Buka Akaun Bank Islam


Anda nak buka akaun Bank Islam? Jika ya, anda boleh saja rujuk panduan yang telah kami sediakan di sini. Kami yakin anda perlukannya.

Izinkan kami berkongsi.

Apa kelayakan untuk buka akaun Bank Islam?

Sebelum anda nak buka apa-apa akaun bank. Pastikan anda ambil tahu dulu apa kelayakan yang diperlukan. Bila dah tahu awal-awal kan lebih mudah urusannya nanti.

Berikut adalah kelayakan untuk buka akaun Bank Islam:

  • Individu yang berumur minimum 12 tahun dan ke atas bagi pembukaan Akaun Simpanan Asas Bank Islam dan Akaun Simpanan Qard.
  • Individu yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas bagi pembukaan Akaun Pelaburan Al-Awfar.

Di mana boleh buka akaun?

Anda boleh membuka akaun Bank Islam melalui 2 cara iaitu secara online di laman web atau dengan menghadirkan diri di mana-mana cawangan Bank Islam berhampiran anda.

Cara buka akaun Bank Islam

Di bawah merupakan 2 cara yang boleh anda gunakan untuk membuka akaun Bank Islam. Ikuti langkah-langkah seperti berikut:

a) Buka akaun secara online di vao.bankislam.com.my:

  1. Layari laman web Bank Islam di vao.bankislam.com.my.
  2. Halaman utama web Bank Islam akan dipaparkan.
  3. Sila scroll ke bawah dan cari serta klik pada bahagian Account Opening.
  4. Di laman seterusnya, tekan butang New Customer.
  5. Kemudian, isikan butiran-butiran seperti:
    • Nama.
    • Nombor kad pengenalan.
    • Tarikh lahir.
    • Status (Pelajar / Bukan Pelajar).
    • Jenis akaun.
    • Negeri.
    • Cawangan.
  6. Tekan butang Next.
  7. Seterusnya, masukkan butiran seperti:
    • Alamat.
    • Emel.
    • Nombor telefon.
    • Bangsa.
    • Agama.
    • Status perkahwinan.
    • Nama ibu.
    • Maklumat pekerjaan.
  8. Selepas itu, tekan butang Next.
  9. Kemudian, buat pengesahan maklumat dan hantar borang permohonan anda.
  10. Sila print borang permohonan anda dan bawa borang tersebut untuk disahkan serta bagi memperolehi nombor akaun bank anda di mana-mana cawangan Bank Islam berhampiran anda dalam masa 30 hari selepas pendaftaran.
  11. Selesai.

b) Buka akaun di cawangan:

  1. Bawa dokumen pengenalan diri anda seperti IC dan juga sejumlah wang (jika diperlukan) untuk pembukaan akaun.
  2. Kunjungi mana-mana cawangan Bank Islam berdekatan anda.
  3. Dapatkan nombor giliran dan ambil tempat duduk anda.
  4. Tunggu seketika sementara nombor anda dipanggil.
  5. Jika nombor anda sudah dipanggil, pergi ke kaunter urusan yang telah dinyatakan.
  6. Beritahu yang anda nak buka akaun Bank Islam.
  7. Anda akan diberikan borang permohonan.
  8. Isi borang tersebut dan serahkan semula kepada kakitangan bertugas berserta sejumlah wang (jika diperlukan).
  9. Tunggu seketika sehingga borang permohonan anda sedang diproses.
  10. Sila ikuti arahan seterusnya daripada kakitangan bertugas untuk melengkapkan proses pembukaan akaun bank anda sehingga selesai.
  11. Jika tiada sebarang masalah, akaun Bank Islam anda akan berjaya dibuka.
  12. Tamat.

Ada masalah tentang pembukaan akaun Bank Islam?

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah dan kesulitan untuk buka akaun Bank Islam atau hal-hal lain yang berkenaan Bank Islam.

Anda boleh mendapatkan bantuan dan tindakan lanjut dengan menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan Bank Islam di talian 03-2088-8000 atau 03-26-900-900.

Akhir kata

Diharapkan penulisan ini dapat membantu proses anda yang nak buka akaun Bank Islam berjalan dengan lancar.

Semoga bermanfaat.

6 thoughts on “Buka Akaun Bank Islam”

  1. Assalamualaikum Saya nak tanya, untuk deposit pembukaan akaun bank perniagaan, duit itu nanti boleh dikeluarkan semula ke ?

    Reply
  2. salam tuan blekah sy buka akaun bank islam tanpa wang,saya tidak ada wang untuk buka akaun bank islam,mohon jasa baik pihak tuan

    Reply

Leave a Comment