Cara Nak Batalkan RFID (Terminate & Cancel RFID Tag Kereta Lama)


Tahun baru ini anda rasa macam nak jual kereta yang dah habis bayar itu dan beli kereta baru. Anda pun jual lah kepada syarikat kereta terpakai. Confident dah check ada tak apa-apa barang tinggal dalam kereta itu. Tapi suatu hari anda baru teringat yang ada sticker RFID Tag dekat kereta lama. Alamak lupa nak buka! Nanti tak pasal-pasal  baki e-Wallet anda burn macam itu sahaja. Anda pun pening macam mana cara nak batalkan RFID ini. Lepas pasang sticker RFID pada kereta lama, perlu buka semula ke?

Tak perlu pening-pening. Dekat sini kami kongsikan cara-caranya.

Cara-cara nak batalkan sticker RFID Tag

Setakat ini hanya ada dua cara sahaja untuk cancel, terminate atau deactivate RFID tag yang lama. Secara ringkas, anda boleh cancel melalui portal rasmi TNG RFID yang mana anda sudah pun buat pendaftaran RFID sebelum ini. Satu lagi, anda boleh batalkan melalui talian careline Touch n Go.

Berikut ialah maklumat yang lebih terperinci:

1. Cara nak batalkan RFID secara online

  1. Pergi ke portal rasmi RFID – https://rfid.touchngo.com.my/login.
  2. Log masuk e-mel dan kata laluan anda yang telah didaftar.
  3. Tekan My TNG RFID.
  4. Pilih My Vehicle.
  5. Kemudian masukkan maklumat anda yang telah diminta.
  6. Siap dan tunggu maklum balas dari TNG RFID.
  7. Boleh juga tengok status pembatalan RFID kereta lama anda di Touch n Go e-Wallet.

Selepas siap proses cancellation RFID, bolehlah lawat lokasi pemasangan RFID percuma. Minta tolong mereka pasangkan sticker dan buat testing sekali. Senang, tak payah pening-pening kepala.

 

2. Cara nak batalkan RFID melalui Touch n’ Go careline

  1. Hubungi nombor telefon 03-27148888.
  2. Suara arahan akan didengar diikuti nombor.
  3. Kemudian tekan nombor 4.
  4. Anda akan diminta untuk memberitahu
    • Nama penuh anda
    • Nombor kad pengenalan/IC anda
    • Nombor kenderaan yang telah didaftarkan
    • Siap dan tunggu maklum balas TNG RFID.
    • Boleh lihat status sticker RFID kenderaan lama anda di Touch n Go e-Wallet.

 

3. Batalkan melalui penghantaran e-mel kepada Touch n’ Go careline

  • Taipkan tajuk e-mel anda Pembatalan RFID Tag/Termination RFID Tag.
  • Taipkan diruangan menulis tentang pembatalan RFID Tag anda.
  • Hantarkan ke alamat : [email protected]
  • Tunggu maklum balas dari pihak Touch n’ Go.

 

4. Dah buat pembatalan RFID tetapi status masih aktif?

Anda dah ikut cara nak batalkan RFID ini macam mana, tapi bila tengok dekat Touch n’ Go e-Wallet status masih aktif! Acano ni?

Kalau anda ada masalah ini, mesti hubungi careline Touch n’ Go melalui :-

  1. Nombor hotline – 03-27148888
  2. [email protected]
  3. Facebook Touch n’ Go
  4. Twitter Touch n’ Go
  5. Touch n’ Go support

 

5. Ada tak cara lain untuk batalkan RFID ini

Tiada. Hanya ada dua cara sahaja yang seperti kami kongsikan kalau nak batalkan sticker RFID Tag.

 

6. Apa jadi dekat sticker RFID lama selepas dibatalkan?

Jangan risau, walaupun pembeli kereta anda itu tidak perasan sticker tersebut ianya tidak akan boleh digunakan kerana anda sudah membatalkan fungsi RFID Tag tersebut.

Lepad dah batalkan fungsinya, kalau ada nombor telefon agen jual kereta atau pembeli kereta lama anda itu :

  • Boleh beritahu tentang sticker tersebut.
  • Minta untuk dibuka dan dibuangkan.

 

7. Boleh ke saya guna balik sticker RFID itu?

Tidak boleh.

Ini kerana sticker RFID Tag itu hanya boleh digunakan untuk nombor kenderaan berdaftar sahaja dan tidak boleh dipindah milik. Bahasa mudahnya anda :

  • Batalkan fungsi sticker RFID dari kereta yang lama.
  • Kemudian beli dan daftarkan RFID Tag yang baru untuk kereta baru anda.

Boleh baca cara daftar RFID macam mana kalau anda tidak ingat caranya.

 

8. Boleh ke saya pindah milik/jual sticker RFID lama saya?

Tidak boleh.

Ini kerana sticker RFID Tag tersebut telah pun didaftarkan pada nombor pendaftaran kereta anda. Tiada langkah lain selain cara batalkan RFID.

Sebelum menjual kereta anda itu pastikan sticker RFID Tag pada kenderaan anda itu :

  • Telah dibatalkan.
  • Buka/koyakkan sticker itu.
  • Buang.

 

9. Saya beli kereta second-hand, tapi tak boleh daftar RFID. Kenapa?

Ini mungkin disebabkan oleh pemilik asal kenderaan yang lama tidak buat sebarang pembatalan kepada sticker RFID itu. Jadi anda boleh hubungi careline Touch n’ Go melalui :

 

Akhir kata

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak lupa batalkan RFID padanlah muka. Sorry gurau.

Senang tak cara-cara nak batalkan RFID ini? Senang sahaja kan?

Bagi yang belum pasang lagi, boleh beli sticker RFID yang kini cukup mudah nak dapat. Lepas pasang, jangan lupa topup RFID pula. Kalau tak, sangkut di tol nanti.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat!

Categories TnG

Leave a Comment