Cara Check Coverage Unifi


Macam mana nak tahu, kawasan rumah kita ada liputan Unifi atau tidak?

Mudah sahaja, boleh semak coverage Unifi secara online. Izinkan kami kongsi cara check coverage Unifi seperti di bawah.

Anda mungkin kurang yakin atau tidak tahu sama ada kawasan yang anda berada pada masa sekarang masih dalam liputan Unifi atau tidak. Ini mungkin menjadi satu masalah sekiranya anda perlu berurusan menggunakan telefon anda, dan tiada liputan di kawasan tersebut.

Kalau anda ingin tahu, Unifi menyediakan cara mudah untuk anda memeriksa sama ada kawasan yang anda sedang berada masih mempunyai liputan Unifi atau tidak.

Cara check coverage Unifi mobile

Anda juga boleh memeriksa kawasan anda tersebut menerima liputan 3G atau 4G, atau kedua-duanya sekali. Ikuti langkah di bawah untuk menyelesaikan masalah anda.

  1. Layari laman web https://unifi.com.my/personal. Anda akan dibawa ke laman web rasmi Unifi.
  2. Kemudian, pada laman tersebut, scroll mouse anda ke pilihan untuk Mobile.
  3. Sub-menu tambahan akan tertera. Tekan pada butang Postpaid.
  4. Pada laman seterusnya, di bawah menu tab untuk Postpaid, terdapat menu Klik pada butang Coverage yang berada di bawah butang Support.
  5. Untuk pautan yang lebih pantas, boleh sahaja klik https://unifi.com.my/mobile/postpaid/coverage
  6. Pada laman seterunya, scroll ke bawah dan anda akan lihat sebuah ruangan untuk diisikan. Anda boleh masukkan alamat anda yang ingin anda semak liputan Unifi, sama ada alamat tempat semasa anda sedang berada, atau alamat rumah anda untuk memeriksa liputan Unifi di rumah anda. Kemudian, tekan butang kecil di sebelah kanan ruangan tersebut.
  7. Sekiranya anda cuba memasukkan alamat penuh anda dan peta tidak dapat menunjukkan jawapan, cuba untuk masukkan nama taman dan negeri anda, atau nama mukim serta negeri.
  8. Selepas peta dapat ditunjukkan, anda boleh melihat kawasan di sekitar tempat anda yang mempunyai liputan 3G dan juga 4G.
  9. Pada kotak di bahagian kiri, untick salah satu daripada 4G Coverage atau 3G Coverage sekiranya anda mahu melihat kawasan mana yang meliputi salah satu daripada 4G atau 3G. Sekiranya anda mahu melihat liputan untuk 3G, untick pada 4G Coverage. Sekiranya anda mahu melihat liputan untuk 4G, untick pada 3G Coverage.
  10. Apabila anda untick kedua-duanya, anda akan melihat peta keseluruhan akan bertukar menjadi putih. Anda mampu mengesan kawasan yang diliputi oleh 4G dan 3G dengan tick salah satunya atau kedua-duanya sekaligus.
  11. Apabila ada tick pada 3G Coverage, kawasan yang diliputi oleh 3G akan bertukar warna menjadi kuning. Manakala apabila anda tick pada 4G Coverage, kawasan yang diliputi oleh 4G akan bertukar menjadi biru. Terdapat juga kawasan di Malaysia yang diliputi oleh kedua-dua 3G dan juga 4G.

Kenapa penting untuk check coverage Unifi sebelum melanggan?

Penting untuk memeriksa liputan Unifi sebelum melanggan kerana beberapa faktor berikut:

  1. Kualiti Sambungan: Dengan memeriksa liputan Unifi, anda dapat menentukan kualiti sambungan internet di kawasan anda. Liputan yang baik akan memberikan sambungan internet yang stabil dan cepat, manakala liputan yang lemah mungkin menghadapi masalah seperti gangguan sambungan atau kelajuan internet yang perlahan.
  2. Ketersediaan Perkhidmatan: Unifi mungkin tidak tersedia di setiap kawasan. Dengan memeriksa liputan, anda dapat mengetahui sama ada perkhidmatan Unifi disediakan di kawasan anda atau tidak. Ini akan membantu anda membuat keputusan yang tepat dan mengelakkan kekecewaan jika perkhidmatan tidak tersedia.
  3. Pilihan Pelan: Unifi menawarkan pelbagai pelan langganan yang sesuai dengan keperluan pengguna. Dengan memeriksa liputan, anda juga boleh mengetahui pelan mana yang tersedia di kawasan anda. Ini membolehkan anda memilih pelan yang sesuai dengan keperluan dan anggaran anda.
  4. Perbandingan Penawaran: Dengan memeriksa liputan Unifi sebelum melanggan, anda juga dapat membuat perbandingan dengan penyedia perkhidmatan lain yang ada di kawasan anda. Anda boleh membandingkan liputan, kelajuan, harga, dan pakej yang ditawarkan oleh pelbagai penyedia perkhidmatan untuk membuat keputusan yang terbaik.
  5. Pengalaman Pengguna: Anda juga boleh mendapatkan maklum balas dari pengguna Unifi di kawasan anda. Dengan memeriksa liputan, anda boleh mencari komen atau ulasan daripada pengguna lain yang mungkin telah melanggan perkhidmatan Unifi. Ini akan memberikan anda gambaran yang lebih jelas tentang pengalaman pengguna sebenar dan membantu anda membuat keputusan yang lebih baik.

Dengan memeriksa liputan Unifi sebelum melanggan, anda dapat memastikan bahawa anda mendapat perkhidmatan internet yang berkualiti, sesuai dengan keperluan anda, dan dengan harga yang berpatutan.

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara check coverage Unifi ini dapat membantu anda.

Kalau dapat Internet laju, jangan pula buat perkara yang bukan-bukan. Buatlah perkara-perkara yang bermanfaat.

Kita line slow sangat, jemput baca cara lajukan Internet pula. Dan untuk pembayaran Unifi, boleh rujuk cara bayar Unifi melalui Maybank2u.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Check Coverage Unifi”

Leave a Comment