Bank Rakyat Online Banking (Login & Daftar di irakyat.com.my)


Sekiranya anda menggunakan perbankan dari Bank Rakyat tetapi masih lagi berurusan di cawangan, kami sarankan anda cepat-cepat buat Bank Rakyat online banking yang bakal memudahkan semua urusan dan transaksi harian tanpa perlu beratur panjang. Antaranya, anda boleh buat payment online, transfer duit dan juga semak baki dalam akaun.

Sebagai persediaan, pastikan anda daftar nombor telefon bimbit dahulu dan dapatkan nombor T-PIN. Anda hendaklah pergi ke mana-mana cawangan Bank Rakyat yang terdekat dengan anda. Selepas itu, dapatkan T-PIN daripada kaunter. Bagi yang tidak tahu, T-PIN ialah nombor enam digit yang diperlukan untuk daftar online banking i-Rakyat. Anda boleh sahaj pergi ke mesin ATM, dan masukkan kad ATM anda serta nombor PIN. Seterusnya, pilih Others. Selepas itu, pilih Internet Banking TPIN. Pastikan anda masukkan nombor telefon anda dan TPIN.

Izinkan kami di Blog Malaysia berkongsi langkah seterusnya.

1. Cara daftar Bank Rakyat online banking

Berikut ialah langkah-langkah untuk register perbankan atas talian Bank Rakyat:

  1. Layari laman web rasmi perbankan Bank Rakyat di sini: https://www.irakyat.com.my
  2. Klik butang Login di bahagian atas sebelah kanan
  3. Pada drop-down menu, pilih Personal Banking.
  4. Pada laman seterusnya, tekan butang Register.
  5. Kemudian, pilih I have a Bank Rakyat MyDebit Card-i/Credit Card.
  6. Kemudian, pada laman seterusnya, lengkapkan maklumat mengenai kad debit/kredit anda.
  7. Pada Card Type, pilih jenis kad yang anda ingin gunakan untuk melakukan pendaftaran
  8. Contohnya, pilih ATM (MyDebit) Card.
  9. Seterusnya, pada ATM Card Number, masukkan nombor kad yang tertera pada bahagian hadapan kad.
  10. Pada Mobile No., masukkan nombor telefon anda yang aktif dan berdaftar.
  11. Pada T-PIN, masukkan T-PIN anda yang anda peroleh daripada kaunter cawangan Bank Rakyat atau mesin ATM
  12. Seterusnya, tekan butang Next. (Bahagian State dan Branch Name adalah pilihan untuk diisi, dan juga merupakan maklumat untuk cawangan Bank Rakyat temapt anda mendaftar akaun bank anda).
  13. Pada laman seterusnya, pada ruangan TAC, masukkan nombor TAC lapan digit yang anda dapat peroleh melalui SMS yang dihantar ke telefon pintar anda.
  14. Tekan butang Next.
  15. Pada laman seterusnya, anda dikehendaki memasukkan maklumat diri anda.
  16. Pada Username, masukkan username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Username anda mestilah tidak melebihi 40 aksara dan mesti alphanumeric (gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol)
  17. Pada New Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah tidak melebihi 20 aksara dan mesti alphanumeric (gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol)
  18. Pada Confirm New Password, masukkan sekali lagi kata laluan yang anda ingin gunakan (mesti SAMA dengan apa yang anda masukkan pada New Password)
  19. Pada Email Address, masukkan alamat emel anda untuk log masuk iRakyat online nanti
  20. Pada Secure phrase, masukkan sebarang perkataan yang anda ingin gunakan pada masa hadapan untuk mengesahkan akaun yang anda cuba login nanti ialah akaun milik anda. Anda mesti menghafal Secure phrase yang anda masukkan ini.
  21. Kemudian, pilih gambar di bawah yang anda ingin gunakan untuk mengesahkan identiti akaun anda.
  22. Pada kotak di bawah, baca Terma & Syarat yang ternyata di bawah sebelum meneruskan.
  23. Kemudian, tick pada Accept, dan tekan butang Submit.
  24. Pada laman seterusnya, Secure Phrase anda akan tertera, berserta dengan maklumat transaksi yang dibenarkan untuk dilakukan menggunakan i-Rakyat. Pendaftaran akaun anda berjaya.
  25. Tekan CLICK HERE untuk pergi ke login page.

 

2. Log masuk Bank Rakyat di irakyat.com.my

Berikut pula ialah cara untuk login Bank Rakyat online banking:

  1. Layari laman web rasmi Bank Rakyat di sini: https://www.irakyat.com.my
  2. Untuk direct link, boleh terus klik sini: https://www2.irakyat.com.my/personal/login/login.do?step1=
  3. Masukkan Username
  4. Tekan butang Login
  5. Sila pastikan Secure Phrase anda yang terpapar adalah yang anda pilih semasa pendaftaran sebelum ini
  6. Jika betul, tekan butang Yes
  7. Masukkan Password
  8. Masukkan Captcha seperti yang terpapar
  9. Sekiranya paparan tidak jelas dan sukar dibaca, tekan butang Refresh untuk pilih Captcha yang lain
  10. Tekan butang Login
  11. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya login ke dalam sistem Bank Rakyat online banking
  12. Selesai

Sila ambil perhatian, jangan sesekali teruskan jika Secure Phrase anda bukan yang anda pilih. Anda perlu hubungi Customer Service Representative di 1 300 80 5454 secepat mungkin.

 

3. Langkah keselamatan iRakyat Internet banking

Bank Rakyat menyenaraikan beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil semasa berurusan dan melakukan transaksi Bank Rakyat menggunakan irakyat.com.my. Antaranya, jangan respon pada mana-mana panggilan telefon / SMS / email yang meminta maklumat peribadi perbankan Bank Rakyat.

Tolong jangan dedahkan maklumat akaun bank / ATM PIN / kata laluan Internet banking kepada sesiapa sahaja, tak kira dari kalangan keluarga atau kawan-kawan. Tambahan lagi, jangan ikut arahan dari sesiapa sahaja yang tidak dikenali untuk buat transaksi perbankan, atau buat perubahan pada akaun bank. Yang terakhir, jangan jadi mangsa pada skim yang memberi pulangan tidak masuk akal.

 

4. Ada masalah dengan Bank Rakyat?

Jika anda mempunyai lain-lain pertanyaan berkenaan pendaftaran, masalah login dan lain-lain, boleh hubungi hotline atau Call Centre Tele-Rakyat di nombor telefon 1 300 80 5454. Waktu operasi ialah 24 jam setiap hari.

Jika anda berada di luar negara, boleh hubungi talian +603 5526 9000. Waktu operasi bagi yang berada di luar Malaysia ialah 24 jam setiap hari.

 

Akhir kata

Semoga perkongsian serba-sedikit mengenai Bank Rakyat online banking ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda. Biasa-biasakan dengan sistem ini untuk memudahkan urusan pengeluaran, pindahan wang dan macam-macam lagi. Dan sekiranya anda seorang penjawat awam yang perlukan wang tunai, boleh cuba buat pinjaman peribadi Bank Rakyat.

Semoga dipermudahkan.

Leave a Comment