Cara Renew Lesen GDL JPJ


Cari rezeki itu ada banyak cara. Salah satunya ialah dengan membawa kenderaan berat. Jadi, kepada abang-abang lori di luar sana, izinkan kami kongsi cara renew lesen GDL.

Langkau artikel ini untuk baca cara renew lesen memandu yang biasa.

Cara mohon lesen GDL

Sebelum itu, kami kongsikan dahulu cara mohon lesen GDL bagi sesiapa yang berminat untuk cari rezeki dengan membawa lori. Maklumlah, musim PKP ini, ramai yang hilang pekerjaan.

Kebanyakannya mereka yang mengambil lesen GDL ini adalah dari pekerja-pekerja Syarikat yang ingin mendapatkan Lesen Memandu Vokasional untuk GDL (Goods Driving License).

Dengan mempunyai lesen Kereta Manual (D) tidak bererti anda boleh membawa semua jenis kenderaan. Ia adalah syarat yang paling penting untuk mendapatkan lesen GDL Vokasional. Tetapi perlu diingatkan bahawa hanya lesen kereta manual sahaja dibenarkan bukan lesen kereta automatik.

Secara ringkasnya lesen memandu vokasional adalah suatu lesen yang membenarkan pemandu membawa kenderaan perdagangan atau perkhidmatan awam. Lesen ini dikeluarkan kepada pemohon yang telah memiliki lesen memandu kompeten (pemohon lesen konduktor tidak disyaratkan memiliki lesen memandu) dan lulus dalam ujian kelayakan vokasional yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Hanya pemandu-pemandu yang memiliki lesen khas GDL sahaja yang boleh memandu kenderaan tersebut. Secara amnya, terdapat beberapa syarat bagi anda yang ingin memohon Lesen Memandu Vokasional:

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai lesen memandu kompeten yang sah sekurang-kurangnya lesen memandu Kelas D
  • Berumur 21 tahun ke atas bagi lesen vokasional
  • Mempunyai taraf kesihatan yang baik dan memuaskan
  • Lulus Pemeriksaan perubatan Borang JPJL8A
  • Menghadiri Kursus Kurikulum Perlesenan Pemandu Vokasional
  • Lulus dalam ujian teori dan amali sebagaimana yang disyaratkan

Jabatan Pengangkutan Jalan tidak membenarkan lesen GDL untuk diambil bagi anda yang BUKAN warganegara Malaysia. Hanya lesen CDL sahaja dibenarkan. Walau bagaimanapun, bagi pemohon yang warganegara Singapura, anda boleh memohon lesen GDL, tetapi boleh melakukannya di kaunter JPJ Johor Bahru sahaja.

Permohonan hanya boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ Negeri dan cawangan sahaja. Untuk memohon, sediakan dokumen seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan baru (MyKad) atau MyKad asal
  • Dokumen pengenalan diri wakil, sekiranya wakil yang melakukannya
  • Lesen memandu kompeten (CDL) yang masih berkuatkuasa melebihi satu tahun
  • 2 keping gambar berukuran passport (latar belakang putih SAHAJA)
  • Borang JPJ L8A yang lengkap (diisi oleh doktor)
  • Borang JPJ L12
  • Sijil JPJ L2C
  • Bayaran RM20
  • Resit doktor yang rasmi

Setelah anda menepati syarat-syarat dan juga telah menyediakan dokumen-dokumen di atas, datang ke kaunter JPJ dan ikuti langkah-langkah yang seterusnya, bersama dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas.

Pastikan isi borang pembaharuan lesen GDL dengan betul.

Cara renew lesen GDL

Berikut pula ialah cara renew lesen GDL yang sudah tamat tempoh.

Pembaharuan lesen memandu vokasional boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan, UTC dan Kaunter 1JPJ. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk renew lesen GDL anda:

  • Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1 tahun sahaja;
  • Tidak disenaraihitamkan;
  • Mengemukakan laporan perubatan dan tempoh sah laku laporan perubatan (Borang JPJ L8) tidak melebihi satu (1) tahun;
  • Lesen memandu kompeten (CDL) mesti berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.

Sediakan juga dokumen-dokumen di bawah untuk menyempurnakan proses renew anda:

  • MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
  • Pengenalan diri asal wakil;
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal atau salinan;
  • Pengesahan kesihatan Pegawai Perubatan(Borang JPJL8);
  • 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
  • Bayaran RM20.00/tahun;
  • Memegang passport yang masih berkuatkuasa(warga Singapura);

Berdasarkan seksyen 29, Akta Pengangkutan Jalan Malaysia (APJ) 1987, lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan adalah terbatal secara automatik seperti berikut:

  • Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh melebihi 1 tahun.
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh melebihi 3 tahun.
  • Lesen Vokasional (GDL) tamat tempoh melebihi 3 tahun.

Berapa harga lesen GDL?

Untuk harga lesen GDL, adalah lebih baik untuk anda semak di laman web rasmi JPJ.

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsikan cara renew lesen GDL ini dapat memudahkan hidup abang-abang lori sekelian.

Carilah rezeki dengan apa cara sekalipun. Yang penting, buat kerja halal dan tidak mencuri serta menyusahkan orang lain.

Jangan peduli kata orang yang sibuk mengutuk yang kerja lori itu tak ada masa depan.

Seperkara lagi, elakkan dari ambil lesen GDL murah dari mana-mana individu yang tidak bertauliah. Sila hubungi JPJ untuk mendapatkan maklumat yang sahih.

Semoga bermanfaat.

Categories JPJ

15 thoughts on “Cara Renew Lesen GDL JPJ”

  1. Lesen GDL@VOKASIONAL saya telah hilang. Bagaimana cara nya agar saya dapat menggantikan nya?
    Mohon maklum.
    Terima kadih

    Reply
  2. Lesen GDL@Vokasional saya telah hilang.
    Bagaimana cara nya agar lesen tersebut dapat diganti dengan yang baru.
    Berapa RM perlu saya bayar untuk tujuan tersebut?

    Terima kasih

    Reply

Leave a Comment