Cara Daftar PlusMiles (Register, Login & Redeem Points)

Jika anda kerap melalui lebuhraya dan aktif guna Touch n’ Go, jemput baca cara daftar PlusMiles. Ada banyak keistimewaannya.

Cara daftar ahli PlusMiles

Keistimewaan jika daftar PlusMiles

Berikut ialah antara beberapa kelebihan dan keistimewaan sekiranya daftar PlusMiles:

  • Layak mendapat rebat tol sebanyak 5%
  • Boleh claim rebate toll tersebut
  • Boleh kumpul mata ganjaran (collect points)
  • Bila sudah banyak, boleh tebus mata ganjaran itu (redeem points)
  • Boleh dapat diskaun dan tawaran istimewa
  • Boleh download, muat-turun e-penyata PlusMiles untuk lihat dan semak transaksi yang pernah dilakukan sebelum ini

Cara daftar PlusMiles secara online

Berikut pula ialah cara daftar PlusMiles yang cukup mudah langkah-langkahnya.

  1. Layari laman web ini: https://plusmiles.com.my
  2. Anda akan dilencongkan ke laman https://plusmiles.com.my/landing iaitu portal PLUSMiles.
  3. Pada portal ini, tekan butang Login/Register Here.
  4. Pada laman seterusnya, terdapat ruangan untuk login.
  5. Untuk mendaftar, tekan link Create Account.
  6. Kemudian, akan tertera beberapa ruangan yang perlu diisikan.
  7. Pada ruangan First Name, masukkan nama pertama anda atau nama panggilan anda.
  8. Pada ruangan Last Name, masukkan nama terakhir/nama keluarga anda.
  9. Bagi yang beragama Islam, anda boleh menggunakan nama panggilan anda sendiri untuk First Name dan Last Name.
  10. Kemudian, ruangan di bawahnya, untuk teruskan cara daftar PlusMiles, pilih negara untuk status warganegara anda.
  11. Pada ruangan Identification Type, pilih jenis pengenalan yang anda ingin gunakan untuk diri anda. Sekiranya anda ingin menggunakan kad pengenalan baru iaitu MyKad, pilih MyKad.
  12. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan atau nombor identiti anda di ruangan di bawahnya. Untuk MyKad, pastikan berformat dengan menggunakan tanda sempang “-“.
  13. Pada ruangan Email Address, masukkan emel anda yang berfungsi, dan boleh digunakan serta boleh diakses.
  14. Pada Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  15. Pada ruangan di bawahnya, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  16. Tekan PLUSMiles’ Terms & Conditions untuk membaca terma dan syarat untuk pendaftaran ini. Tekan juga Privacy Policy untuk membaca Polisi Peribadi.
  17. Tick pada kenyataan di bawahnya tanda anda bersetuju dengan terma dan syarat serta Polisi Peribadi yang telah ditetapkan oleh PLUSMiles.
  18. Tekan butang Register.
  19. Pendaftaran anda berjaya.

 

Login PlusMiles

Pastikan anda sudah ikuti cara daftar PlusMiles di atas terlebih dahulu.

  1. Untuk login, anda hanya perlu pergi ke laman utama. Di bawah kotak MEMBER LOGIN, masukkan emel anda.
  2. Kemudian, masukkan pula password anda yang anda daftarkan untuk akaun ini.
  3. Kemudian, tekan LOGIN.
  4. Login anda berjaya.

 

Akhir kata

Cara login PlusMiles

Jika anda belum daftar, sila baca cara daftar PlusMiles seperti di atas.

Tidak rugi pun. Lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang selalu sangat guna tol.

Jemput juga baca cara renew lesen memandu kenderaan dan lesen GDL.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Daftar PlusMiles (Register, Login & Redeem Points)”

Leave a Comment