Cara Check In Air Asia


Kalau dah lama sangat tak terbang akibat pandemik COVID-19, izinkan kami refresh semula cara check in Air Asia.

Dah lama tak terbang di awan biru, mungkin akan timbul rasa nervous. Biasalah, mungkin tak ingat macam mana cara check in Air Asia. Jangan takut sangat.

Bertenang, teruskan membaca.

Sedikit tentang check-in

Check-in ialah proses di mana anda sebagai penumpang diluluskan untuk memasuki kapal terbang sebelum kapal terbang berlepas. Syarikat penerbangan biasanya menggunakan kaunter perkhidmatan yang akan dikendalikan oleh salah seorang staf mereka ataupun agen pengendalian untuk mengendalikan sesi check-in. 

Check-in biasanya akan dijalankan dari 25 minit sehingga 2 jam bergantung kepada destinasi dan syarikat penerbangan. Syarikat penerbangan seperti Air Asia menyediakan pelbagai kemudahan supaya penumpang dapat check in dengan lebih mudah dan tepat pada masanya tanpa sebarang kesulitan.

Di bawah kita akan lihat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk check in penerbangan anda bersama Air Asia dengan lebih mudah.

Terdapat beberapa cara untuk check-in yang anda boleh gunakan:

  • Check-in di kaunter
  • Check-in menggunakan telefon pintar
  • Self Web check-in
  • Check-in di kiosk

Cara check in Air Asia

Check in di kaunter

Cara check in Air Asia yang ini adalah yang paling biasa digunakan oleh semua penumpang.

  1. Anda hanya perlu pergi ke kaunter dan sediakan segala dokumen yang diminta oleh staf.
  2. Setelah itu, boarding pass Air Asia akan diberi kepada anda dan anda boleh check-in luggage anda yang akan dibawa bersama semasa penerbangan.
  3. Pastikan anda pergi awal kerana kaunter check-in akan ditutup 60 minit sebelum waktu pelepasan

Check in guna aplikasi di telefon bimbit

Air Asia mobile check in tidak boleh dilakukan oleh:

  • Penumpang yang mengandung
  • Penumpang bersendiri yang berumur 16 tahun dan ke bawah
  • Penumpang yang sakit atau kurang sihat.
  • Penumpang kurang upaya (OKU)
  • Penumpang yang bersama dengan bayi.
  1. Download dahulu aplikasi AirAsia di Google Play Store untuk Android, atau di App Store untuk iOS.
  2. Kemudian, buka aplikasi AirAsia.
  3. Tekan butang CHECK-IN. Semak sekiranya anda layak untuk membuat mobile check-in.
  4. Kemudian, pilih lapangan terbang tempat anda berlepas, dan masukkan booking number anda.
  5. Pilih nama yang anda ingin gunakan untuk check-in.
  6. Ini adalah pilihan. Pilih tempat duduk yang anda mahukan (akan ada bayaran) serta buat penambahan untuk checked luggage ke dalam pakej tempahan anda, sekiranya anda ingin menambah ruang untuk bagasi. Kemudian, setelah selesai, download E-Boarding Pass anda atau gunakan 2D barcode.
  7. Pada hari anda akan berlepas, bawa boarding pass Sekiranya anda ada bagasi untuk check-in, letakkan di baggage drop-off counter. Jika tiada, terus ke kaunter untuk semakan dokumen, untuk mendapat pengesahan dokumen anda.

Check in di kiosk

Cara check in Air Asia yang kedua adalah menerusi kiosk Air Asia.

  1. Pastikan anda mempunyai booking number ataupun flight itinerary
  2. Dapatkan mesin kiosk ini selewat-lewatnya sejam sebelum berlepas.
  3. Mula-mula, tekan sahaja di mana-mana bahagian di skrin untuk memaparkan menu.
  4. Pada skrin, pilih bahasa yang anda ingin gunakan. Kemudian, tekan paparan butang Check-In.
  5. Kemudian, tekan paparan butang Enter Booking Number.
  6. Paparan kekunci akan tertera. Masukkan booking number anda.
  7. Seterusnya, cahaya merah pada mesin kiosk akan menyala. Halakan barcode yang terdapat pada itinerary anda, 5cm jarak daripada sumber lampu.
  8. Kemudian, maklumat itinerary anda akan tertera pada skrin. Sahkan maklumat yang tertera.
  9. Seterusnya, kiosk akan mencetak boarding pass
  10. Kemudian, pergi ke Document Check Counter untuk mengesahkan dokumen perjalanan anda.
  11. Anda juga perlu meletakkan bagasi/barangan anda di Baggage Drop-Off Counter selewat-lewatnya sejam sebelum bertolak.
  12. Check-in anda selesai.

Self web check-in online

Cara check in Air Asia yang ketiga adalah menerusi kiosk Air Asia.

Air Asia self web check in tidak boleh dilakukan oleh:

  • Penumpang yang mengandung
  • Penumpang bersendiri yang berumur 16 tahun dan ke bawah
  • Penumpang yang sakit atau kurang sihat.
  • Penumpang kurang upaya (OKU)
  • Penumpang yang bersama dengan bayi.

Cara check in air asia yang ini memerlukan anda untuk membuat self web check in yang dibuka 14 hari sebelum tarikh penerbangan anda.

Self web check in akan ditutup sejam sebelum pelepasan bagi penerbangan bukan AirAsia X (D7), manakala untuk penerbangan AirAsia X (D7), self web check in akan ditutup 4 jam sebelum pelepasan.

  1. Anda perlu melayari laman web https://www.airasia.com/check-in/en/gb.
  2. Anda akan tiba di laman untuk check in. Pada ruangan Departure City, masukkan bandar tempat anda berlepas bersama penerbangan anda. Misalnya, sekiranya anda berlepas dari KLIA2, pilih Kuala Lumpur.
  3. Pada Booking number, masukkan booking number yang terdapat pada itinerary
  4. Pada Surname (Last name), masukkan nama terakhir anda. Untuk yang bukan beragama Islam, anda perlu memasukkan nama keluarga anda. Bagi yang beragama Islam, cuma masukkan nama panggilan anda sahaja.
  5. Tekan butang Search.
  6. Kemudian, nama anda akan tertera di skrin. Tick pada kotak kecil di sebelah nama anda.
  7. Kemudian, semak semula tarikh lahir anda dan juga negara anda mengikut kad pengenalan.
  8. Tekan butang Continue.
  9. Seterusnya, tekan butang Continue sekali lagi.
  10. Pada laman seterusnya, akan ada penerangan mengenai barangan yang tidak boleh dibawa ke dalam kapal terbang. Tick pada kotak I have read and agreed to AirAsia’s Dangerous Goods Notice.
  11. Tekan butang Continue.
  12. Tunggu sebentar. Anda akan tiba di seksyen Add-ons.
  13. Semak semula sekiranya anda ingin membeli bagasi tambahan di bahagian Checked Baggage. Bayaran akan dikenakan untuk tambahan bagasi dalam pakej.
  14. Anda juga boleh mengubah tempat duduk anda di bahagian Seat. Bayaran tambahan akan dikenakan untuk menukar tempat duduk.
  15. Setelah selesai, tekan butang Continue to pay.
  16. Kemudian, anda akan tiba di seksyen Payment. Anda boleh membuat pembayaran dengan pelbagai cara iaitu Credit/debit card, Net banking untuk online banking, Wallet dan sebagainya bergantung kepada pilihan yang tertera. Ikuti segala arahan yang tertera untuk menyelesaikan pembayaran anda.
  17. Setelah selesai pembayaran anda, anda akan tiba semula di laman web AirAsia. Di seksyen Boarding Pass.
  18. Semak boarding pass
  19. Akan tertera notification box untuk anda mengisi sedikit survey. Isi survey
  20. Tekan butang Print untuk terus cetak boarding pass anda, atau tekan Download untuk cetak kemudian.
  21. Bawa boarding pass, kad pengenalan/pasport dan Visa (sekiranya perlu) ke lapangan terbang.

Lokasi tempat menarik di Malaysia

Naik Air Asia, tak semestinya perlu pergi ke luar negara.

Jadi, dalam mempromosikan pelancongan domestik, kami ingin ambil kesempatan untuk berkongsi lokasi menarik di seluruh Malaysia. Setidak-tidaknya, dapat merancakkan lagi ekonomi tempatan.

Boleh rujuk pautan di bawah untuk tempat menarik di seluruh Malaysia mengikut negeri:

  1. Kelantan: Tempat menarik di Kelantan
  2. Penang: Tempat menarik di Pulau Pinang
  3. Selangor: Tempat menarik di Selangor
  4. Perak: Tempat menarik di Perak

Akhir kata

Kesimpulannya, pelbagai cara check in Air Asia yang anda boleh lakukan untuk penerbangan dan juga barangan anda. AirAsia menyediakan kemudahan kepada anda, jadi manfaatkannya sebaik mungkin. Rujuk kepada mana-mana staf yang bertugas sekiranya anda keliru dengan prosedur yang perlu dilakukan sebelum menaiki kapal terbang.

Pastikan anda melakukannya dengan segera supaya anda tidak terlepas penerbangan anda.

Semoga bermanfaat.

15 thoughts on “Cara Check In Air Asia”

  1. Bagaimana untuk check in anak bawah 12 tahun yang belum mempunyai vaksin QR code kerana ini diminta semasa hendak check in kan untuk anak, sedangkan anak belum boleh mengambil vaksin.

    Reply
  2. Hi. mintk tolong writer/sesiapa yg ada info. saya cuba self check in. tpi sekarang perlu masukkan QR my sejahtera. dh cuba upload dan tk lepas. katanya perlu verification. boleh anyone bantu sbb apparently ada attemp pulak nak upload.
    Thank you in advance

    Reply
    • Assalamualaikum.. Minta tolong writer. . bagaimana Cara nak tukar distinasi sbb flight sya Ada 2 tarikh yg berdekat distinasi yg Sama 05/05/22 Kl-sdk
      Dan 15/05/22 Kl-sdk yg tarik ni sya nak tukar sdk-kl bole ke sya X tau Cara mcm mana

      Reply
  3. Assalamualaikum..
    Sya dah tempah tiket penerbangan KL ke Dhaka pada 14/3/2022, sya sudah ambil tast PCR pada 12/3/2022, skg penerbangan ditunda pada 15/3/2022, boleh ke sya terus menguna PCR tersebut, tlg beri info terkini ni no tel sya 0123929406

    Reply
  4. Cadangan saya supaya meletak satu staff Airasia di Kiosk centre”CHECK IN” supaya dapat membantu para penumpang yang mengalami masalah,kesulitan atau orang tua2 yang kurang pandai dalam dunia moden tentang cara2 check in di kiosk supaya dapat mempermudahkan urusan dan melancarkan penerbangan mereka nanti.

    Reply
  5. Hi. My name is KOK SOCK GIAN. From Malaysian. I alreadry booking flights tickets on 17th July 2022 to Philippines. I done 2 dose vaccine and one booster. Can I ask I need do the PCR test or Art test before have departure? I waiting for your reply. Thank you.

    Reply
  6. hello boleh tolong tak,nak tnya kalau sparepart motor saya bawak dalam handcarry boleh keee??barang x tajam cuma meterial besi

    Reply
  7. HI…
    1 .Bagaimana jika ada kesalahan ejaan nama pada boarnding pass ,tetapi no ic betul
    2. Bolekah tiada binti @ bin pada boarnding pass

    Reply

Leave a Comment