Cara Dapatkan No Akaun Bank Rakyat (Ada 10 Digit)


Anda kehilangan no akaun Bank Rakyat, tiada pula simpanan di dalam handphone anda. Tidak mengapa, kami akan kongsikan beberapa cara dapatkan no akaun Bank Rakyat untuk anda.

Jom kita tengok.

Cara dapatkan no akaun Bank Rakyat di ATM

Jika anda ingin mendapatkan no akaun di ATM, anda hanya perlu ke ATM Bank Rakyat dan ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Masukkan kad bank anda.
  2. Isikan nombor pin anda.
  3. Pilih Pertanyaan Baki.
  4. Pilih Jenis Akaun.
  5. Anda akan dapat melihat nombor akaun bank anda.

Anda boleh salin atau ambil gambar nombor akaun anda untuk simpanan.

 

Cara dapatkan no akaun Bank Rakyat di iRakyat

Sekiranya anda sudah mempunyai akaun di iRakyat, ianya lebih mudah. Anda boleh dapatkan no akaun anda di sini. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Layari https://www2.irakyat.com.my/personal/login/login.do?step1=
  2. Masukkan Username anda. Security phrase akan tertera dan tekan Yes.
  3. Masukkan Password anda. Isikan huruf dan nombor sekuriti yang tertera.
  4. Tekan Login.
  5. Pilih My Account dan Account Info.
  6. Maklumat akaun dan nombor akaun anda akan terpapar.

Selesai. Anda sudah berjaya mendapatkan nombor akaun anda.

Jika anda belum mempunyai akaun iRakyat, sila lihat cara daftar iRakyat yang kami kongsikan ini.

 

Cara dapatkan no akaun Bank Rakyat melalui tele-Rakyat

Jika anda masih buntu untuk mendapatkan nombor akaun anda, sila gunakan tele-Rakyat. Tele-Rakyat ialah pusat panggilan pelanggan Bank Rakyat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk anda.

Ikuti langkah-langkah ini untuk mendapatkan nombor akaun anda:

  1. Hubungi 1-300-80-5454.
  2. Beritahu pegawai bank anda, anda perlukan nombor akaun.
  3. Pegawai akan meminta no kad pengenalan anda dan beberapa soalan untuk pengesahan.
  4. Anda akan diminta tunggu sebentar dan nombor akaun anda akan diberikan.

Tele-Rakyat turut menyediakan perkhidmatan lain. Antaranya:

  • Maklumat akaun.
  • Melaporkan kehilangan kad ATM.
  • Maklumat kadar semasa.
  • Status permohonan pembiayaan.
  • Pertanyaan dan promosi mengenai produk dan perkhidmatan.

 

Cara dapatkan no akaun Bank Rakyat di cawangan

Jika anda ingin ke cawangan untuk dapatkan no akaun anda juga boleh. Mudah sahaja langkahnya:

  1. Sila pergi ke cawangan Bank Rakyat terdekat.
  2. Maklumkan kepada pegawai kaunter anda ingin tahu nombor akaun anda.
  3. Pegawai kaunter akan meminta kad pengenalan anda dan akan membuat pengesahan terlebih dahulu.
  4. Sekiranya pengesahan diterima, pegawai kaunter akan memberi nombor akaun anda.

Selesai. Anda boleh menyimpan nombor akaun anda untuk rujukan masa hadapan.

 

Contoh nombor akaun Bank Rakyat

Nombor akaun Bank Rakyat sudah berubah dari 12 digit kepada 10 digit.

Untuk semakan lanjut, sila hadir ke mana-mana cawangan berhampiran atau layari iRakyat atau hubungi tele-Rakyat di 1-300-80-5454.

 

Akhir kata

Semoga perkongsian kami ini dapat membantu anda sekiranya anda perlu.

kami juga ada kongsikan artikel mengenai pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk kakitangan kerajaan dan untuk blacklist.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment