Cara Daftar Lesen Memandu


Kalau pada zaman dulu, tidak semua orang mempunyai lesen memandu. Tetapi pada era serba moden ini, mempunyai lesen memandu adalah sesuatu yang hampir menjadi kewajiban bagi semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda. Susulan itu, kerajaan telah memberikan kelonggaran dan inisiatif kepada orang ramai yang ingin mengambil lesen memandu bagi membantu memudah dan melaraskan proses pengambilan lesen mereka. Cuma tidak sama dengan daftar lesen GDL.

Bermula umur 16 tahun dan ke atas, anda sudah layak untuk mendaftar lesen memandu kereta dan motor. Selain itu, bagi umur 21 tahun ke atas, anda boleh memohon lesen memandu bas atau lori. Semua yuran lesen memandu telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Izinkan kami berkongsi cara-cara daftar lesen memandu.

Senarai makluman untuk mendaftar lesen memandu

Sebelum anda ingin mendaftar lesen memandu, pastikan anda sedia maklum dengan maklumat baru yang dinyatakan supaya proses daftar lesen memandu anda berjalan lancar.

Maklumannya adalah seperti berikut:

  • Mana-mana sekolah memandu di Malaysia wajib memaparkan kadar bayaran dan harga baru bagi lesen memandu kereta dan motor.
  • Setiap kenderaan calon akan mempunyai kamera pemerhatian bagi mengelakkan berlakunya kesalahan jenayah dan terjadi isu digagalkan lesen memandu dengan sengaja tanpa sebab yang munasabah oleh penguji.
  • Tidak ada lagi ujian praktikal yang dijalankan bersama kakitangan JPJ.
  • Ujian praktikal lesen memandu tanpa test JPJ akan dikuatkuasakan.
  • Ujian komputer akan dipantau sepenuhnya oleh sistem video ketika berada di dalam bilik ujian.

Cara daftar lesen memandu kereta

Ikuti cara-cara untuk mendaftar lesen memandu bagi anda yang baru pertama kali hendak mengambil lesen.

Cara-caranya seperti berikut:

  1. Bagi Pendaftaran Kali Pertama, sila Daftar di Kaunter Sekolah Memandu pilihan anda.
  2. Pegawai Pemasaran akan menghubungi anda.
  3. Anda wajib membuat Pembayaran Pendahuluan untuk Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).
  4. Kursus KPP akan diadakan selama 6 jam di Sekolah Memandu.
  5. Pada hari Sabtu akan diadakan Kursus Bahasa Malaysia.
  6. Kursus Bahasa Inggeris diadakan pada hari Ahad.
  7. Calon hendaklah Berpakaian Kemas dan Sopan mengikut Etika Pemakaian JPJ.
  8. Setelah menghadiri Kursus KPP, calon akan menduduki Ujian Teori Undang-Undang Komputer selama 45 minit.
  9. Ujian Komputer akan dijalankan mengikut Tarikh dan Masa yang ditetapkan.
  10. Markah lulus bagi Ujian Komputer ialah 42/50.
  11. Selepas itu, calon akan memperolehi Lesen L dalam masa 1 minggu.
  12. Calon diwajibkan membuat pembayaran kedua bagi menjalani KPP 2.
  13. KPP 2 akan dijalankan selama 16 jam.
  14. Masa 8 jam akan diberikan untuk belajar memandu di dalam Litar.
  15. Setelah selesai KPP 2, calon akan menjalani Latihan KPP 3.
  16. Latihan KPP 3 adalah memandu di Jalan Raya.
  17. Calon diwajibkan untuk membuat bayaran Latihan KPP 3.
  18. Tempoh masa belajar memandu di Jalan Raya adalah 8 jam.
  19. Borang Belajar Memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani Latihan KPP 2.
  20. Calon akan menduduki Pra-Ujian.
  21. Pra-Ujian akan dijalankan oleh Jurulatih bertauliah di Institut Memandu.
  22. Calon yang lulus Pra-Ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal.
  23. Seterusnya, calon akan menjalankan Ujian Praktikal JPJ.
  24. Calon yang lulus dalam Ujian Praktikal JPJ akan mendapat Lesen Memandu P.
  25. Calon akan menerima Lesen P tersebut dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 minggu.
  26. Tahniah! Anda telah berjaya mendapatkan Lesen Memandu.

Cara daftar lesen motor untuk kali pertama

Selain daripada mendaftar lesen memandu, anda juga boleh mendaftar lesen motor jika anda hendak menunggang motosikal kemana sahaja yang anda inginkan.

Berikut merupakan cara-cara mendaftar lesen motor:

  1. Mendaftar di sekolah memandu pilihan anda.
  2. Mengikuti Kursus dan Latihan Teori Kelas Memandu selama 6 jam di Sekolah Memandu.
  3. Menduduki Ujian Komputer.
  4. Selepas lulus Ujian Komputer. (Sekiranya berjaya)
  5. Akan mendapat Lesen L untuk Motorsikal.
  6. Menjalani latihan menunggang motorsikal.
  7. Menjalani Ujian JPJ.
  8. Selepeas lulus Ujian JPJ. (Jika berjaya)
  9. Mendapat Lesen P.
  10. Calon akan mendapat Lesen Penuh selepas 2 tahun.

PERHATIAN

  • Pastikan anda sentiasa memperbaharui lesen memandu mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Bolehkah daftar lesen memandu online?

Berdasarkan carian yang kami lakukan, tidak ada cara untuk register lesen memandu secara online. Sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan di atas.

Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai daftar lesen memandu?

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat mengenai lesen memandu dengan lebih lanjut, anda boleh merujuk ke laman sesawang rasmi https://www.jpj.gov.my.pada bahagian Soalan Lazim.

Anda juga boleh menghubungi pihak JPJ jika mempunyai sebarang aduan atau soalan untuk diajukan di talian 03-8000 8000

Akhir kata

Diharapkan perkongsian ini akan membantu anda yang baru kali pertama hendak mendaftar lesen memandu. Semoga perkongsian ini akan memberi panduan kepada anda yang memerlukan.

Jangan lupa belajar cara memandu kereta manual sebelum anda mahu mendaftar lesen supaya nanti tidaklah kekok. Drive kereta manual barulah nampak hebat macam Dominic Toretto dalam filem Fast Furious.

Untuk mereka yang sudah ada lesen kereta, jangan pula terlebih tempoh untuk renew lesen anda. Zaman sekarang, hendak renew lesen memandu di Pejabat Pos pun boleh.

Semoga bermanfaat.

Categories JPJ

Leave a Comment