.
  5. Klik pada kawasan yang dinyatakan di kotak cadangan.
  6. Di paparan sebelah kiri akan terlihat kotak bagi 3G dan 4G coverage.
  7. Klik pada jenis coverage yang anda ingin lihat.
  8. Sekiranya anda memilih 4G, kawasan yang diwarnakan biru di maps menandakan terdapatnya 4G coverage.
  9. Dan jika anda memilih 3G, kawasan yang diwarnakan merahdi maps menandakan terdapatnya 3G coverage.
  10. Selesai

Semak coverage Unifi guna aplikasi Open Signal

Bagi pengguna yang berminat untuk mengetahui coverage Unifi serta ingin membandingkan dengan coverage telco yang lain, anda boleh check dan bandingkan menggunakan aplikasi Open Signal.

  1. Muat turun aplikasi Open signal menggunakan pautan ini bagi iOS atau Android.
  2. Setelah muat turun, tekan pada butang berlogo Location.
  3. Butang ini terletak pada bahagian bawah dan berkedudukan di tengah.
  4. Di halaman locaion ini anda perlu memasukkan lokasi yang ingin anda semak dan juga memilih operator telekomunikasi yang anda inginkan.
  5. Masukkan alamat atau poskod di kotak Search location.
  6. Kemudian, pilih syarikat yang anda ingin semak di kotak Operator.
  7. Sekiranya imej maps diwarnakan dengan hijau, kawasan itu mempunyai coverage yang kuat.
  8. Mankala sekiranya berwarna merah, kawasan itu mempunyai coverge yang lemah.
  9. Klik pada butang Compare performance di bahagian bawah maps untuk membandingkan coverage dari operator yang lain.
  10. Operator selain Unifi yang tersenarai untuk membuat perbandingan adalah Celcom, Digi, Maxis dan Umobile.

Check coverage melalui emel

Bagi pelanggan yang berminat untuk berhubung melalui emel agar boleh dijadikan rujukan pada masa hadapan, anda boleh ikuti langkah ini untuk check coverage unifi di kawasan yang anda inginkan.

Sila ambil perhatian. Apa yang kami kongsikan di bawah ialah ejen, bukan dari TM.

  1. Pergi ke laman web https://www.unifi-tm.my/liputan-unifi/
  2. Untuk menyemak, anda perlu mengisikan beberapa butiran peribadi.
  3. Scroll ke bawah dan anda akan melihat kotak pengisian maklumat.
  4. Isikan nama, alamat emel, no telefon dan alamat yang anda ingin check coverage Unifi.
  5. Pastikan alamat emel dan juga no telefon adalah akftif agar pihak Unifi dapat menghubungi anda.
  6. Klik pada butang Semak Liputan.
  7. Nantikan emel maklumbalas daripada pihak mereka.

Daftar Unifi setelah check coverage

Setelah anda check coverage Unifi dan berminat untuk subscribe pelan yang ditawarkan, anda boleh mendaftar di:

  • Mana-mana agent yang berdaftar,
  • Kiosk Unifi berhampiran rumah anda.
  • Daftar secara online di laman rasmi Unifi di sini https://unifi.com.my/personal
  • Daftar dengan menghubungi khidmat pelanggan Unifi dengan dail 100.

Kenapa perlu semak liputan sebelum melanggan Unifi?

Semakan liputan sebelum melanggan Unifi adalah penting. Ini kerana ia dapat memastikan bahawa perkhidmatan Unifi disediakan di kawasan tempat tinggal anda.

Terdapat beberapa sebab mengapa perlu semak liputan sebelum melanggan Unifi:

  1. Kualiti servis: Dengan semak liputan, anda boleh mengetahui sama ada Unifi menawarkan servis yang berkualiti di kawasan tempat tinggal anda. Ini termasuk kelajuan internet yang stabil dan tinggi.
  2. Ketersediaan: Semak liputan juga membolehkan anda untuk mengetahui sama ada Unifi telah tersedia di kawasan tempat tinggal anda. Terdapat beberapa kawasan yang mungkin belum mencapai liputan Unifi, jadi semak liputan akan memastikan anda tidak melanggan pakej yang tidak tersedia.
  3. Pilihan alternatif: Dengan mengetahui liputan Unifi di kawasan tempat tinggal anda, anda juga dapat mencari pilihan alternatif seperti Time dan Maxis. Ini membolehkan anda untuk membuat pemilihan yang terbaik berdasarkan keperluan dan kehendak anda.
  4. Kos: Semak liputan juga boleh membantu anda membuat perbandingan kos antara penyedia perkhidmatan lain dengan Unifi. Jika Unifi tidak tersedia di kawasan tempat tinggal anda, anda mungkin perlu mencari penyedia perkhidmatan lain yang menawarkan pakej yang lebih berpatutan.

Dengan memilih Unifi berdasarkan semak liputan, anda dapat memastikan bahawa anda mendapatkan pelayanan internet yang berkualiti dan sesuai dengan keperluan anda.

Akhir kata

Pihak kami berharap agar perkongsian cara semak coverage Unifi ini dapat membantu anda melayari internet dengan lebih efisien.

Andainya jadi subscribe Unifi, jemput baca panduan bayar Unifi guna Maybank2u. Sangat memudahkan urusan pembayaran secara online.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment