Cara Renew SSM Online (Perbaharui di ezbiz.ssm.com.my)


Berbeza dengan cara daftar SSM online yang agak leceh dan panjang prosesnya, cara renew SSM adalah lebih mudah. Namun, ia datang dengan syarat anda sudah berdaftar dan berjaya login ezbiz.ssm.com.my. Maka, tidaklah perlu buang masa untuk beratur di kaunter lagi.

Kami sarankan, tidak perlu renew dengan orang ketiga memandangkan servis yang disediakan oleh SSM adalah percuma sahaja. Jika terus dengan SSM, tidak perlu bayar service charge apa-apa.

Pembaharuan lesen SSM dapat dijalankan secara online dan Sijil Perakuan Pendaftaran SSM akan dihantar ke email anda dalam tempoh 24 jam sahaja.

Sila semak harga renew terlebih dahulu. Ingin juga diingatkan bahawa jika anda lewat perbaharui lesen SSM, akan ada denda lewat renew SSM.

Harga renew SSM

Berikut ialah harga untuk memperbaharui lesen SSM:

  • Bayaran RM 60 setahun bagi perniagaan menggunakan nama tred (trade name). Contohnya ialah Abu Maju Enterprise
  • Bayaran RM60 setahun juga dikenakan bagi perkongsian
  • Bayaran RM 30 setahun bagi perniagaan menggunakan nama sendiri seperti dalam MyKad pemilik

Syarat renew SSM

Berikut ialah syarat untuk renew lesen SSM:

  • Permohonan untuk renew lesen SSM hanya boleh dilakukan oleh pemilik syarikat / bisnes atau orang yang bertanggungjawab.
  • Pembaharuan pendaftaran perniagaan boleh dibuat untuk jangkamasa satu (1) dan tidak melebihi lima (5) tahun untuk setiap pembaharuan.
  • Perniagaan yang telah tamat melebihi 12 bulan tidak boleh diperbaharui.
  • Jika lebih 12 bulan, pemilik perlu mendaftar semua perniagaan tersebut.
  • Sekali lagi diingatkan, Sijil Perakuan Pendaftaran boleh diperbaharui bila-bila masa sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh luput pendaftaran.

Cara renew SSM online

Berikut pula adalah cara renew lesen SSM secara online.

  1. Layari laman web rasmi SSM di https://ezbiz.ssm.com.my
  2. Sila login dengan memasukkan Username dan Password
  3. Selepas login, sila pilih ‘Renewal by Owners’
  4. Akan ada paparan senarai syarikat yang telah anda daftar sebelum ini
  5. Senarai ini adalah melalui nombor MyKad anda
  6. Pilih syarikat yang anda mahu renew
  7. Ikut semua langkah yang tertera
  8. Teruskan untuk pembayaran secara online
  9. Selepas selesai proses renew SSM online, anda boleh muat turn dan cetak sijil secara online (BORANG E) yang telah diperbaharui

 

Akhir kata

Sila ambil perhatian bahawa mana-mana individu yang meneruskan perjalanan sesuatu perniagaan selepas tamat tempoh pendaftaran adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956.

Jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.

Categories SSM

3 thoughts on “Cara Renew SSM Online (Perbaharui di ezbiz.ssm.com.my)”

  1. Macam mana nk tukar no of year…sy terklik slh…jd payment pending..xboleh nak buat sekali lagi..bila resubmit dia samung balik yg pending tu

    Reply

Leave a Comment