Cara Pasang RFID (Ini Lokasi Pemasangan RFID Percuma 2022)


Kita bila dah masuk tahun baru 2022 ini mesti nakkan sesuatu yang baru kan. Aku tahu, kau nak sesuatu yang baru tahun ini dengan cara upgrade cara nak bayar tolkan? Dari guna Touch n Go/ SmartTag ke RFID Tag kan? Kau rasa nak sebab jiran sebelah kau dah pakai RFID ini. Takkan kau nak tertinggal pula. Tapi kau nak tak tahu dulu dekat bahagian kereta mana boleh pasang RFID ini baru jadi beli. Nak tanya jiran kau malu pula. Alah Google kan ada. Kau taip cara nak pasang RFID dan disinilah kau dibawa.

Jadi ini cara-cara macam mana kau boleh pasang sticker RFID Tag itu dekat kereta kau.

Cara pemasangan sticker RFID

Jadi lepas kau dah beli dan order melalui portal rasmi ataupun Touch n Go eWallet ada beberapa cara kau boleh pilih nak pasang dekat mana sticker RFID Tag tu. Kau boleh pilih dan ikut langkah-langkah dekat bawah ini.

1. Pasang sticker RFID Tag secara sendiri

  1. Sila bersihkan permukaan lampu depan ataupun cermin depan kereta.
  2. Boleh tanggalkan RFID Tag daripada pakej.
  3. Kemudian pasangkan RFID Tag sama ada di lampu hadapan ataupun cermin hadapan sebelah penumpang (pasang diluar kereta bukan dalam).

Tips penting

Pastikan cara kau nak pasang RFID Tag itu betul sebab garis panduan telah ditetapkan yang :

  • Tidak boleh pasang dekat lampu ataupun cermin yang telah digelapkan (tinted).
  • Tidak boleh pasang dekat bahan atau permukaan yang berlogam.
  • Pastikan ketika pasang RFID Tag itu jarak sekurang-kurangnya 5cm dari lampu dan cermin yang tinted atau bahan dan permukaan yang berlogam.
  • Kalau kau tukar kereta baru, make sure terminate RFID yang lama.

 

2. Pasang RFID di lokasi pemasangan RFID percuma (Fitment Center)

Adalah kau buat research dulu cara pasang sendiri macam mana dekat internet tapi kau tak confident nak pasang sendiri RFID Tag itu. Jangan risau. Kau boleh pergi ke pusat pemasangan yang berdaftar. Ada banyak lokasi pemasangan RFID percuma di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Melaka.

Terlalu banyak untuk kami senaraikan di sini. Jadi, kalau nak tahu dekat mana lokasi yang berhampiran tempat tinggal kau boleh klik link rasmi pusat pemasangan RFID Touch n Go ini.

 

3. Cara nak jaga RFID Tag lepas dah pasang

  1. Dalam 24 jam yang pertama sila elakkan mencuci cermin depan atau lampu depan yang telah dipasang dengan sticker RFID Tag.
  2. Sila elakkan menggunakan bahan-bahan yang mengandungi bahan kimia apabila membersihkan permukaan cermin depan atau lampu depan yang telah dipasang RFID Tag.
  3. Apabila ingin mencuci kereta di kedai cuci kereta, sila ingatkan supaya berhati-hati terhadap sticker RFID Tag.

 

4. Kalau pasang sticker RFID Tag dekat bonet boleh?

Tidak boleh.

Ini kerana bonet kereta diperbuat dari bahan berlogam. Tiada cara lain nak pasang RFID Tag itu selain hanya di bahagian lampu depan ataupun cermin depan kereta sahaja.

 

5. Cermin depan dah digelapkan (tinted) kalau nak pasang boleh?

Tidak boleh.

Jika cara ini dilakukan untuk pasang RFID ia tidak akan dapat detect ketika di tol. Ini kerana terdapat kandungan logam dalam tinted filem tersebut. Namun boleh sahaja pergi bertanya di pusat pemasangan dan minta nasihat untuk cara pemasangan yang sesuai.

 

6. Boleh tak cermin depan digelapkan selepas pemasangan?

Tidak boleh.

Cara pasang RFID Tag ini hanya di permukaan cermin yang tidak digelapkan sahaja. Ini untuk bagi mengelakkan gangguan sistem pengimbasan (scan) yang diakibatkan oleh kandungan logam dalam tinted filem itu.

 

7. Bila boleh mula guna selepas pemasangan?

Pertama sekali pastikan sudah mendaftar dan diaktifkan RFID Tag. Kemudian selesai ikut cara pasang RFID Tag ini dalam 24 jam telah boleh digunakan.

Kalau nak tahu macam mana nak daftar boleh baca di link ini cara daftar RFID.

 

8. Boleh tak RFID Tag dikupas dan dipindahkan?

Tidak boleh.

Jika RFID Tag dikupas dan dipindahkan ke tempat yang lain akan mengakibatkan sticker RFID Tag itu akan rosak dan tidak boleh digunapakai lagi.

 

Akhir kata

Jadi senang tak cara-cara nak pasang sticker RFID Tag yang kau baru beli itu? Senangkan.

Kalau masih tak faham lagi pergilah tanya jiran kau yang dah pasang RFID Tag. No problem!.

Cuma ingin kami ingatkan, kalau beli kereta baru, pastikan jangan lupa batalkan RFID pada kereta yang lama. Kalau tidak, habis duit dalam e-Wallet kau.

Semoga penulisan ini dapat bantu hari-hari kau jadi lebih baik. Renung-renungkan dan jangan lupa share dekat kawan-kawan!

Semoga dipermudahkan segala urusan.

2 thoughts on “Cara Pasang RFID (Ini Lokasi Pemasangan RFID Percuma 2022)”

  1. Jika ada 2 biji kereta, bolehkah guna 1 apps RFID dalam 1 masa, maksud dalam 1 apps ada 2 stiker berlainan kereta

    Reply
  2. Saya sudah guna kan nye rfid ini senjak di perkenalkan lagi sehinga kini .tapi cam ne saya naktukar stiker tu kalau dah rosak di mana nak dapat kan yg baru…

    Reply

Leave a Comment