Cara Renew Lesen CIDB (Pembaharuan di cims.cidb.gov.my)


Adakah anda seorang kontrakt0r? Jika ya, anda perlu tahu bahawa sebelum tamat tempoh, pastikan anda buat pembaharuan lesen untuk terus beroperasi. Jika sudah lupa langkah-langkahnya, izinkan kami kongsi cara renew lesen CIDB secara online.

Jika belum register, sila daftar CIDB CIMS secara online dahulu.

Sedikit mengenai CIDB

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan atau lebih dikenali dengan nama singkatannya iaitu CIDB merupakan sebuah badan yang ditubuhkan untuk mengawal selia pematuhan piawaian bagi mutu kerja binaan dan bahan binaan.

CIDB juga berfungsi untuk memajukan dan menggalakkan jaminan kualti dalam industri pembinaan di Malaysia.

Di antara tugas utama CIDB adalah mendaftar dan mengakreditasi kontraktor dan pembaharuan lesen CIDB.

Ia juga mempunyai bidang kuasa untuk membatalkan, menghalang pembaharuan lesen CIDB dan menggantung lesen kontraktor sekiranya didapati gagal mematuhi piawaian dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh CIDB serta mengembalikan semula pendaftaran dan akreditasi kontraktor.

Sedikit mengenai sistem CIDB CIMS

Untuk memudahkan dan meningkatkan kecekapan transaksi, CIDB telah memperkenalkan sistem atas talian yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Maklumat Setempat (CIMS) pada 4 Julai 2017. Sistem CIDB CIMS ini membolehkan pelbagai jenis transaksi dilakukan termasuklah proses pembaharuan lesen CIDB melalui pautan http://cims.cidb.gov.my

Dengan adanya CIDB CIMS, tempoh proses kelulusan dapat dipendekkan dan dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Pada masa yang sama juga, sistem CIDB CIMS dapat menjimatkan kos kerana pelanggan tidak lagi perlu hadir ke kaunter untuk berurusan dengan CIDB.

Perlu juga diingatkan, cara renew CIDB tidak sama macam renew SSM. Ini adalah dua perkara yang berlainan.

Teruskan membaca.

Cara login CIDB CIMS

Sebelum boleh melalukan proses pembaharuan, anda perlu login CIDB terlebih dahulu.

  1. Layari laman web http://cims.cidb.gov.my untuk ke portal rasmi CIMS untuk CIDB.
  2. Kemudian, pada portal tersebut, login ke akaun anda dengan memasukkan username anda pada ruangan Username, serta password anda pada ruangan Password.
  3. Untuk memudahkan anda login pada masa akan datang, tick pada kotak untuk Remember me, supaya sistem akan memasukkan username dan password anda secara automatik.
  4. Tekan butang Login.
  5. Anda kini sudah berjaya login

 

Cara renew lesen CIDB

Bagi anda yang ingin renew lesen CIDB, terdapat tiga jenis renew yang anda boleh lakukan iaitu:

  • PPK
  • SPKK
  • STB

Anda boleh ikuti langkah di bawah ini untuk maklumat lanjut.

  1. Kami andaikan anda sudah berjaya login,
  2. Lihat bahagian sebelah kiri skrin, pilih menu Registration.
  3. Kemudian, tekan butang Renew PPK Regsitration.
  4. Kemudian, notis akan tertera dengan mesej Do you want to Change Applicant Details?.
  5. Tekan Yes sekiranya anda ingin mengubah maklumat untuk pemohon, atau No jika tidak mahu melakukan apa-apa perubahan.
  6. Anda perlu ingat bahawa untuk melakukan pembaharuan lesen CIDB, anda perlu memastikan mata CCD tidak kurang daripada 30 mata. Mata CCD oleh diperoleh dengan menghadiri program yang telah mendapat pengiktirafan CIDB. Anda juga disarankan untuk memilih kursus yang memberikan manfaat untuk pembangunan diri dan bukannya sekadar untuk mengumpulkan mata untuk tujuan pembaharuan lesen CIDB semata-mata.
  7. Pada portal tersebut, tekan butang Add Compulsory Course. Sebuah kotak akan tertera berserta beberapa ruangan untuk anda isikan.
  8. Pada ruangan Course Name, masukkan nama program yang pernah anda sertai.
  9. Pada ruangan CCD Points, masukkan mata CCD yang anda berjaya peroleh dengan menyertai program tersebut.
  10. Pada ruangan Training Date, tekan logo calendar yang tertera, dan pilih tarikh untuk program yang anda sertai tersebut telah diadakan.
  11. Pada ruangan Attendees, masukkan nama anda sebagai peserta program tersebut.
  12. Pada ruangan IC No, masukkan nombor kad pengenalan anda.
  13. Pada ruangan Position, pilih jawatan anda.
  14. Pada ruangan Upload Documents, masukkan dokumen yang berkaitan sebagai bukti anda menyertai program tersebut.
  15. Tekan butang Save.
  16. Sekiranya mata CCD anda mencukupi, butang Save & Continue akan tertera. Anda boleh menekan butang ini untuk meneruskan proses serta cara renew CIDB.
  17. Anda juga boleh memilih untuk renew Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perakuan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) secara serentak atau satu persatu dengan menekan/menandakan kotak kecil di sebelah kiri diikuti dengan menekan butang Continue.
  18. Anda akan tiba di seksyen maklumat LLP. Jika anda daripada syarikat ROB atau ROS, maklumat syarikat anda adalah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pastikan maklumat yang tertera adalah benar. Jika tidak, sila buat perubahan maklumat di SSM. Tekan butang Save & Continue di bahagian bawah untuk meneruskan permohonan anda.
  19. Kemaskini sekiranya perlu di seksyen untuk Partners, Key Personnel, Technical Personnel, Competent Persons, Other Agency Certification dan Upload Documents. Setelah selesai, tekan butang Save & Continue untuk ke seksyen seterusnya.
  20. Pada seksyen untuk Draft Recommendation, jika tiada sebarang perubahan maklumat, tekan butang Proceed yang tertera.
  21. Pada seksyen ke-10 iaitu Training & CCD Points, tekan juga butang Continue jika tiada perubahan yang ingin dilakukan pada maklumat yang tertera.
  22. Apabila anda tiba di bahagian untuk SPKK RULE CHECKLIST, tekan butang Proceed to Continue untuk meneruskan permohonan anda.
  23. Pada seksyen Renew Years, tekan butang Save & Continue.
  24. Pada paparan seterusnya, anda akan menerima notis RENEW PPK REGISTRATION – COMPLETE. Tekan butang Continue to SPKK Registration Renewal.
  25. Pada seksyen untuk SPKK & STB Renewal, pilih No jika anda tidak ingin membuat sebarang perubahan dan tekan butang Save & Continue. Pilih Yes jika anda ingin membuat sebarang perubahan pada individu yang bertanggungjawab dengan SPKK.
  26. Kemudian, tekan butang Save & Continue untuk meneruskan proses dan cara renew CIDB secara online
  27. Jika anda tekan Yes, pada paparan seterusnya, tekan butang Add New Row dan isikan segala maklumat. Kemudian, tekan butang Save.
  28. Tekan butang Save & Continue untuk meneruskan permohonan anda.
  29. Anda telah berjaya membuat permohonan. Sekiranya anda ingin meneruskan permohonan pembaharuan STB pula, tekan butang Continue to STB Registration Renewal.
  30. Pada laman seterusnya, tekan Yes jika anda ingin menukar maklumat Akaun Bank atau Penandatangan Cek dan tekan butang Continue. Pilih No jika anda tidak ingin menukar maklumat Akaun Bank atau Penandatangan Cek dan tekan butang Continue.
  31. Pada seksyen seterusnya untuk Payment Confirmation, tekan butang Print Invoice pada bahagian atas di sebelah kanan untuk mengaktifkan butang kaedah pembayaran.
  32. Anda boleh memilih untuk membayar menggunakan tiga cara, sama ada Pay at Counter, Pay Online by Credit Card atau Pay Online by Net Banking.
  33. Pilih salah satu jenis pembayaran yang anda inginkan, kemudian tekan Print Receipt untuk mendapatkan resit transaksi.
  34. Setelah selesai, tekan butang Sila kembali ke Laman Utama.
  35. Pada Laman Utama, pilih menu Registration di sebelah kiri. Sila lihat sebelah kanan anda, di dalam kotak Outbox. Terdapat maklumat status permohonan anda yang boleh disemak dari masa ke semasa.

 

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan penggunaan sistem CIDB CIMS, anda boleh berhubung terus dengan:

 

Akhir kalam

Pembaharuan lesen CIDB CIMS di cims.cidb.gov.my

Berniaga kena jujur. Buat kerja elok-elok.

Walaupun kita mempunyai lesen kontraktor CIDB G1, G2, G4 mahupun G7 dari CIDB Malaysia sekalipun, janganlah sesekali iklankan untuk dijual.

Berusahalah untuk majukan perniagaan dan diri sendiri. Jangan hanya sekadar untuk mengaut untung atas angin.

Diharapkan agar perkongsian cara renew lesen CIDB ini dapat membantu anda. Sama-sama kita mencari rezeki yang berkat.

Paling penting sekali, jika anda mempunyai pekerja asing, sila ikut undang-undang Malaysia. Baca betul-betul cara renew CIDB Green Card.

Semoga bermanfaat.

16 thoughts on “Cara Renew Lesen CIDB (Pembaharuan di cims.cidb.gov.my)”

  1. saya telah memperbaharui kad hijau dan telah membuat bayaran penuh,sampai sekarang saya blm menerima kad yg baru.

  2. Saya renew kad CIDB pada 11.07.2020 tapi belum menerima kad tersebut hingga kini. Berapa lama tempoh menunggu yg sebenarnya…

  3. Sy dh buat pembaharuan kad untuk suami dari 6/8.. Smpai harini pun blum smpai kad lg.. Amik masa brapa lama baru nk siap n hantar kad ya..

  4. Saya telah memperbahurui cidb……masih tidak berjaya ….segala kehendak cidb telah dipatuhi…..bila nak nak renew paparan ssm terus berulang….masalah ini telah dipanjangkan ke e-bantuan….akhirnya MENGECEWAKAN….Harap ambil tindakan….

  5. Nombor Permohonan: W0401202012200001247463 bertarikh 21/12/2020
    How can I upload the latest Caruman KWSP which include Selvarajah A/L Krishnan.

  6. Terima kasih keatas arahan diberi.
    Saya telah memcuba online berapa kali tetapi belum pernah berjaya,maka pembaharuan lesen saya belum dilulus.
    Harap boleh lulus sebelum bulan ogos 2021.

  7. tumpang tanya,
    kalau tiada sebarang perubahan, selain sijil kursus, apakah dokumen mandatori lain yg perlu di upload?
    KWSP dan Perkeso terkini, wajib upload tak sebab tiada perubahan staf.

    Terima kasih

  8. tumpang tanya,
    kalau tiada sebarang perubahan, selain sijil kursus, apakah dokumen mandatori lain yg perlu di upload?
    KWSP dan Perkeso terkini, wajib upload tak sebab tiada perubahan staf.?

    Terima kasih

Leave a Comment