Semakan Bil Air Selangor


Jika anda orang Selangor, anda perlu tahu bahawa sekarang tidak ada lagi bil SYABAS. Bil air baru di Selangor adalah daripada Air Selangor. Kini, anda boleh buat semakan bil Air Selangor dengan cukup mudah secara online.

Izinkan kami berkongsi.

Macam mana cara dapatkan no bil akaun Air Selangor?

Kami rasa, anda tidak perlu bil air dalam bentuk kertas yang dihantar ke rumah setiap bulan. Kalau dapat pun di dalam peti surat, anda buang juga bukan?

Bak lirik lagu Headwind, “Kita serupa”. Tak ada orang suka simpan bil buat koleksi.

Cuma sebelum buang bil Air Selangor tersebut, sila semak no akaun bil Air Selangor seperti yang tertera dalam bil. Ini penting untuk anda Enroll Bill Account nanti bagi membolehkan anda dan buat pembayaran.

Untuk buat semakan bil Air Selangor, perlu install aplikasi

Kami andaikan anda sudah berjaya mendapatkan nombor akaun bil Air Selangor.

Seterusnya, ikuti langkah-langkah ringkas seperti berikut:

  1. Download anda install aplikasi Air Selangor melalui Google Playstore atau App Store.
  2. Tick I Agree.
  3. Masukkan butiran yang diperlukan iaitu:
    • Nama penuh
    • Email
    • Nombor Telefon
    • Nombor Kad Pengenalan
  4. Masukkan Kata Laluan anda.
  5. Tekan Sign Up.
  6. Kod pengesahan akan dihantar pada nombor telefon yang didaftar. Masukkan kod pengesahan tersebut pada ruang yang disediakan.
  7. Kami andaikan proses install sudah selesai tanpa ada apa-apa masalah
  8. Selesai

Macam mana cara buat semakan baki bil Air Selangor lepas install?

Selepas selesai urusan menambah akaun samada sebagai Owner atau Tenant, anda boleh terus buat semakan baki bil air yang tertunggak.

  1. Seterusnya, buka aplikasi Air Selangor
  2. Klik +Manage Account
  3. Klik Enrol Bill Account
  4. Pilih samada anda adalah Owner atau Tenant
  5. Klik I Agree
  6. Masukkan Account Number
  7. Masukkan Account Display Name
  8. Klik Finish
  9. Selesai urusan menambah akaun bil Air Selangor
  10. Nanti dulu, pergi ke laman utama aplikasi Air Selangor
  11. Klik akaun yang tersenarai di bawah MY ACCOUNT
  12. Lihat jumlah Amount Due iaitu bil yang tertunggak dan masih belum dibayar
  13. Jangan fikir bukan-bukan kerana ini ialah bil Air Selangor yang tertunggak, bukan bil air lain
  14. Pay Before ialah tarikh akhir anda dikehendaki membayar bil Air Selangor
  15. Due In ialah jumlah hari sebelum tarikh akhir anda dikehendaki membayar bil Air Selangor

Macam mana cara bayar Air Selangor online?

Kalau boleh buat semakan bil Air Selangor secara online, takkanlah tak boleh bayar bila secara online bukan?

Mengarut kalau tak boleh nak bayar secara online.

Ikuti langkah-langkah ringkas seperti di bawah:

  1. Login semula ke laman utama aplikasi Air Selangor
  2. Klik akaun yang tersenarai di bawah MY ACCOUNT
  3. Pastikan nombor akaun yang tersenarai adalah betul
  4. Klik Pay Bill
  5. Masukkan amaun yang mahu dibayar dalam ruangan Amount to Pay (RM)
  6. Jumlah amaun yang mahu dibayar akan terpapar di bahagian bawah skrin
  7. Tekan butang Confirm
  8. Pilih bank anda di pilihan Select Your Bank
  9. Masukkan email anda di ruangan Send Receipt To
  10. Tekan butang Confirm
  11. Anda akan di bawa ke laman web perbankan Internet yang anda pilih tadi
  12. Ikuti arahan sehingga selesai
  13. Masukkan kod transaksi yang dihantar melalui SMS untuk mengesahkan amaun pembayaran
  14. Selesai

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan semakan bil Air Selangor ini akan memudahkan urusan pembayaran bil utiliti anda. Kini anda tidak perlu bersusah-payah beratur panjang di Pejabat Pos semata-mata untuk membayar bil.

Manfaatkan teknologi sebaiknya.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

10 thoughts on “Semakan Bil Air Selangor”

  1. Salam
    Saya tidak pernah mendapat bil air. Meter air adalah dari orang lama yang telah berpindah.
    Bagaimana untuk dapatkan akaun bil air.

    Sudah bertahun tidak menerima sebarang bil air.

    Terimakasih.
    Siti zaleha yusof
    Blok J jln ban 3, sawah sempadan, tanjung karang selangor.
    0192305856

    Meter air:SYA15P0114174

    Reply
  2. Salam
    Saya tidak pernah mendapat bil air. Meter air adalah dari orang lama yang telah berpindah.
    Bagaimana untuk dapatkan akaun bil air.

    Sudah 3 bulan tidak menerima sebarang bil air.

    Terimakasih.
    Ranjit Kaur a/p Birabu
    1 LRG 1a/71n JALAN CAREY 46000 PETALING JAYA SELANGOR.
    01139659164

    Tidak tau nombor account Air rumah

    Reply
  3. Salam
    Saya tidak pernah mendapat bil air. Meter air adalah dari orang lama yang telah berpindah.
    Bagaimana untuk dapatkan akaun bil air.

    Sudah 3 bulan tidak menerima sebarang bil air.

    Reply
  4. Salam
    Saya tidak pernah mendapat bil air. Pihak Syabas potong air dirumah saya
    Bagaimana untuk dapatkan akaun bil air.

    Sudah lebih dari 3 bulan tidak menerima sebarang bil air.

    Terimakasih.
    Katiravan a/l Subarayan
    B03-13 Pangsapuri Laksamana 2, Kg Laksamana, 68100 Batu Caves
    016-5949177

    Tidak tau nombor account Air rumah

    Reply
  5. Salam
    Saya tidak pernah mendapat bil air. Meter air adalah dari orang lama yang telah berpindah.
    Bagaimana untuk dapatkan akaun bil air.

    Sudah bertahun tidak menerima sebarang bil air.

    Terimakasih.
    KARTIKESAN
    011-37896991
    No.31,jalan 25/27B,taman seri muda,Shah Alam.

    Reply
  6. assalam , saya penyewa rumah,3 bulan saya tidak terima bill air,surat marah tidak ade, terus datang potong air,saya dah jelaskan semua tunggakan bil, tapi pihak air selangor kate saya masih ada tunggakkan ,ini ape cerita saya nak tahu macam mana prosedur air selangor

    Reply
  7. Saya sebagai penyewa pejabat tidak pernah mendapat bil air. Saya mohon untuk mendapat bil melalui email pejabat seperti berikut:-

    Email :
    [email protected]

    Akaun No :
    1. 2620330000
    2. 9620330000
    3. 4720330000

    Reply

Leave a Comment