Cara Semak Baki Akaun CIMB


Adakah anda perlukan cara semak baki akaun CIMB? Jika ya, apa kata anda cuba ikuti panduan yang telah kami sediakan di sini untuk bantu anda lakukannya.

Jemput baca penulisan kami.

Cara semak baki akaun CIMB di laman web

Berikut merupakan langkah-langkah membuat semakan baki akaun CIMB anda melalui laman web cimbcliks.com.my:

  1. Layari laman web CIMB Bank online banking di https://www.cimbclicks.com.my.
  2. Anda akan dibawa ke laman utama web CIMB.
  3. Kemudian, sila klik butang Login to Clicks di bahagian atas sebelah kanan skrin.
  4. Pada laman seterusnya, sila masukkan User ID anda dan tekan Login.
  5. Selepas itu, sahkan SecureWord anda dengan tickkan pada kotak Yes, this is my SecureWord.
  6. Kemudian, masukkan Password dan tekan butang Login.
  7. Anda akan dibawa masuk terus ke halaman utama profil atau akaun CIMB Clicks anda.
  8. Sila semak baki akaun CIMB anda pada bahagian My Accounts Overview yang dipaparkan.
  9. Selesai

Check balance melalui aplikasi CIMB Clicks

Sebelum anda ingin menggunakan cara ini. Pastikan anda telah pun mendaftar akaun CIMB online banking dan memuat turun aplikasi CIMB Cliks di anda Apple App Store atau Google Play Store terlebih dulu.

Jika semuanya dah ada, sila ikuti panduan semak baki akaun CIMB melalui aplikasi seperti di bawah:

  1. Buka aplikasi CIMB Clicks di telefon pintar anda.
  2. Halaman utama aplikasi CIMB Cliks akan terpapar.
  3. Selepas itu, Log Masuk seperti biasa.
  4. Anda akan dibawa ke halaman profil atau akaun online banking CIMB anda.
  5. Kemudian, sila tekan pada bahagian Accounts.
  6. Baki akaun CIMB anda akan dipaparkan.
  7. Tamat.

Ada cara lain untuk semak baki akaun CIMB?

Ya, ada. Anda masih boleh menggunakan beberapa kaedah lain selain daripada online banking untuk mengetahui jumlah baki duit dalam akaun anda.

Antara kaedah lain yang boleh anda gunakan adalah semak di kaunter CIMB Bank, buat panggilan telefon atau guna mesin ATM.

Masih ada masalah untuk check balance CIMB?

Sekiranya anda masih menghadapi kesukaran berkaitan semakan baki akaun CIMB atau hal-hal lain berhubung CIMB. Anda boleh saja menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan CIMB di talian 03-6204-7788 pada bila-bila masa setiap hari.

Untuk pengetahuan anda juga, talian ini dibuka selama 24 jam.

Akhir kata

Diharapkan perkongsian kami tentang cara semak baki akaun CIMB ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda walau di mana jua anda berada.

Akhir sekali, khas buat anda yang mempunyai perniagaan atau syarikat yang belum ada akaun di cimb.bizchannel.com.my.

Jangan lupa untuk mendaftar akaun anda di sana supaya anda dapat menguruskan kewangan syarikat anda dengan lebih sistematik.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment