11 Tempat Menarik di Perak 2021 (Yang Percuma & Best)


Di manakah tempat menarik di Perak yang percuma?

Bukan semua orang berduit untuk pergi ke tempat-tempat yang mahal seperti Lost World of Tambun. Tiket sahaja boleh mencecah ratusan ringgit bila bawa satu keluarga.

Tapi tahukah anda, ada banyak tempat menarik di Perak yang percuma?

Ya, tidak perlu keluarkan modal banyak. Jika ada pun, tidak akan membebankan.

Family day di Perak

Bukan itu sahaja, jika anda mahu kumpulkan satu keluarga untuk bersantai dan merapatkan lagi hubungan, Perak mempunyai banyak tempat family day yang sesuai.

Percutian bajet

Dalam ekonomi yang kurang stabil sekarang ramai yang menolak untuk bercuti dan berbelanja mewah. Destinasi bajet lah yang menjadi pilihan untuk beriadah.

Tahu tak rupa-rupanya banyak lokasi bajet murah yang terdapat di seluruh Malaysia. Antaranya di Perak.

Jom kome  tengok tempat menarik di Perak yang percuma, iaitu destinasi untuk yang mempunyai bajet murah.

Tempat menarik di Perak

1. Disiniland Agrofarm & Resort

Lokasi ini memang amat menarik kerana bukan sahaja tidak jauh dari Pekan Kamunting tetapi ia juga menawarkan pelabagai aktiviti menarik antaranya menunggang kuda, memanah, menaiki ATV, memancing dan terdapat juga zoo mini.

Disiniland Agrofarm And Resort dibina dan beroperasi di tanah seluas lima ekar yang terletak di Kampung Perak, Batu Kurau. Jarak daripada bandar Taiping lebih kurang dalam 20km. tiket untuk masuk juga amat murah dan berpatutan.

  • Dewasa – RM6.00 (13 hingga 59 tahun)
  • Kanak-kanak – RM4.00 (12 tahun ke bawah)
  • Warga Emas (60 tahun ke atas) dan OKU – RM4.00

 

2. Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang merupakan taman rekreasi yang terletak di antara bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilike. Ianya terdiri daripada dua buah taman, sebuah air terjun buatan, laluan kayu sepanjang 2 kilometer, menara jam, replika rumah kampung, taman permainan dan sebuah tasik yang dipenuhi dengan pelbagai ikan sungai.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Tambang Bot – Dewasa – RM 3.00
  • Kanak-Kanak & Warga Emas : RM 1.50

 

3. Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping adalah taman tasik pertama di Malaysia. Ia dihargai kerana kecantikannya dan diselenggarakan dengan baik sejak pembukaannya.

Terdapat sepuluh tasik dan kolam yang indah di sini.

Terdapat juga fasiliti seperti jambatan, trek jogging, sudut refleksologi, gelanggang kasut roda dan taman permainan. Taman tasik telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi – 24 Jam

 

4. Bukit Larut

Baru-baru ini Bukit Larut menjadi perhatian ramai apabila kelihatn imej rupa bentuknya yang semkain indah dengan perubahan landskap bunga disekitarnya.

Bukit Larut dikenali sebagai sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang tertua di Malaysia.

Bukit ini suatu ketika dahulu menjadi lokasi indah beberapa flora seperti daisi, tulip, mawar, dahlia dan bunga matahari dan terkenal di kalangan pemerhati burung. Kenderaan peribadi tidak dibenarkan naik ke atas.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan Land Rovers ada disediakan di kaki bukit.

  • Bayaran Land Rover – Dewasa : RM 10.00 | Kanak-Kanak : RM 5.00
  • Waktu Operasi Land Rover – Setiap Hari : 8.00 A.M – 5.00 P.M

 

5. Hutan Paya Bakau Matang

Hutan Paya Laut Matang adalah hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia.

Ia juga merupakan habitat kepada hidupan laut seperti ketam, ikan tembakul dan memerang. Pengurusan hutan ini merupakan yang terbaik di dunia.

Pengunjung boleh berjalan di sepanjang pelantar kayu atau menaiki bot untuk melawat sekeliling dan memerhati hidupan liar.

  • Bayaran Masuk – Dewasa : RM 5.00 | Kanak-Kanak & Warga Emas : RM 2.00 |Pelancong Asing : RM 15.00
  • Waktu Operasi – Setiap Hari: 7.00 A.M – 6.00 P.M

 

6. Kellie’s Castle

Kellie’s Castle yang merupakan rumah manor paling terkenal di Malaysia adalah salah satu tempat menarik di Perak yang percuma.

Rumah ini dibina oleh saudagar getah dari Scotland yang bernama William Kellie-Smith untuk meraikan kelahiran anak lelakinya, Anthony.

Namun manor ini tidak sempat disiapkan disebabkan kematian beliau akibat pneumonia. Manor ini mempunyai gabungan seni bina India, Scotland, Moorish, dan Tamilvanan.

  • Bayaran Masuk – Dewasa (Pelancong Asing) : RM 5.00 | Dewasa (Warganegara) : RM 4.00 | Pelajar Sekolah Menengah : RM 3.00 | Pelajar Sekolah Rendah : RM 2.00
  • Waktu Operasi – Setiap Hari : 9.00 A.M – 6.00 P.M

 

7. Teluk Senangin

Oleh kerana kedudukannya di pinggir laut, Perak mempunyai beberapa lokasi pantai peranginan yang popular samada di kalangan pelancong luar mahupun dalam negeri Perak sendiri.

Teluk Senangin adalah salah satu yang popular dikalangan masyarakat setempat.

Kebelakangan ini semakin banyak rumah tumpangan dan pengunjung yang memenuhi persisiran pantai Teluk Senangin, ini menunjukkan tentang potensi percutian yang menyeronokkan.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi – 24 Jam

 

8. Muzium Arkeologi Lenggong

Tempat menarik di Perak yang boleh dikunjungi oleh peminat sejarah ialah Muzium Arkeologi Lenggong.

Galeri Arkeologi Lenggong terletak di Kampung Kampung Tampan, Lembah Lenggong.

Lembah lenggong telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Unesco sempena penemuan tapak arkeologi zaman prasejarah di kawasan sekitar.

Galeri ini mempamerkan artifak yang diperoleh daripada penggalian arkeologi prasejarah yang dijalankan di sekitar Lembah Lenggong.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi – Isnin– Sabtu : 9.00 A.M – 5.00 P.M | Jumaat : 9.00 A.M – 12.00 P.M & 3.00 P.M – 5.00 P.M | Ahad : Tutup.

 

9. Spritzer Eco-park

Tempat menarik di Perak yang dimiliki oleh syarikat persendirian ialah Taman Eko Spritzer.

Taman Eko Spritzer adalah sebuah projek komuniti oleh syarikat pembotolan air mineral Spritzer.

Seluruh kawasan landskap direka dengan tema alam sekitar. Ia juga menggabungkan elemen keseronokan, pendidikan dan warisan.

Terdapat beberapa tarikan termasuk padang golf 18 lubang mini, zon kanak-kanak, terowong penemuan dan sudut fotografi.Malahan berdekatan juga terdapat kafe yang menghidangkan pelbagai menu fusion.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi – Isnin – Jumaat : 9.00 A.M – 6.00 P.M | Sabtu, Ahad & Cuti Am : Tutup

 

10. Hutan Lipur Kuala Woh

Hutan Lipur Kuala Woh adalah antara taman eko yang popular di Perak.

Pelawat biasanya datang ke sini untuk melakukan aktiviti seperti fotografi, berkhemah, berkelah, barbeku, berenang dan berkayak.

Sungai yang mengalir di sini bernama Sungai Batang Padang yang jernih. Ada juga beberapa kawasan yang mempunyai mata air panas.

  • Bayaran Masuk – Dewasa : RM 2.00 | Kanak-Kanak & Warga Emas : RM 1.00 | Pelancong Asing : RM 5.00
  • Waktu Operasi – Setiap Hari : 7.00 A.M – 6.00 P.M

 

11. Pusat Rekreasi Lubuk Timah

Pusat Rekreasi Lubuk Timah mempunyai dua tarikan utama iaitu kolam air panas dan air terjun.

Pusat rekreasi ini asalnya sebuah empangan mini hidro yang menjana elektrik untuk lombong timah berdekatan.

Kawasan ini juga sesuai untuk dijadikan lokasi berkelah dan barbeku. Ianya juga menawarkan penginapan pada yang ingin bermalam.

  • Bayaran Masuk – Dewasa : RM 5.00 | Kanak-Kanak & Warga Emas : RM 3.00
  • Waktu Operasi – Setiap Hari: 8.00 A.M – 6.30 P.M

 

Akhir kata

Zaman ekonomi yang tidak berapa stabil ini, ramai ibu-bapa berkira-kira untuk melaburkan duit pergi bercuti di tempat mahal-mahal.

Jangan bimbang.

Kita semua rakyat marhaen yang bukanlah cepat rasa cemburu dan putus asa. Masih lagi boleh luangkan masa pergi bercuti di tempat-tempat yang disenaraikan di atas.

Semoga senarai tempat menarik di Perak yang percuma ini dapat memberikan anda sedikit idea untuk membawa keluarga beristirehat.

Tak perlu duit banyak untuk bahagia.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment