Bayar Bil Air Selangor (Cara Login & Buat Bayaran Guna CRISPORTAL)


Bagi warga Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, pembayaran bil air kini menjadi semakin mudah. Sekarang, anda boleh buat semakan bil Air Selangor online dan bayar bil Air Selangor melalui CRISPORTAL di crisportal.airselangor.com dan juga aplikasi Air Selangor.

Suatu masa dahulu, orang bayar di Pejabat Pos. Revolusi selepas itu, ramai yang guna online banking Maybank2u, CIMB dan bank-bank lain. Kini, anda boleh bayar terus menerusi laman web Air Selangor dan aplikasi.

Izinkan kami berkongsi.

Sebelum buat bayaran, daftar CRISPORTAL untuk e-Bil Air Selangor

Untuk memudahkan urusan semakan dan pembayarn bil, kami sarankan anda buat pendaftaran di CRISPORTAL terlebih dahulu.

Sistem CRISPORTAL ini sangat berguna kerana anda boleh dapatkan e-Bil ataupun bil elektronik dalam bentuk PDF. Tak perlu lagi terima bil dalam bentuk kertas. Kurang kertas, kurang pokok yang ditebang.

Sila rujuk panduan untuk mendaftar akaun Air Selangor seperti di bawah:

  1. Layari portal rasmi Air Selangor di bawah laman web https://crisportal.airselangor.com.
  2. Pada kotak login Air Selangor, tekan link Sign Up.
  3. Pada laman seterusnya, untuk teruskan proses mendaftar Air Selangor, anda perlu ambil perhatian pada beberapa ruangan yang perlu diisi.
  4. Pada ruangan Full Name, masukkan nama penuh anda, sama seperti yang terdapat pada kad pengenalan baru (MyKad) anda.
  5. Kemudian, pada ruangan untuk Email Address, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
  6. Pada ruangan untuk Mobile Phone Number, terdapat dua ruangan untuk diisikan. Pertama sekali, di sebelah kiri, pilih kod negara untuk nombor telefon anda.
  7. Sekiranya kod negara ialah Malaysia, pilih +60. Kemudian, pada ruangan kedua, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  8. Pada ruangan untuk IC/Police/Military/Passport/Company Reg No., masukkan nombor kad pengenalan baru (MyKad) anda tanpa tanda ‘-‘, ATAU nombor pengenalan polis/tentera ATAU nombor passport.
  9. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah minimum 8 aksara dan alphanumeric (gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol)
  10. Tekan butang Register
  11. Kemudian, tekan butang Sign Up.
  12. Tekan butang Agree untuk teruskan proses dan cara daftar Air Selangor
  13. Anda akan mendapat SMS ke telefon pintar anda yang mengandungi kod 6 digit.
  14. Masukkan kod tersebut dalam ruangan kotak Profile Verification yang tertera.
  15. Kemudian, tekan butang Confirm.
  16. Sekiranya tiada SMS yang diterima, tekan link Didn’t receive any SMS? Resend.
  17. Pendaftaran anda berjaya.
  18. Selesai

 

Macam mana nak login CRISPORTAL Air Selangor?

Berikut ialah cara untuk login CRISPORTAL atas urusan semakan dan pembayaran bil secara online:

  1. Layari laman web rasmi Air Selangor di sini: https://crisportal.airselangor.com
  2. Jika mahu, tukar dari English ke Bahasa Melayu melalui menu di bahagian atas
  3. Masukkan Emel
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Tekan butang Log Masuk
  6. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan dapat masuk ke dalam sistem
  7. Selesai

 

Cara bayar bil Air Selangor melalui crisportal.airselangor.com

Pastikan anda sudah berjaya login seperti panduan login CRISPORTAL di atas:

  1. Layari laman web rasmi Air Selangor di sini: https://crisportal.airselangor.com
  2. Masukkan Emel
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Tekan butang Log Masuk
  5. Anda sekarang berada di bahagian Dashboard
  6. Klik Bil & Pembayaran di sebelah kiri
  7. Jika ada dua lokasi atau lebih, pastikan anda memilih lokasi yang ingin di bayar
  8. Contohnya, jika pilih untuk bayarkan bil air untuk ibu bapa di kampung, sila pilih alamat kampung
  9. Tekan butang Bayar
  10.  Masukkan jumlah amauan yang ingin dibayar di ruangan Jumlah Yang Dibayar
  11. Masukkan email untuk terima resit di ruangan Resit Dihantar Kepada
  12. Pilih bank
  13. Tekan butang Teruskan
  14. Sila ikuti arahan dari bank untuk meneruskan proses pembayaran
  15. Selesai

 

Cara bayar bil Air Selangor online melalui app

Sebelum buat pembayaran, sila pastikan nombor akaun bil air anda adalah betul. Buat semak no akaun bil Air Selangor jika perlu.

Seterusnya, berikut pula ialah cara bayar bil air anda menggunakan aplikasi Air Selangor:

  1. Login semula ke dalam aplikasi Air Selangor
  2. Klik akaun yang tersenarai di bawah MY ACCOUNT
  3. Pastikan nombor akaun yang tersenarai adalah betul
  4. Klik Pay Bill
  5. Masukkan amaun yang mahu dibayar dalam ruangan Amount to Pay (RM)
  6. Jumlah amaun yang mahu dibayar akan terpapar di bahagian bawah skrin
  7. Tekan butang Confirm
  8. Pilih bank anda di pilihan Select Your Bank
  9. Masukkan email anda di ruangan Send Receipt To
  10. Tekan butang Confirm
  11. Anda akan di bawa ke laman web perbankan Internet yang anda pilih tadi
  12. Ikuti arahan sehingga selesai
  13. Masukkan kod transaksi yang dihantar melalui SMS untuk mengesahkan amaun pembayaran
  14. Selesai

 

Apa beza cara daftar Syabas dan Air Selangor?

Kerapa kali pengguna keliru dengan dua entiti ini. Syabas atau Air Selangor?

Sebelum ini, dalam bil air ada logo Syabas. Sekarang, logo Air Selangor pula. Apa bezanya?

Untuk makluman, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) adalah pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air yang melaksanakan aktiviti rawatan dan agihan bekalan air secara holistik kepada pengguna-pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Nama lamanya ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Oleh kerana kita sudah biasa panggil Syabas, walaupun telah ditukar nama, kita tetap panggil Syabas. Bukan Air Selangor. Jadi, kalau daftar Syabas, anda sebenarnya juga daftar Air Selangor.

Semoga penerangan ini jelas. Jika mahu maklumat lebih lanjut, boleh rujuk Wikipedia.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian tentang cara bayar bil air online ini dapat memudahkan hidup anda. Berikut ialah panduan lain untuk bayar bil elektrik secara online, bayar bil air online dan juga cara bayar Unifi guna Maybank2u.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment