Kandungan
Adakah anda seorang yang bercita-cita mahu menjadi kontrakt0r? Jika ya, anda perlu tahu bahawa anda perlu buat permohonan pendaftaran dengan CIDB. Jangan bimbang, izinkan kami kongsi cara daftar CIDB secara online.
Jika tujuan asal anda adalah untuk perbaharui lesen, klik sini untuk membaca langkah-langkah serta cara renew lesen CIDD CIMS . Bagi yang mempunyai pekerja asing, sila fahamkan cara renew CIDB Green Card.
Sedikit mengenai CIDB
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan atau lebih dikenali dengan nama singkatannya iaitu CIDB merupakan sebuah badan yang ditubuhkan untuk mengawal selia pematuhan piawaian bagi mutu kerja binaan dan bahan binaan.
CIDB juga berfungsi untuk memajukan dan menggalakkan jaminan kualti dalam industri pembinaan di Malaysia.
Di antara tugas utama CIDB adalah mendaftar dan mengakreditasi kontraktor dan pembaharuan lesen CIDB.
Ia juga mempunyai bidang kuasa untuk membatalkan, menghalang pembaharuan lesen CIDB dan menggantung lesen kontraktor sekiranya didapati gagal mematuhi piawaian dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh CIDB serta mengembalikan semula pendaftaran dan akreditasi kontraktor.
Cara daftar CIDB
Berikut ialah langkah-langkah dan cara daftar CIDB secara online.- Layari laman web rasmi CIDB di sini: https://cims.cidb.gov.my
- Anda akan dilencongkan ke portal rasmi CIDB Malaysia di sini: https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml.
- Pada portal tersebut, pergi ke bahagian kanan skrin.
- Di bawah bahagian Daftar Baru, tekan link Untuk kontraktor baru/Personel binaan baru/Penyelia latihan baru/Pelatih baru dan lain-lain.
- Pada laman seterusnya, terdapat dua pilihan, sama ada anda ingin mendaftar di bawah Organisasi atau Individu. Dalam Organisasi, terdapat pula beberapa pilihan. Pilih berdasarkan status anda. Misalnya, anda pilih Personel Binaan di bawah bahagian Individu.
- Tekan butang Teruskan untuk meneruskan proses dan cara daftar CIDB secara online.
- Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan Nama, masukkan nama penuh anda, seperti yang tertera pada MyKad anda.
- Pada MyKad No, masukkan nombor kad pengenalan anda (nombor MyKad).
- Pada ruangan H/P No, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
- Pada bahagian Type, tick sama ada anda membuat pendaftaran secara Individual atau anda mewakili syarikat yang berdaftar dengan CIDB.
- Pada ruangan Jawatan/Peranan, masukkan jawatan anda.
- Di bahagian Butiran Log Masuk, untuk ruangan Nama Pengguna, masukkan emel anda yang aktif dan boleh dicapai. Emel untuk pengaktifkan akaun anda akan dihantar ke emel ini, jadi penting untuk emel yang anda masukkan ini masih aktif.
- Pada ruangan Kata Laluan, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Pada ruangan Masukkan semula Kata Laluan, masukkan semula kata laluan yang anda cipta untuk akaun anda.
- Tekan butang Submit.
- Pendaftaran anda selesai. Semak emel anda untuk mendapatkan emel daripada CIDB.
- Apabila anda jumpa emel tersebut, tekan link yang terdapat dalam emel tersebut untuk mengaktifkan akaun anda.
- Pengaktifan akaun anda berjaya. Boleh ikuti cara login CIDB seperti di bawah.
Login CIDB
Cara daftar CIDB sudah dikongsikan seperti di atas.Berikut pula ialah cara login CIDB. Pastikan proses pendaftaran dan pengaktifan akaun CIDB anda telah berjaya terlebih dahulu.
- Untuk login, layari portal rasmi CIMS CIDB di sini: https://cims.cidb.gov.my
- Masukkan ID Pengguna
- Seterusnya, masukkan Kata Laluan yang anda telah tetapkan untuk akaun anda.
- Klik tick jika anda mahu pilih Ingat Kata Laluan
- Tekan butang Log Masuk
- Anda akan dapat masuk ke akaun anda.
Akhir kata
Diharapkan agar panduan serta cara daftar CIDB ini dapat memudahkan lagi urusan anda. Ikuti cara login CIDB yang diberikan di atas dan anda kini boleh meneruskan urusan di CIMS CIDB.
Semoga bermanfaat.