Cara Nak Beli RFID (Mana Nak Beli RFID Tag / Sticker?)


Bila dah penat bekerja ditambah pula stress dengan enviroment sekeliling terfikir nak balik kampung jumpa mak ayah atau pun travel.  Apa lagi kemas barang, start enjin kereta jalan terus. Tapi alamak! Time nak lepas tol tu lupa nak top-up Touch n Go sangkut pula. Nak top up dekat mesin kiosk dia duit cash tak ada pula. Tengok lane RFID sebelah laju je jalan tak perlu buka tingkap lagi. Jadi anda rasa nak tukar ke RFID pula tapi tahu cara nak beli dekat mana.

Tak payah risau. Di sini kami kongsikan mana cara nak beli dan dapatkan RFID ini. Tapi lepas beli, jangan lupa daftar RFID secara online pula.

Apa itu RFID?

RFID ada lah satu teknologi Identifikasi Frekuensi Radio produk dibawah Touch n GO yang disediakan dalam bentuk tag/sticker dan  mempunyai cip radio frekuensi yang akan ditampal di cermin depan kereta ataupun lampu depan kereta.

 

Berapa harga RFID?

RFID berharga RM35 sahaja. Buat masa sekarang hanya untuk kenderaan ringan persendirian Kelas 1 sahaja.

Nak dapatkan RFID ini, anda perlu beli dan buat pendaftaran.

 

Tempat jual RFID di mana? Macam mana cara nak beli RFID ini?

Anda boleh beli dan dapatkan RFID ini di tempat-tempat yang terpilih seperti yang dibawah :

  1. Tempat pemasangan RFID yang terpilih di link rasmi RFID ini
  2. Touch ‘n Go eWallet
  3. Portal Touch n GO RFID 
  4. Lazada
  5. Shopee
  6. BonusLink
  7. Shell
  8. Watsons
  9. BHP Petrol
  10. Maxis
  11. iSustain

 

Macam mana nak beli RFID di portal rasmi?

Jika anda sudah menjadi pengguna berdaftar RFID Touch n Go :

  1. Pergi ke link rasmi di pautan ini: https://rfid.touchngo.com.my/main
  2. Pergi ke menu bahagian atas TNG RFID Tag
  3. Klik Buy TNG RFID Tag dan tekan Buy Now
  4. Isi maklumat peribadi dan alamat rumah untuk penghantaran RFID
    1. Masukkan E-Mail
    2. Masukkan Password
  5. Tekan Login di portal akaun TNG RFID
  6. Teruskan untuk pembayaran
  7. Selesai

Jika anda pengguna baru untuk beli RFID Touch n Go:

  1. Pergi ke link rasmi ini – https://rfid.touchngo.com.my/main
  2. Pergi ke Buy TNG RFID Tag dan tekan “Buy Now”
  3. Daftar untuk buka portal akaun RFID
  4. Isi maklumat peribadi dan alamat rumah untuk penghantaran RFID
  5. Teruskan untuk pembayaran
  6. Selesai

 

Kalau beli di portal rasmi boleh bayar dengan cara apa?

Anda boleh beli dan dapatkan RFID dengan kad kredit atau kad debit yang dikeluarkan oleh Malaysia sahaja. Tidak boleh gunakan kad kredit atau kad debit yang dikeluarkan oleh negara selain Malaysia.

Contohnya, jika anda mempunyai kad kredit atau kad debit OCBC Bank Singapura, anda tidak boleh buat pembayaran.

 

Lepas beli RFID berapa lama nak dapat?

Touch n Go RFID tag yang anda pesan akan dihantar selepas 4 hari waktu bekerja.

 

Cara nak top up RFID ni macam mana?

Anda boleh baca di artikel cara top up RFID yang kami tulis ini.

 

Boleh ke nak cancel pembelian RFID?

Tidak, anda tidak boleh reverse balik pembelian selepas pembayaran telah dilakukan. Jadi kalau tak nak rugi atau menyesal semak dahulu maklumat yang anda isi sebelum buat pembayaran.

Tapi, jika tukar kereta baru, anda boleh cancel RFID yang tertampal di kereta lama.

 

Cara nak ganti RFID yang baru beli tapi rosak?

Jika dua kes ini terjadi anda apa yang aanda boleh lakukan :

Anda sudah dapat pakej RFID tag yang anda beli tapi tak guna lagi dah koyak atau rosak.

  • Ketika RFID tag sampai dirumah anda, anda akan diminta untuk menandatangan barang itu yang telah diterima.
  • Check dahulu keadaan RFID tag yang dibeli itu sebelum tulis tandatangan.
  • Kalau masa check tu ada koyak atau rosak jangan turunkan tandatangan diterima tapi tanda dibahagian yang ditulis “Rosak” atau “Damaged”.
  • Jadi RFID tag yang anda beli itu akan digantikan semuka secara percuma oleh RFID dalam beberapa hari

Anda dah dapat RFID dan dah pakai tapi rosak.

  • Untuk  penggunaan pertama anda ini boleh dapat gantian dengan percuma dari RFID yang hanya dipasang selepas tarikh 15 Februari 2020.
  • Jika tidak anda kena beli RFID berharga RM35.

 

Macam mana nak gantikan RFID yang baru?

  1. Log in ke portal rasmi Touch N Go RFID.
  2. Pergi ke bahagian My TNG RFID dan tekan My Vehicle
  3. Pergi ke “Actions” dan pilih “Request replacement tag”
  4. Isi maklumat anda seperti yang diminta dengan betul
  5. Tekan “Submit”
  6. Siap

 

Akhir kata

Bila anda jenis seorang yang kaki balik kampung atau travel sana sini, yang selalu anda harapkan mesti perjalanan yang lancar. Manalah tahu tersangkut dekat tol sebab lupa nak bawa Touch n Go yang tertinggal dalam laci bilik. Satu hal pula kena u-turn balik. Dah buat gaduh dengan anak bini.

Jadi untuk elakkan hal macam itu berlaku anda boleh cuba guna RFID ini. Jangan pening-pening lagi kat mana nak beli RFID. Ada banyak tempat yang jual RFID sekarang. Mahu tak mahu sahaja.

Semoga perkongsian ini memudahkan urusan perjalan pergi dan balik anda.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Categories TnG

Leave a Comment